Sabtu, 20 November 2010

Caruman KWSP kembali 11% mulai Jan

Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus berkuatkuasa gaji bulan Januari 2011.

Caruman itu dibayar kepada KWSP mulai Februari 2011, kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

azlanKadar caruman berkanun pekerja diturunkan daripada 11 peratus kepada 8 peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.

Majikan dinasihat memastikan jumlah caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula daripada caruman bulan Februari 2011.

Beliau berkata ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun itu tidak perlu mengambil sebarang tindakan.

Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus, katanya.

Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan mereka melalui laman web myEPF di Enquiry.

- Bernama




Saya adakalanya keliru, wang KWSP milik kita hanya boleh digunakan mengikut keperluan kita selepas umur 50 tahun, sementara itu pihak-pihak lain seperti syarikat saham amanah, syarikat pengurus dana, bank dan terbaru syarikat insurans dibenarkan membuat lebih untung dengan duit KWSP kita.

Khamis, 18 November 2010

Things that make you love


Kadang kala tertawa bukanlah sesuatu yang dilakukan untuk bergembira, kadang-kadang ia adalah satu pelarian dari memikirkan suatu masalah.

Anda mungkin mempunyai semua hal di duni, tetapu tanpa cinta, sebenarnya tiada apa-apa.

Jangan membenci orang yang membenci anda. dan maafkan mereka yang tidak mengerti.

Cinta tanpa sebab adalah suatu yang paling indah

Kadang kala kita terpaksa menyintai seseorang dari kejauhan dan meninggalkannya di tangan tuhan.

Kita mungkin menangis kerana menyintai orang yang salah, namun suatu hari ianya akan menjadi pengajaran berguna untuk kita mencari orang yang tepat.

Cinta sejati adalah dibelah dua pihak... yang membuatkan ianya sukar diperolehi.

Kadang kala anda perlu berlari untuk melihat adakah ada seseorang akan mengejar dan memujuk anda kembali.

jika anda mendapati diri anda jatuh cinta, jangan terlalu cepat. Anda mungkin berakhir dengan cita yg rapuh.

Cinta pertama selalunya yang paling manis. tetapi luka pertama selalunya yang terdalam.

Jika seseorang tidak dapat menerima anda dalam keadaan anda yang paling buruk, mereka tidak layak mendapat anda dalam keadaan anda yang terbaik.




Rabu, 17 November 2010

IDUL ADHA


'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Pada Hari Raya Haji ramai ummat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh ummat Islam untuk membantu mereka yang susah.

Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh ummat Islam Isya-Allah akan wujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.

Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:

"Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".

Oleh karena itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara hewan ternak, memilihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.

Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:

"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)

Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cobaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.

Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.

Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.

Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala malapetaka mungkin karena dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja.

Amin ya Rabbal Alamin!

Selasa, 16 November 2010

Memanfaatkan sebuah perbezaan


Ketika berdepan dengan ujian dan masalah kehidupan, mungkin ada sesetengah kita mengimpikan sebuah dunia yang semuanya sama seperti kita. Biar sependapat, sepemikiran, satu selera dan kemahuan, malah mungkin satu bangsa, satu bahasa bahkan satu jantina.

Tetapi semua itu adalah impian yang mustahil. Bukan sahaja mustahil malah tidak perlu. Manusia tidak perlu kepada semuanya serupa dan satu. Malah manusia sebetulnya perlu kepada kepelbagaian dan perbezaan.

Justeru Allah SWT menyebut di dalam al-Quran:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). [Al-Hujuraat : 13]

Yang menjadikan manusia itu ada lelaki dan ada perempuan adalah Allah.

Yang menjadikan manusia itu berbeza bangsa dan berbeza bahasa juga adalah Allah.

Jika segala perbezaan antara lelaki dan perempuan, serta kelainan antara bangsa-bangsa yang wujud di dunia ini, kita anggap ia sebagai punca masalah, apakah kita mahu menisbahkan masalah kita kepada Allah?

Harusnya kita semua tidak lupa, mengapa perbezaan itu diciptakan Allah.

Allah menciptakan manusia itu berbeza jantina, berbeza bangsa dan budaya, bukan untuk mereka berbalah dan tenggelam dalam khilaf dan masalah. Sebaliknya atas satu tujuan yang besar. Segala perbezaan itu tujuannya adalah supaya manusia mengecam dan mengenal. Belajar antara satu sama lain. Kerana manusia sering menjadi musuh kepada apa yang dia tidak tahu.

Lelaki dan perempuan berbeza pertimbangan.

Wanita itu kekuatannya adalah pada emosi dan perasaan. Kerana itu biar pun tubuhnya tidak segagah seorang lelaki, Allah menjadikan wanita sebagai pihak yang hamil mengandungkan anak ditumpang 9 bulan di dalam perutnya. Itu memerlukan kekuatan perasaan lebih daripada sekadar kekuatan fizikal menanggung berat 10 atau 20 kilogram selama 9 bulan. Lelaki tidak layak untuk hamil kerana perasaan lelaki tidak sekuat perempuan.

Justeru jangan dimusuhi perasaan wanita. Kerana perasaan itulah ibumu lulus melahirkan kamu dan adik beradikmu.

Namun wanita juga harus belajar untuk faham. Ketika perasaan menjadi kelebihan dirinya, perasaan juga sering menimbulkan kesulitan kepada suami, yang diciptakan Allah pertimbangannya lebih kepada akal. Jangan sering membebankan suami dengan kehendak perasaan. Sebaliknya hargai suami yang biar pun kurang menunjukkan emosi, tetapi sering panjang akal fikirannya.

Allah melantik suami sebagai pemegang amanah menguruskan TALAQ kerana suami sebagai lelaki harus panjang akal. Hitungannya mendalam. Fikirnya tidak mengikut keadaan dan perasaan. TALAQ musnah jika dikendalikan dengan emosi. Justeru suami harus menyedari akan hal ini, demikian juga sang isteri.

Demikian juga dengan perbezaan bangsa, bahasa dan budaya. Jika kita melihat kewujudan masyarakat majmuk ini sebagai punca masalah, maka ia akan terus memberi masalah kepada kita. Tetapi sebagai Muslim, kita sedar bahawa kemajmukan itu Allah yang mengadakannya. Dan Allah tidak mencipta apa sahaja hatta seekor lalat sekali pun, tanpa sebab dan sia-sia. Justeru kita harus kembali kepada tujuan tersebut dan mengambilnya sebagai tanggungjawab.

Apa sahaja ilmu yang bisa membantu kita untuk lebih kenal dengan siapa jiran, siapa rakan dan siapa manusia yang berada di sekitar kita, mesti diangkat sebagai ilmu yang fardhu untuk dipenuhi.

Lihat sahaja bagaimana kepelbagaian bangsa memberikan pelbagai manfaat apabila ia diambil secara positif

Mungkin ada yang berkata, “mengapa kita sahaja yang harus berusaha secara positif? Tidakkah itu suatu perkara yang tidak adil? Kita kalah jika kita tidak bertindak balas?”

Perkataan-perkataan itu memang berbunyi pahlawan. Tetapi Islam mempunyai caranya yang tersendiri dalam memberikan maksud kepahlawanan.

Kembalilah kita kepada hadith Baginda s.a.w:

“Bukanlah dikatakan gagah itu orang yang kuat bergusti. Akan tetapi yang dikatakan gagah itu orang yang dapat memiliki (mengawal) dirinya ketika marah” [Muttafaq ‘alayh]

Kegagahan sebenar adalah pada keupayaan seseorang itu mengawal dirinya, terutamanya ketika marah. Marah boleh membuatkan seorang manusia bertindak menghancur binasakan dunia. Manusia yang mampu mengawal diri kita diri terbakar disambar api kemarahan, itulah manusia yang gagah.

Justeru Islam berani menawarkan bentuk penyelesaian yang luar biasa.

Jika kebanyakan manusia melihat kekerasan mesti ditumpaskan dengan kekerasan, Islam berformula sebaliknya. Kekerasan dan onar perlakuan manusia yang melampaui batas, memang boleh dikawal dengan kekerasan, tetapi ia hanya benar-benar tumpas apabila kita mendatangkan tindak balas yang lebih baik dan bijak.

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumNya) perbuatan Yang baik dan perbuatan Yang jahat. Tolaklah (kejahatan Yang ditujukan kepadamu) Dengan cara Yang lebih baik; apabila Engkau berlaku demikian maka orang Yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, Dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. [Fussilat : 34]

Jahat dibalas jahat, keras dibalas keras, sering menjadi seumpama batu dihentak dengan batu. Bukan sahaja salah satu atau keduanya pecah, bahkan turut menyalakan api yang membakar. Tetapi batu kalah dengan air. Batu tenggelam ke dalam air. Batu juga akhirnya menjadi licin dan terbentuk oleh air yang lembut.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Kad Kredit...


Individu berpendapatan sekitar RM 1,500 juga sudah layak untuk memiliki kad kredit. Setiap kad kredit menawarkan kepada pemegangnya kelayakan berhutang dengan jumlah tertentu, katalah RM 5000. Justeru pelanggan boleh membeli apa jua selagi jumlah RM 5000 belum dicapai. Setiap pembelian yang dibuat menggunakan kad ini, pihak pengeluar kad akan beroleh komisyen dari penjual atau pekedai sekitar 1 - 2.5 %. Ini pendapatan pengeluar yang pertama.

Kemudian, pihak pengeluar kad akan membayar setiap harga yang dibeli oleh pelanggan. Dengan demikian telah sah bahawa si pelanggan berhutang dengan pengeluar kad.

Namun hasil target ‘jahat' si pengeluar kad, mereka MEMBENARKAN pengguna tadi membayar 5 % dari harag yang mereka guna sahaja terlebih dahulu. Bermakna jika, pelanggan guna sebanyak RM 4000, mereka hanya dikehendaki bayar minimum sebanyak RM200 sahaja. Baki sebanyak RM 3800 DIGALAKKAN oleh pengeluar kad agar pelanggannya melenagh-lengahkannya. INi kerana mereka akan mengenakan interest sebanyak 15-20 % ke atas baki RM3800 itu. Dengan cara ini, meraka akan perolehi untung besar-besaran dan pelanggan akan semakin hampir kepada muflis dan tenggelam dengan hutang dan interestnya.

Inikah yang disukai dan diingini oleh pengguna kad kredit?.. Kelihatan anda mudah sementara di stesyen minyak dan pasaraya namun rupanya anda MENGORBANKANNYA DENGAN MENANGGUNG BEBAN interest sebesar 15-20 % yang amat merugikan untuk jangka panjang di dunia dan akhirat.!!!

Kerugian di dunia akan bermula dengan tekanan-tekanan hutang yang semkain menggila dan akhirnya boleh menyebabkan pengguna tertekan dengan begitu dahsyat sehingga macam-macam perkara buruk berlaku.

Selasa, 12 Oktober 2010

DI SEBALIK KECANTIKAN PASANGAN KITA


ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi
cakapnya pedas lagi menyinggung.

Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.

Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.


'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu
menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya. ' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.

Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang
berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah.

Ada teruna mengeluh sukar me! ncari calon isteri yang cantik, senang
dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.

Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita:

'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.'

Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah:

'Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' (An-Nisaa:19)

Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali..

Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.

Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.

'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (Surah An-Nahl: 125).

Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat.

Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah.

Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.


KEBAHAGIAAN TIDAK AKAN HADIR DENGAN SEKELIP MATA. IANYA HARUS DIPUPUK DENGAN PERASAAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAGI.

Pelaburan yang Berjaya

Nasi lemak yang biasa hanya ada sambal tumis, sedikit kacang tanah, satu atau dua hiris timun dan suku telur rebus, di kebanyakan tempat dan dijual dengan harga RM 1 sebungkus. Pasti kita tidak tertarik dan tidak mahu beli nasi lemak biasa-biasa sebegitu.


Dan sekiranya sebungkus dijual sehingga RM 2 misalnya. Tetapi kita boleh dapat nasi lemak dengan telur goreng mata dan sedikit sambal paru dengan harga setinggi itu.


Manakala Azrol, seorang penjual nasi lemak yang biasa-biasa itu sebenarnya tidak tahu pun memasak nasi. Dia cuma mendapatkan bekalan nasi lemak setiap hari dengan kos RM 0.70 sebungkus.


Seorang penjual nasi lemak yang lain bernama Rasyidi memperoleh bekalan nasi lemak yang sama dengan kos lebih murah, RM 0.50 sebungkus.


SEBENARNYA dalam pelaburan, ramai dari kita membeli nasi lemak biasa-biasa dengan harga yang sangat mahal. Harga pasaran yang sebenarnya sepatutnya RM 1, tetapi disebabkan percayakan cakap orang lain bulat-bulat kita pun percaya nasi lemak biasa-biasa itu harganya boleh mencecah RM 5! Jadi, kalau beli RM 3 sebungkus pun masih bagus, sebab nanti kita percaya harganya akan naik jadi RM 5.


Sebagai seorang pelabur, kita sepatutnya menjadi seperti Azrol, beli nasi lemak dengan harga diskaun 30%. Sekiranya kita berusaha lebih gigih,kita pasti boleh membeli dengan harga diskaun 50%. Seperti peniaga Rasyidi.


Walaupun kita menyediakan RM 5 untuk sarapan pagi, tidak semestinya kita membelanjakan semua duit tersebut untuk beli nasi lemak. Walaupun kawan kita asyik beritahu kepada kita harga akan naik sampai RM 5 sebungkus.


“Jangan risau, hari-hari orang makan nasi lemak,” kata seorang kawan.


Ya, ini lah rahsia kekayaan pelabur paling kaya di dunia.

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post