Ahad, 8 Oktober 2017

Penipuan sejarah manusia moden

PENIPUAN TERBESAR DALAM SEJARAH MANUSIA MODEN

Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas, orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘note’ menguasai seluruh kehidupan manusia.

“Apa itu wang kertas?”

Wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat.

Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat.

Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.


Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dunia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, di antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank. Pemilik sebenar bank pula tidak kita kenali.

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ dan ‘mandat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Seiringan dengan ini, pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah defisit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun–duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :

 

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً

“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” 

[surah an-Nisa’, ayat 76]

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh sesebuah kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya.

Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus.

Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu diguna untuk membeli secupak beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan Federal Reserve dan Sistem FRB di samping Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Sehingga hari ini, penipuan ini masih berterusan.

Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia moden…

Jumaat, 29 September 2017

Pepijat

Petua hilangkan pepijat

Yang kecil-kecil tu biasanya susah nak tengok sebab kulitnya telus (transparent). Tapi lepas pepijat tu dah selesai hisap darah boleh tengok badannya bertukar merah. Seekor pijat yang dah kenyang hisap darah, boleh hidup sehingga 6 bulan tanpa menjamah sebarang makanan lepas tu. 

Pijat nie suka menyelit di celah-celah sofa, katil, celah dinding, lantai dsb.nya. Tempat yang paling digemarinya ialah tilam dan bantal.

Bila dah kena, kenalah rajin menjemur tilam dan pakaian. Sebaiknya baju dan seluar direndam dalam air suam atau air panas terlebih dahulu sebelum dibasuh.

Tilam dan bantal WAJIB dijemur bawah panas matahari 2-3 kali seminggu. Kalau jemur tiap-tiap hari terbaik! Tepuk-tepuk atau tumbuk dan ‘kungfu’ tilam dan bantal bucuk yang dijemur tu untuk ‘menggugurkan’ askar-askar pepijat yang bergayutan.

Ada bilik yang lantainya dari kayu atau dinding yang dihias dengan kayu. Jika dirasakan dah dihuni pijat, sembur seluruh bilik dan celah-celah kayu dengan ridsect atau shiledtox dsb.nya. Sembur dengan perasaan ‘geram’ dan tutup pintu bilik rapat-rapat. Lepas sembur lebih kurang setengah jam, akan kelihatan pijat-pijat semua keluar. Buang pijat-pijat tu pastu dinding semua curah dengan air panas yang baru mendidih untuk matikan telur-telur dia.
Kalau rajin lagi, tutup sebarang rekahan atau lubang-lubang pada dinding dan lantai dengan ‘melting glue’. Gam yang orang guna untuk buat kraftangan atau barang hantaran kahwin tu.

Cari kulit durian dan letakkan di bawah katil atau kat tempat yang dirasakan ada pijat. Biarkan di situ beberapa hari. InsyaAllah dalam 4-5 hari akan dapati banyak pijat yang mati. Ada juga pepijat yang ‘lari dari rumah’ sebab tak tahan dengan bau durian tu. Bagi tuan rumah yang tak tahan dan akan pening dengan bau durian pun akan lari juga…

Jika korang sendiri tak tahan dengan bau durian, boleh gantikan dengan kulit limau nipis. Letakkan di tempat-tempat yang dirasakan strategik.

Selain dari guna durian. Petua yang ramai orang kata berkesan ialah dengan menggunakan daun durian belanda.

Ambil daun serai dengan batang-batangnya sekali. Tumbuk-tumbuk agar hancur sedikit supaya ‘aromanya’ lebih menusuk. Letak kat bawah tilam dan katil.

Beli kapur barus. Hancurkan dan tabur di bawah katil dsb.nya. Letak juga kat celah-celah rekahan atau lubang-lubang di lantai.

Kalau tak suka sembur-sembur racun serangga atau tak yakin dengan petua-petua lam tu buat gotong-royong satu keluarga. Keluarkan semua barang dalam rumah. Cuci lantai, dinding, siling, kipas siling dan cuci semua barang yang boleh dicuci termasuklah perabot kayu dan tak kayu. Mop lantai rumah dalam tempoh berkala, 2-3 hari sekali. Lap perabot dalam tempoh berkala jugak atau sekuran-kurangnya seminggu sekali.

Khamis, 21 September 2017

Arak, Babi, Zina dan Riba

Arak, Babi, Zina dan Riba: Semuanya Dosa Besar, Tapi Sensiviti Berbeza

Jarang kita dengar non-muslim di Malaysia apabila berkenalan dengan muslim, mereka akan hidangkan arak, atau babi.  Ini kerana orang Islam sangat sensitif dengan babi dan arak. Pesta Arak yang cuba diadakan di Malaysia pun terpaksa dibatalkan atas alasan menjaga sensitiviti umat Islam. Kalau boleh botol arak pun nak dijauhkan.

Begitulah juga sensitifnya umat Islam dengan babi. Apabila timbul isu coklat ada sedikit DNA Babi (belum lagi lemak babi), maka sudah kecoh sampai ada yang nak cuci darah walaupun tak tahu daripada mazhab mana yang suruh dia cuci darah yang termakan coklat itu. Kasut kulit babi pun, kalau nak dijual di Malaysia, wajib diasingkan dan diletakkan notis, walaupun kulit babi yang dijadikan kasut, masih ada khilaf tentang sama ada boleh dipakai atau tidak.  Baguslah, sensitiviti terhadap babi ini bagus.

Umat Islam juga sangat sensitif dengan zina, walaupun perzinaan di Malaysia boleh dikatakan agak meluas juga. Sensitifnya masyarakat terhadap zina ini terbukti dengan banyaknya bayi dibuang kerana takut menanggung malu keluarga. Bahkan sensitifnya umat Islam dengan zina, tangkap khalwat pun sudah memalukan, walaupun khalwat itu bukan lagi  zina, tapi mukaddimah kepada zina.

Tapi bagaimana dengan riba? Masyarakat kita belum lagi sensitif dengan riba sebagaimana sensitifnya dengan zina, arak dan babi. Walaupun dosa riba sangatlah berat.
- Ada hadis yang menganggap dosa  riba paling ringan adalah seperti berzina dengan ibu sendiri.
- Ada hadis yang menyatakan bahawa satu dirham riba lebih besar dosanya daripada 30 kali berzina.
- Paling jelas, ayat al-Quran yang mengisytiharkan perang oleh Allah dan Rasul  kepada mereka yang degil dan masih terlibat dengan riba walaupun diberi peringatan dan amaran.

Bukti kita tidak sensitif:
- Masih banyak organisasi yang majoriti muslim contohnya sekolah-sekolah, dan instutusi kerajaan yang melanggan insurans konvensional, hanya kerana harga yang ditawarkan murah berbanding takaful, sedangkan ada produk takaful. Padahal pengurusan mereka adalah muslim, dan majoriti ahlinya muslim.
- Masih ramai yang tidak kisah dengan skim MLM yang mereka ceburi sama ada patuh Syariah atau tidak. Mereka cuma anggap, selagi ada ustaz yang sertai, selagi itu ia harus.  Perlu diingatkan banyak MLM mengandungi riba yang tersembunyi, yang bertopengkan produk-produk pseudoscience tetapi motifnya ialah rekrut ahli yang menjadi ciri utama skim piramid. Skim piramid pula mengandungi unsur riba dan gharar. Produk cuma topeng sahaja. Kalau DNA Babi yang begitu tersembunyi dalam Coklat pun kita sensitif, tapi DNA riba dalam MLM Piramid tidak pula kita jauhi.
- Masih ramai yang tidak kisah dengan kad kredit mereka daripada bank konvensional, insurans kereta mereka konvensional, pinjaman mereka konvensional.
- Apabila diingatkan tentang isu kepatuhan Syariah dalam sesuatu skim pemasaran MLM atau pelaburan ponzi, ada yang kata, "Kalau was-was, kami tak paksa, tak payah join". Padahal mereka sepatutnya menjauhkan diri daripada skim-skim pemasaran / pelaburan mereka.
- Apabila ada banyak fatwa dan kajian daripada hampir seluruh dunia mengharamkan forex, masih ada yang tercari-cari fatwa yang cuba membenarkan, walaupun datangnya daripada ustaz yang bukan bidangnya, asalkan boleh pakai.  Skim-skim berasaskan forex pun tumbuh dengan begitu marak, tak kurang juga di saat ini menggunakan nama crypto dan sebagainya.  Riba dosa besar, bukan main-main. Lebih besar daripada zina dan lebih besar daripada minum arak.

Memang zaman ini kita takan terkena juga dengan riba tanpa boleh dielakkan, tapi part yang boleh elak itu, cuba-cubalah elakkan. Jika sudah terjebak, kembali ke pangkal jalan secepat mungkin, seboleh mungkin.

Benarlah sabda Rasulullah SAW:
Akan datang satu zaman kepada kamu yang mana seseorang itu tidak lagi peduli daripada mana harta mereka perolehi, sama ada daripada sumber halal, atau haram (Sahih Bukhari)

Isnin, 18 September 2017

10 CIRI ISTERI PEMBAWA REZEKI SUAMI

10 CIRI ISTERI PEMBAWA REZEKI SUAMI

10 Sifat Wanita yang Mendatangkan Rezeki Bagi Suami. Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa rezekinya dengan izin Allah mengalir lancar atas peranan isteri. Memang tidak boleh dilihat secara mata kasar, namun boleh dijelaskan secara spiritual bahawa 10 sifat isteri ini ‘membantu’ mendatangkan rezeki bagi suaminya.

1. Isteri yang pandai bersyukur.

Isteri yang bersyukur atas segala kurnia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk rezeki. Punya suami, bersyukur. Menjadi ibu, bersyukur. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberikan nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberikan kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).

2. Isteri yang tawakal kepada Allah.

Di saat seseorang bertawakkal kepada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaq: 3).

Jika seorang isteri bertawakkal kepada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak semestinya Allah memberikan rezeki secara terus kepada si isteri. Boleh jadi Allah akan memberikan rezeki yang banyak kepada suaminya, lalu suami tersebut memberikan nafkah yang cukup kepada dirinya.

3. Isteri yang baik agamanya.

Rasulullah menjelaskan bahwa wanita dinikahi karena empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya.

“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
Beruntung itu beruntung di dunia dan di akhirat. Beruntung di dunia, salah satu aspeknya adalah dimudahkan mendapatkan rezeki yang halal.

Cuba kita perhatikan, insya Allah tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya taat kepada Allah kemudian mereka mati kelaparan. Lalu bagaimana dengan seorang suami yang banyak bermaksiat kepada Allah tetapi rezekinya lancar? Boleh jadi Allah hendak memberikan rezeki kepada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi berkat taqwa isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah kemudian mempermudah rezekinya. Suami semacam itu sebenarnya berhutang pada isterinya.

4. Isteri yang banyak beristighfar.

Di antara keutamaan istighfar adalah mendatangkan rezeki. Hal itu boleh dilihat dalam Surat Nuh ayat 10 hingga 12. Bahwa dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.

“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu”(QS. Nuh : 10-12).

5. Isteri yang gemar silaturahim

Isteri yang gemar menyambung silaturahim, baik kepada orang tuanya, mertuanya, sanak saudaranya, dan saudari-saudari seaqidah, pada hakikatnya ia sedang membantu suaminya memperlancar rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.

“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

6. Isteri yang suka bersedekah.

Isteri yang suka bersedekah, dia juga pada hakikatnya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Sebab salah satu keutamaan sedekah sebagaimana disebutkan dalam surat Al Baqarah, akan dilipat gandakan Allah hingga 700 kali ganda.

Jika isteri diberi nafkah oleh suaminya, lalu sebagiannya ia gunakan untuk sedekah, mungkin tidak langsung dibalas melaluinya. Namun boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261).

7. Isteri yang bertaqwa.

Orang yang bertaqwa akan mendapatkan jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan ia akan mendapatkan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Sebagaimana firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq: 2-3).

8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya

Jika seseorang ingin mendapatkan sesuatu, ia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Ia tidak boleh mendapatkan sesuatu tersebut melainkan dari pemiliknya.

Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Maka jangan hanya mengharapkan usaha semata-mata namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami agar senantiasa mendapatkan limpahan rezeki dari Allah, dan yakinlah jika isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkannya.
“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan” (QS. Ghafir: 60).

9. Isteri yang gemar solat dhuha

Sholat dhuha merupakan shalat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Sholat dhuha dua raka’at setara dengan 360 sedekah untuk menggantikan hutang sedekah kepada setiap sendi badan kita. Solat dhuha empat rakaat, Allah akan menjamin rezekinya sepanjang hari.

“Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Beliau menjawab, “Engkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud)

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”(HR. Ahmad).

10. Isteri yang taat dan melayani suaminya.

Salah satu kewajiban isteri kepada suami adalah mentaatinya. Sepanjang perintah suami dia taatinya.

Apa hubungannya dengan rezeki? Ketika seorang isteri taat kepada suaminya, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya damai, ia boleh berfikir lebih baik dan kreativiti dalam pemikiran juga muncul. Semangat kerjanya pun menggebu. Ibadah juga lebih tenang, rezeki mengalir lancar.

Surah Al An'am

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam,

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintah Allah), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).

Yang demikian (kedatangan Rasul-rasul itu ialah), kerana Tuhanmu tidak membinasakan negeri-negeri secara zalim sedang penduduknya leka lalai.

Dan bagi tiap-tiap seorang (dari manusia atau jin), beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan (amal baik atau jahat) yang mereka telah kerjakan; dan (ingatlah) Tuhanmu tiadalah lalai dari apa yang mereka lakukan.

Dan Tuhanmu Maha Kaya, lagi Melimpah-limpah rahmatNya. Jika Ia kehendaki, nescaya Ia binasakan kamu dan menggantikan sesudah (binasanya) kamu dengan sesiapa yang dikehendakiNya, sebagaimana Ia telah menjadikan kamu dari keturunan kaum yang lain.

Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu (hari kiamat dan balasannya) tetap akan datang, dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan itu).

Maha benar firman Allah yang maha agung.

Dinukil daripada Tafsir Al Quran pimpinan Ar Rahman (JAKIM), Surah Al An'am ayat 130 hingga 134.

Watermelon

HERE ARE THE TOP BENEFITS OF EATING WATERMELON:

1. Keeps Your Kidneys Healthy

2. Fights Against Cancer

3. Improves Eye Health

4. Fights Against Impotence

5. Brain BoostFluid Retention

6. Promotes Heart Health

7. Reduces Inflammation

8. Fights Depression

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post