
A SERVICE tax of RM50
will be imposed on each principal credit card every year beginning Jan 1.
For every supplementary card, a RM25 service tax will be charged yearly.
The move to impose this tax is to promote prudent spending as the use of credit cards is extensive. The number of cards increased from two million in 1997 to 11 million as of August this year. They exclude the 285,000 charge cards already issued.
Saya tak terjumpa pula berita ini dalam akhbar berbahasa Melayu semasa membaca berita-berita belanjawan 2010. Hanya terbaca dalam berita berbahasa Inggeris.
Cukai perkhidmatan sebanyak RM 50 akan dikenakan untuk kad kredit prinsipal, dan RM 25 untuk kad kredit tambahan bermula 1 Januari 2010
Hm… Bijak kerajaan ni mengaburi mata rakyat. Gomen potong kadar cukai pendapatan menjadi 26%, tetapi pada masa yang sama mengenakan cukai perkhidmatan kad kredit yang mana saya rasa hampir semua pekerja di Malaysia mempunyai paling kurang 1 kad. Harus diingat bukan semua pekerja di Malaysia wajib membayar cukai, tetapi rata-rata pekerja berpendapatan lebih RM 1,500 sudah ada kad kredit.
Jadi pengiraannya, kalau anda mempunyai 3 kad kredit prinsipal dari 3 bank yang berlainan, 2 daripada kad kredit prinsipal itu pula ada 1 kad tambahan, maka anda akan membayar:
RM 50 x 3 = RM 150
RM 25 x 2 = RM 50
Jumlah cukai perkhidmatan kad kredit = RM 200
1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan
Hahaha…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan