Isnin, 23 Mei 2016

Faraid

Ramai orang lelaki mati jadi babi walaupun hidup atas tikar sejadah dan operate kepiah jadi rambut...

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. (Perkongsian dari ustazah Nik Salida Suhaila - al Maraaya, tv alhijrah). Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tahu pun setelah kematian ayah 7 tahun yang lepas. Pada ketika itu saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..

Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Sy bukanlah ustazah nk cakap psl agama,tapi sy nk ajak saudara saudari semua berfikir akn kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

1. Semasa hidup simati org susah,adikberadik tak pernah menjenguk,apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.

2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan dpt buat sebuah rumah teres diats tanah tersebut.tak lama kemudian,si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)

3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank.ada sebuah rumah.dan sebidang tanah.

4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada,isteri dan anak2 tak lah susah mana,ada tempat bergantung,ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.

6. Sejurus selepas simati dikebumikan,adikberadik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Simati tiada anak lelaki,so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.

7. Tak sampai seminggu si mati meninggal,datanglah adik beradik bertandang kerumah,siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid,bahagian utk isteri,anak2,ibu simati dan adik beradik simati.

8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit(org terengganu ckp dpt bahagian kepala mayat).lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih,dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran.kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu,atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual,dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10.celah mana mahu cari 150k?nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut.rumah dijual,dapatlah bahagian sibalu dan anak2,dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat,mustahil dpt cari rumah baru.

11. Bermula lah episod merempat si anak2 yatim.berpindah randah,menyewa situ sini,jgnkan sibalu,si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri.duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris.harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali.

12. Waris2,semua lesap lepas dpt bahagian masing2.nak tanya khabar jauh sekali.nak hulur duit jauh sekali.

13. Lagi malang waris2 semuanya bekerja bagus2.ada cikgu,ada pegawai kerajaan,ada golongan prefesional,malah kaki masjid pon ada.tp syg,bab tangggungjawab pada anak simati langsung tak dihiraukan.

14. Walaupon berhak pada harta simati,tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul.jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri.ya,tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum,tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum)

15 .kalu kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni,berubahlah,dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.

16.ambil pengajaran saudara saudari.sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar,bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh,wajib bg walinya(mengikut turutan wali sebelah simati) menyediakan nafkah utk anak simati.kalu tidak diambil peduli,menanggunglah diakhirat kelak.

17. Hukum faraid itu sgt adil dan indah.diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya,kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn  diberi juga kepada adik beradik simati?jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) ,dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

18.ingt ye dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru,shopping atau melancong dulu,tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim..

Minda kelas pertama

Saya memetik kata-kata mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi “Masyarakat berminda kelas pertama adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Mereka juga tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan Negara senantiasa dijunjung.


Apabila kita menyebut meningkatkan ilmu pengetahuan, sudah tentu perkara yang paling penting adalah dengan mengamalkan pembacaan, penulisan dan berdiskusi. Ketiga-tiga perkara inilah yang akan merangsang minda kita untuk berfikir.


Saya ingin meminjam kata-kata penulis dan ahli falsafah British, Francis Bacon ( 1561-1626), "Membaca menjadikan seseorang itu lengkap dengan ilmu, berdiskusi menjadikan seseorang itu bersedia, dan menulis menjadikan seseorang itu tepat".

Membaca membolehkan kita mengetahui pendapat dan pengalaman orang lain yang boleh dimanfaatkan dalam menjana idea, membentuk pendapat kita sendiri selain daripada manambah ilmu. Rajin berbincang dan bertukar pendapat pula melatih kita bersedia mengutarakan idea, berkongsi pengetahuan dan pengalaman, secara berhadapan dan interaktif. Manakala, menulis pula melatih kita mencapai ketepatan dalam menyampaikan pendapat dan idea dengan menggunakan perkataan dan ayat yang paling sesuai.

Selain daripada itu, kita perlu mempunyai pemikiran yang kritikal, konstruktif dan kreatif. kritikal bermaksud kita harus mencari ruang penambahbaikkan. Bagaimana baik sekali pun apa yang dilakukan, kita tidak boleh mudah berpuas hati. 

Untuk membentuk minda kritikal, kita mesti banyak bertanya iaitu bertanya diri sendiri dan orang lain. Soalan yang betul akan memberikan jawapan yang betul. Kita mesti bertanya ‘mengapa’ kita melakukan sesuatu bagi mengetahui adakah ‘apa’ yang dilakukan itu betul. Orang yang berfikiran kritikal tidak menerima sesuatu secara sewenang-wenangnya tanpa bertanya. 

Rudyard Kipling, seorang penyajak Inggeris pernah mengarang sajak berkenaan faedah bertanya.

“I keep six honest serving-men

They taught me all I knew

Their names are What and Why and When

And How and Where and Who”.

Teknik bertanya soalan-soalan yang bijak dan pandai ini akan menghasilkan idea-idea yang baru.

Kritikal saja tidak mencukupi. Sewajarnya kritikal itu disertai dengan konstruktif. Kita harus berpegang dengan falsafah bahawa ‘mencari jalan membetulkan sesuatu kesalahan itu lebih penting daripada mencari siapa yang membuat kesalahan’. Kita tidak perlu menjadi hebat dengan merendah-rendahkan orang lain. Biarlah kita menjadi hebat kerana kita bukan saja mampu kritikal tetapi juga konstruktif. 

Untuk konstruktif, kita perlu kreatif. Kita mesti kreatif dalam memberi idea membina, kreatif dalam menyelesaikan masalah dan juga kreatif dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Kreatif menuntut kita berfikir di luar kotak pemikiran biasa. Kita tidak harus terperangkap dalam pemikiran dan kaedah lama bagi menyelesaikan masalah baru. 

Seseorang boleh menjadi kreatif sekiranya kita menyediakan suasana kondusif untuk itu. Antara yang boleh dilakukan ialah memberikan ruang untuk perbezaan pendapat. Sekiranya seseorang dihukum setiap kali idea barunya gagal, dia tidak akan menjadi kreatif. Dalam sesebuah masyarakat kreatif, hasil adalah penting. Namun, yang lebih penting ialah kesediaan seseorang mencuba idea baru.

Rabu, 11 Mei 2016

Hikmah tua

Mengapa bila meningkat usia, byk perkara yg digemari sewaktu muda semakin kurang menyeronokkan? Ustaz kata lihatlah sesuatu yg Allah takdirkan dgn mata hati supaya kita dpt muhasabah diri. Contoh2 yg diberikan.

SATU :
Bila tua, keinginan utk makan sedap2 semakin berkurangan. Nafsu makan sudah berkurangan. HIKMAHnya :
Perbykkan puasa sunat ataupun mengqada’ puasa2 yang pernah ditinggalkan sewaktu muda.

DUA :
Bila tua, kerap terjaga di waktu malam & mata sukar lelap.
HIKMAHnya :
Bangunlah utk berkiamulail, mengerjakan solat2 sunat spt tahajjud, solat taubat & lain2. Brgkali sewaktu muda tdk pernah melakukannya, maka Allah bg peluang utk melakukannya sblm berakhir usia.

TIGA :
Bila tua, sdh kurang gemar menonton tv. Tdk lg ada rancangan  tv yang diminati. Kurang berhibur.
HIKMAHnya :
Waktu yg terluang itu, perbykkan membaca AlQuran. Mgkn sewaktu muda tdk pernah khatam, maka sewaktu tua ini berusahalah utk khatam, paling tdk pun sekali setahun.

EMPAT :
Bila tua & sudah bersara, byk waktu lapang. Byk waktu senggang. Anak2 sdh dewasa & mempunyai keluarga sendiri, jadi kita blh mengurus masa dgn lbh bermanfaat. Sisa2 usia yg Allah pinjamkan blhlah digunakan utk hal2 berfaedah yg manfaatnya blh menjadi peneman kita di alam barzah/akhirat kelak. Bykkan menghabiskan masa di surau/masjid, menghadiri majlis ilmu, belajar alQuran, bertalakki dgn ustaz/ustazah/alhafiz dan lain2 program yg berfaedah.

WALLAHUALAM. Sekadar berkongsi.

Buat Keluarga : 
Kamulah yang terpenting dalam hidup saya

Buat Kekanda2 ku
Maaf ya kalau saya ada silap & salah, tak disengajakan ......

Buat Sahabat :
Jangan lupakan saya, bila suatu masa nanti kita terpisah ......

Buat Yg Tak Sependapat :
Maaf bila selama ini saya selalu salah dimata kamu ......

Buat Yg Sayang Pd Saya :
Saya juga sayang pada kamu ......

Buat Org Yg Pernah Menasihati Saya:
Terima kasih kerana anda mengajar saya bagaimana   untuk terus Bersabar...

Terima Kasih Semua Sebab Sudah Ada Dalam Hidup Saya  ..........

Maaf &  Shukran atas segalanya......Aamiin

Haji mabrur

Kalau dah baca sebelum ni pun, tolong baca lagi ... pemikiran yang bagus, berguna untuk dikongsi ....صباح الخير

Berkongsi cerita hebat yang pastinya akan memberi inspirasi kepada kita semua. Berguna dibaca sehingga habis..😍

Said duduk menunggu di lapangan terbang Jeddah seusai haji. Disebelahnya seorang haji juga. Dia berkata kepadanya: "Saya seorang kontraktor, dengan berkat Allah, ini haji ke-10 saya."

Sa'id berkata kepadanya: “haji mabroor, semoga Allah menerima dan mengampuni dosa-dosamu.” Lelaki itu tersenyum dan berkata: “ameen.” Kemudian dia bertanya kepadanya: “anda menunai haji sebelum ini?” Sa'id teragak-agak untuk menjawab, kemudian dia berkata: “Demi Allah, ini cerita lama, saya tak mahu anda susah berfikir dengan cerita saya.”

Lelaki itu ketawa dan berkata: "Sila ceritakan, kita hanya menunggu di sini." Sa'id tersenyum lalu berkata: "Ya, menunggu adalah permulaan cerita saya. Saya telah menunggu beberapa tahun hingga saya boleh pergi haji. Setelah bekerja selama tiga puluh tahun sebagai ahli fisioterapi di hospital swasta, saya dapat menjimatkan wang untuk pergi haji.
Pada hari yang sama saya mendapatkan gaji saya, saya berjumpa seorang ibu yang anaknya lumpuh yang saya rawat. Saya melihat mukanya bimbang dan cemas. Katanya: "Saya tinggalkan anda di bawah lindungan Allah, saudara Sa'id ini adalah lawatan terakhir kami ke hospital ini.

Saya terkejut dengan kata-katanya dan saya fikir dia tidak berpuas hati dengan rawatan saya, dan bercadang menghantar anaknya ke hospital lain. Dia memberitahu saya: tidak saudara Sa'id, Allah menyaksikan bahawa anda adalah seperti seorang ayah kepada anak saya, dan anda membantunya dalam rawatan semasa kami hilang harapan. Kemudian dia pergi dalam sedih.

Lelaki itu agak terganggu dan berkata: "Yang peliknya, jika dia berpuas hati dengan anda dan anaknya semakin baik, mengapa dia bersedih? Sa'id menjawab: itulah yang saya fikir. Jadi, saya pergi ke pentadbiran untuk mengetahui apa yang berlaku. Mereka memberitahu saya bahawa bapa kanak-kanak itu telah kehilangan jawatan dan tidak dapat membayar kos rawatan anaknya.

Lelaki itu berkata lagi: "Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah, susahnya mereka, bagaimana anda menanganinya? Sa'id berkata: Saya berjumpa pengurus dan memohon untuk terus merawat kanak-kanak itu dengan perbelanjaan hospital, tetapi dia menolak dan berkata, 'ini sebuah institusi swasta bukan institusi amal.

Saya meninggalkan pejabatnya dalam keadaan sedih dan kecewa untuk keluarga ini. Tiba-tiba, saya meletakkan tangan saya di pokek saya yang mengandungi semua wang saya untuk persiapan menunai haji. Saya berdiri di tempat saya untuk seketika, kemudian saya mengangkat kepala saya di atas dan berkata kepada Tuhan saya: Ya Allah, Kau tahu bagaimana rasaku dan Kau tahu tidak ada yang lebih aku cintai daripada pergi ke Rumah-Mu dan melakukan haji dan untuk melawat masjid kekasih-Mu itu. Engkau tahu aku telah bekerja sepanjang hidupku sehingga kini, tetapi aku lebih suka ibu susah ini dan anaknya daripada diriku sendiri, jadi jangan lucutkan nikmat-Mu ke atas ku.

Saya berjumpa dengan akauntan dan membayar semua kos rawatan selama enam bulan. Saya merayu kepada akauntan untuk memberitahu ibu itu bahawa itu dari perbelanjaan hospital bagi kes-kes khas. Dia terharu dan tergenang air mata di kelopaknya sambil berkata; "Semoga berkat ke atas mu dan orang-orang seperti mu." Lelaki di sebelahnya pula berkata: "Jika anda menderma semua wang anda, maka bagaimana anda pergi haji?
Sa'id berkata: saya kembali ke rumah saya dalam kesedihan hari itu kerana telah kehilangan peluang seumur hidup untuk menunaikan haji. Tetapi hati saya dipenuhi bunga-bunga kebahagiaan kerana mengeluarkan kesusahan daripada wanita dan anaknya. Tidur saya malam itu dengan linangan air mata di pipi. Saya bermimpi melakukan tawaf di Kaabah dan orang ramai memberi salam kepada saya dan mereka memberitahu saya: "Wahai Said si Haji yang diterima, kau telah menunaikan haji di langit sebelum kau menunaikan haji di bumi. Saya segera bangun dan merasakan kebahagiaan yang tidak dapat dijelaskan. Saya memuji Allah (swt) untuk segala-galanya dan gembira dengan perintah-Nya.

Apabila saya bangun dari tidur, telefon saya berdering kerana panggilan dari pengurus hospital. Dia memberitahu saya pemilik hospital mahu pergi haji tahun ini dan dia tidak akan pergi tanpa terapi peribadinya. Tetapi isteri ahli terapinya dijangka mencapai hari terakhir kehamilannya, jadi dia tidak boleh meninggalkannya. Bolehkah anda menolong saya? anda akan menemaninya dalam haji beliau?

Saya membuat sujud Syukur kepada Allah (swt). Dan seperti yang anda lihat, Allah (swt) memberikan kepada saya untuk pergi ke rumah-Nya tanpa perlu membayar apa-apa. Dan segala puji bagi Allah, pemilik hospital berkeras memberi saya sesuatu untuk iringan beliau. Saya memberitahunya kisah wanita dan anaknya, dan dia menuntut kanak-kanak itu dirawat di hospital dari perbelanjaan peribadinya. Dan untuk meletakkan kotak derma dalam hospital untuk rawatan pesakit yang memerlukan. Dan di atas itu, beliau memberi bapa kanak-kanak itu pekerjaan di salah satu daripada syarikat-syarikatnya. Dia juga mengembalikan wang saya pada mulanya dibelanjakan untuk rawatan kanak-kanak itu. Pernahkah anda melihat nikmat besar daripada nikmat-nikmat Tuhan saya? Subhanallah.

Lelaki tersebut memeluknya dan berkata, Demi Allah, saya tidak pernah berasa malu seperti yang saya rasa sekarang. Saya fikir sekiranya saya melakukan perkara yang besar, tahun depan saya akan menunaikan haji kerana Allah memperkenankannya. Tetapi sekarang saya sedar bahawa haji anda adalah bersamaan dengan seribu haji saya. Saya pergi ke rumah Allah, tetapi Allah menjemput anda ke rumah-Nya. Semoga Allah menerima haji anda. Sentiasa baik sangka terhadap Allah (swt) dan tahu Dia mampu atas segala sesuatu.Kami memohon kepada Allah (swt) untuk membuka hati kita dan untuk membuka pintu haji untuk kita. Semoga Dia tidak menghalang kita terhadap nikmat-Nya yang besar. Ameen.

Isteri firaun

Asiah Binti Mahazim (Isteri Firaun) Tersebutlah alkisah di negeri Mesir terdapat kerajaan yang diketuai oleh raja yang terakhir bernama Fir’aun yang terkenal dengan keganasan dan tidak berperikemanusian. Setelah kematian isterinya beliau hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan kejelitaannya. Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga Fir’aun dan suatu hari beliau teringin untuk memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang Menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa Fir’aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan. Tidak lama kemudian Haman, utusan Fir’aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang lamaran Fir’aun telah ditolak. Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir’aun akan berita buruk tersebut dan Fir’aun telah menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir’aun dan bertemu dengannya. Di hapadapan Fir’aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir’aun. Kemudian Fir’aun berkata: “Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu.” Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat: 1. Bahawa Fir’aun harus membebaskan kedua ibubapanya. 2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas 3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya. 4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir’aun. Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya. Akhirnya Fir’aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka. Kini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir’aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah engkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir miskipun suaminya Fir’aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir’aun. Fir’aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juru hias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir’aun dengan Hazaqil di mana Fir’aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil, Fir’aun menjadi marah. Akhirnya Fir’aun dapat tahu yang Hazaqil telah engkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah. Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil. Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS. ASIAH binti Mazahim merupakan seorang wanita Mesir yang baik budi pekertinya dan bijaksana dalam pemikirannya. Oleh kerana dia memiliki kecantikan yang tiada tolok bandingan, dia dipaksa berkahwin dengan Firaun, raja Mesir yang berkuasa pada ketika itu. Pada suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai bersama dayang-dayang istana, dia terlihat sebuah kotak kayu terapung-apung di tepian sungai yang mengalir merentasi istana Firaun. "Ambil kotak itu dan bawa kepada beta," arah Asiah kepada salah seorang dayang yang berdiri di tepinya. Dayang itu berlari pantas ke arah kotak yang sedang terapung-apung di tepian sungai. Dia mengangkat kotak kayu itu dari permukaan sungai lalu dibawakan kepada Asiah. Dia berdebar-debar untuk mengetahui isi kandungan kotak kayu itu. "Comelnya bayi lelaki dalam kotak kayu ini!," jerit hati Asiah apabila penutup kotak kayu itu terbuka. Pada ketika itu, Firaun memerintahkan masyarakatnya membunuh semua bayi lelaki Bani Israel kerana dia bermimpi bayi tersebut akan menghancurkan dan membinasakan kerajaan pemerintahan Firaun. Apabila berita penemuan bayi lelaki itu sampai ke telinga Firaun, maka dia bergegas ke tempat Asiah dan bayi lelaki itu. "Pengawal! Bunuh bayi ini sekarang..." Perintah Firaun kepada pengawal yang mengiringinya ke kamar Asiah. "Bukankah kita tidak mempunyai anak lelaki. Anak lelaki ini dapat kita jadikan anak angkat. Saya merayu supaya bayi ini tidak dibunuh kerana saya sudah sayang kepadanya. ' Dia akan memberikan manfaat kepada kita berdua apabila dewasa nanti," Asiah menghalang niat jahat Firaun dengan kata-kata bijaksananya. "Baiklah. Saya tidak akan bunuh bayi ini kerana perasaan cinta saya pada kamu," Firaun akur dengan permintaan isterinya, lalu keluar dari kamar itu. Asiah memberi nama Musa kepada bayi tersebut dan memeliharanya sehingga dewasa di istana Firaun. Apabila nabi Musa mula berdakwah menyebarkan ajaran Allah, maka Asiah terus menjadi salah seorang pengikutnya tanpa pengetahuan Firaun dan orang sekelilingnya. Pada suatu hari, Asiah duduk menyisir rambut anak perempuannya di kamar tidur. Tiba-tiba sikat yang digunakan Asiah bagi menyisir rambut anaknya jatuh dengan kehendak Allah. Asiah yang terkejut dengan kejadian itu terus berkata, "Binasalah Firaun yang dilaknat Allah dengan izinnya." "Dengan nama Allah," ucap Asiah tanpa menyedari anaknya memerhatikan perbuatannya dengan perasaan hairan. "Ibu, adakah tuhan lain selain ayah? Adakah ibu sudah menganut agama yang dibawa oleh Musa? Mengapa ibu sanggup mengikut agama Musa? Bukankah ibu menyelamatkan Musa sewaktu kecil apabila dia akan dibunuh oleh ayah," anaknya bertanya pelbagai soalan kepada Asiah dan menanti jawapannya. Manusia biasa "Firaun, ayah kamu adalah manusia biasa seperti kita semua dan bukan tuhan. Tuhan sebenar adalah Allah, tuhan semesta alam!" jawab Asiah tanpa perasaan takut dan gentar. "Biar saya adukan perkara ini kepada ayah!," balas anaknya, lalu dia lari keluar dari bilik itu dan pergi mengadu kepada Firaun. Firaun yang mendengar aduan anaknya berasa sangat marah dengan Asiah. Dia tidak menyangka Asiah sudah mengikut ajaran Allah walaupun dia melarang sesiapa sahaja di Negara Mesir mengikuti ajaran Allah. Orang yang mengingkari larangan itu akan dijatuhkan hukuman berat jika diketahui oleh Firaun. Kini isterinya sudah mengikut ajaran Allah, maka dia harus berbuat sesuatu supaya isterinya keluar dari agama Allah. "Dengarlah nasihat saya, wahai Asiah yang amat saya cintai dan sayangi. "Keluarlah dari agama yang dibawa oleh Musa. Saya akan berikan segala harta dan istana di Mesir sebagai hadiah," Firaun cuba berlembut dan memujuk Asiah dengan kata-kata manisnya. "Saya tidak akan sekali-kali keluar dari agama ajaran Musa yang benar dan suci. Nanti saya akan dimurkai oleh Allah, tuhan yang mencipta saya. "Jika saya tetap dalam agama ini, saya percaya Allah akan memberikan syurga yang lebih baik dari harta dan istana kamu," tegas Asiah yang tenang dan berani bertentang mata dengan Firaun yang menyala dengan api kemarahan. Usaha Firaun memujuk isterinya menemui jalan buntu. Dia tidak mahu menghukum Asiah kerana perasaan kasih sayang dan cinta yang mendalam terhadap isterinya. Dia cuba memikirkan cara lain bagi melembutkan hati Asiah supaya dia tidak beriman dengan ajaran nabi Musa. Namun, semua ikhtiarnya gagal dan tidak menemui jalan penyelesaian. Firaun termenung. Wajahnya terbayang seribu kekecewaan kerana gagal memujuk Asiah. Akhirnya, dia mengambil keputusan menggunakan kekerasan kepada Asiah supaya dia berpaling dari agama Musa. "Pengawal, tangkap Asiah dan bawa dia berjumpa beta sekarang!," perintah Firaun dengan nada keras. "Oleh kerana kamu masih berdegil mahu mengikuti ajaran agama Musa, beta jatuhkan hukuman berat ke atas kamu," kata Firaun lagi. "Pengawal, bawa perempuan ini ke tanah tinggi dan ikatkan pada empat batang kayu. Pakukan empat kayu itu ke bumi dengan menelentangkan badan perempuan ini menghadap langit. "Biarkan bahang matahari yang panas, dan sejuk malam menyeksanya," Firaun meminta para pengawalnya menjalankan hukuman ke atas Asiah dengan segera. "Allah! Allah! Allah!," mulut Asiah tidak henti-henti menyebut kalimat Allah sepanjang hukuman itu dijalankan. "Ya Allah! Saya mohon supaya dilindungi dari bencana Firaun dan dianugerahkan sebuah rumah di syurga," doa Asiah yang terseksa dengan pancaran matahari yang sangat panas dan terik. Akhirnya Asiah dapat melihat rumahnya di syurga dengan kehendak Allah yang membuka hijabnya. Hatinya sangat gembira sehingga lupa pada penderitaan dan kesakitan yang sedang diharunginya. Selepas beberapa lama tempoh penyeksaan itu berlalu, Asiah akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan kalimat Allah di mulutnya. Begitulah kisah wanita yang berhati waja. Dia tetap dalam keimanannya kepada Allah walaupun diseksa sehingga mati tanpa belas kasihan.

Selasa, 10 Mei 2016

My father is blacksmith

A young man went to seek an important position at a large printing company. He passed the initial interview and was going to meet the director for the final interview. The director saw his resume, it was excellent. And asked,'

"Have you received a scholarship for school?" The boy replied, "No".
'It was your father who paid for your studies? '' Yes.' He replied.
'Where does your father work? ' 'My father is a Blacksmith'

The Director asked the young man to show him his hands.
The young man showed a pair of hands soft and perfect.
'Have you ever helped your parents at their job? '
'Never, my parents always wanted me to study and read more books. Besides, he can do the job better than me.

The director said:
'I have got a request: When you go home today, go and wash the hands of your father and then come see me tomorrow morning.'

The young man felt his chance to get the job was high.

When he returned to his house he asked his father if he would allow him to wash his hands.

His father felt strange, happy, but with mixed feelings and showed his hands to his son. The young man washed his hands, little by little. It was the first time that he noticed his father's hands were wrinkled and they had so many scars. Some bruises were so painful that his skin shuddered when he touched them.

This was the first time that the young man recognized what it meant for this pair of hands to work every day to be able to pay for his studies. The bruises on the hands were the price that his father payed for his education, his school activities and his future.

After cleaning his father's hands the young man stood in silence and began to tidy and clean up the workshop. That night, father and son talked for a long time.

The next morning, the young man went to the office of the director.
The Director noticed the tears in the eyes of the young man when He asked him,

'Can you tell me what you did and what you learned yesterday at your house?'
The boy replied: 'I washed my father's hands and when I finished I stayed and cleaned his workshop.'

'Now I know what it is to appreciate and recognize that without my parents, I would not be who I am today. By helping my father I now realize how difficult and hard it is to do something on my own. I have come to appreciate the importance and the value in helping my family.

The director said, "This is what I look for in my people. I want to hire someone who can appreciate the help of others, a person who knows the hardship others go through to accomplish things, and a person who realizes that  money is not his only goal in life".

'You are hired'.

A child that has been coddled, protected and given everything he or she wants, develops a mentality of "I have the right" and will always put himself or herself  first, ignoring the efforts of parents, family and friends. If we are this type of protective parent are we really showing love or are we helping to destroy our children?

You can give your child their own room in a big house, good food, a computer, tablet, cell phone, and a big screen TV, but when you're washing the floor or painting a wall, children need to experience that too.

After eating, have them wash the dishes with their brothers and sisters, let them fold laundry or cook with you, pull weeds or mow the lawn. You are not doing this because you are poor and can't afford help. You are doing this because you love them and want them to understand certain things about life.

Children need to learn to appreciate the amount of effort it takes to do a job right. They need to experience the difficulties in life that people must overcome to be successful and they must learn about failure to be able to succeed.

Children must also learn how to work and play with others and that they will not always win, but they can always work harder to reach their goals. If they've done their best, then they can take pride in all the effort they put forth.

Life is about giving and serving and these qualities are taught in our homes.

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post