Ahad, 31 Disember 2017

Siput dan katak

Ada seekor siput 🐌🐌 selalu memandang sinis terhadap katak🐸🐸

Suatu hari, katak 🐸🐸yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput🐌🐌

Tuan siput🐌🐌, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga Anda begitu membenci saya?

Siput🐌🐌 menjawab

"Kalian kaum katak 🐸🐸mempunyai empat kaki & dapat melompat ke sana ke mari,
Tapi saya mesti membawa cengkerang🐚🐚 yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih"

Katak 🐸🐸menjawab :

"Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing2, hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak)🐸🐸"

Dan seketika itu, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka, siput 🐌🐌dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang🐚🐚, sedangkan katak🐸🐸 dimangsa oleh helang...

Siput 🐌🐌terharu...
Akhirnya baru sedar ...
ternyata cengkerang 🐚🐚yang di milikinya bukan merupakan suatu beban...
tetapi adalah kelebihannya...

💖Nikmatilah kehidupanmu💖..
💖Tidak perlu dibandingkan dengan orang lain💖...
💖IRI HATI💖 kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan..

Rezeki tidak selalu berupa emas, permata💎💎 atau wang💰💰 yang banyak, bukan pula saat kita di rumah mewah 🏰🏰& pergi berkereta🚘🚘

rezeki juga adalah💖jiwa dan hati yg tenang.

💝Renung renungkanlah wahai sahabat 💝

Rencah kehidupan

Malam tadi, ketika minum kopi,  saya merasa sedikit pahit.. Namun tetap juga la saya minum..

Dan pada ketika air kopi tinggal suku, baru la saya perasan, saya lupa kacau kopi dan susunya..

Apabila saya kacau, kopi yang tinggal suku itu, terasa sangat manis pula..  Terlalu manis sehingga tidak mampu saya telan..

Agaknya itu la resam hidup.. Ada kalanya kita lupa, yang 'manis' itu ada di dasar.. Perlu dicari.. Dan kiranya kita malas mencari, maka hanya pahit la yang dapat kita nikmati..

Ada waktunya juga, pada ketika teringat berkenaan 'manis' itu, segalanya sudah terlewat..

Mujur la, Allah sudah membantu 'membancuh' hidup kita antara yang pahit dan manis.. Kerana hidup pasti kurang maknanya kiranya hanya berkenaan yang pahit-pahit saja.. Atau yang manis-manis saja..

Makanya, hirup la hidup dengan senyuman, dan tak perlu hiraukan sangat apa orang nak kata dan umpat belakang kita.. Sebab memang kita manusia tidak-lari dari ketidaksempurnaan  !!

Ucap la syukur Alhamdulillah untuk satu lagi peluang kita menghirup udara di bumi Allah swt

Salam Sejahtera...
Salam Ukhawah...
Salam perjuangan..
Salam kasih sayang..
Salam persahabatan...
Salam segalanya....

Selamat Menyambut tahun baru 2018🌺❤🌺

Selasa, 26 Disember 2017

Israiliyat

Kisah Israiliyat

Arti Israiliyat

Israiliyat adalah kisah atau peristiwa yang riwayatnya bersumber dari Bani Israil.

Yang dimaksudkan dengan Israil ialah Nabi Ya’kub a.s. maka arti  Bani Israel ialah anak cucu keturunan Nabi Ya'kub a.s. sampailah ke zaman Nabi Muhammad saw.

Kaum Bani Israil sangat banyak mengingati cerita-cerita di zaman para Nabi dahulu dan mereka menyampaikan cerita-cerita tersebut kepada anak cucu mereka. Termasuklah para sahabat yang berasal dari keturunan Bani Israil yang memeluk Islam.

Pandangan Ulamak

Ulama-ulamak muktabar membahagikan kisah-kisah Israiliyat ini kepada 3 bahagi :

1- Kisah yang diakui kebenarannya dalam Islam. Maka riwayat Israiliyat seperti ini adalah sahih kedudukkannya..

2- Kisah yang anggap dusta dari sudut Islam. Maka riwayat Israiliyat seperti ini adalah batil dan hendaklah dijauhi.

Sayyiduna Abu Bakr as-Siddiq r.a. berkata :

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: عَلَيْكُمْ بِالصّدْقِ، فَاِنَّهُ مَعَ اْلبِرّ وَ هُمَا فِى اْلجَنَّةِ. وَ اِيَّاكُمْ وَ اْلكَذِبَ، فَاِنَّهُ مَعَ اْلفُجُوْرِ وَ هُمَا فِى النَّارِ.

artinya  : Rasulullah saw bersabda : “Sentiasalah kamu bersikap benar kerana benar itu bersama kebaikan. Dan keduanya di dalam syurga. Dan jauhkanlah dirimu akan dusta. Kerana dusta itu bersama kejahatan. Dan keduanya di dalam neraka”. (Hadith Ibnu Hibban)

3- Riwayat yang tidak dapat dipastikan adakah ia dusta atau benar menurut agama Islam. Kisah Israiliyat banyak dalam kategori ini.

Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah saw bersabda dalam perkara ini :

لَا تُصَدِّقُوا أَهْلَ الْكِتَابِ وَلَا تُكَذِّبُوهُمْ وَقُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ الْآيَةَ

artinya : Jangan kamu benarkan akan Ahli Kitab dan jangan pula kamu dustakan mereka itu. Dak katalah olih kamu "Kami telah beriman dengan Allah dan beriman dengan apa yang telah diturunkan kepada kami dan apa yang telah diturunkan kepada kamu." (Hadith Bukhari)

Dan lagi Rasulullah saw bersabda :

بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً ، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ

artinya : “Sampaikanlah kamu sekelian dariku walau pun hanya satu ayat. Dan sampaikan olih kamu sekelian akan cerita dari Bani Israil dan tiada menjadi kesalahan." (Hadith Bukhari)

Kesimpulan

- Boleh meriwayatkan kisah Israiliyat yang selari dengan syariat Islam.

- Tidak boleh meriwayatkan kisah Israiliyat yang bertentangan dengan syariat Islam.

- Boleh meriwayatkan kisah yang tidak dapat dipastikan benar atau tidak untuk diambil pengajaran atau sebagai cerita.

Wallahua'lam

Sabtu, 23 Disember 2017

Pengamal syirik

*ADAKAH ANDA PENGAMAL SYIRIK ATAU PENGAMAL SYARIYYAH ?*

Salam semua ,
Petikan ini saya kongsikan daripada group whatsapp Panel Pembangunan Standard Perubatan Islam i-Syifa' (dianggotai Kementerian Kesihatan Malaysia, Jakim, Darussyifa, Darussalam, Manarah, Isnad Tadawi, IPTA) Sama seperti artikel TokWan yg menjadi tajuk asas keilmuan kpd semua ahli group Mengenal Syifa Syariyyah.

*BOLEHKAH "SCAN" JIN DALAM BADAN? BENARKAH PERAWAT BOLEH MENGETAHUI PERKARA GHAIB?*

Setelah membaca beberapa ayat Quran (atau doa) dan pesakit tidak menunjukkan sebarang respon, ada perawat yang mengatakan perkara-perkara seperti :

_“Hmm kuat jin di dalam badan kau ini”_

_“Ada 5 jin tinggal dalam badan kau”_

_“Rasanya kau sudah terlanggar jin semasa membuang sampah”_

_"Ini jin keturunan. Sudah lama dia tinggal di badan kau"_

_"Kau sudah disihir. Jin tu akan ganggu kau sampai kau mati"_.

Ada juga perawat yang mengubat dari jarak jauh yang hanya bersumberkan gambar pesakit atau nama pesakit sambil scan je terus berkata :

_“Si anu itu telah disihir”_
_“Ada saka dalam badannya”_
_"Rumah kau ada jin"_

Ada juga perawat yang hanya dengan melihat je pesakit mngatakan:

_“Ada jin sedang mengikuti kau”_

_"Aku dapat rasa kehadiran jin dalam badan kau”_

_"Ada 2 jin di belakang kau dan 1 jin di lutut kau"_

_"Aku nampak ada bayang-bayang hitam ikut kau selalu"_

Kaedah-kaedah di atas adalah melanggar hukum syara’ (Syariyyah). Mereka yang mengamalkan kaedah-kaedah di atas boleh dikategorikan sebagai _al-Kahin_dan _al-Arraf_. _Al-Kahin_ ialah orang yang memberitahu tentang perkara-perkara ghaib di masa hadapan atau memberitahu apa yang ada di dalam hati. _Al-‘Arraf_ bermaksud orang yang mendakwa mengetahui perkara-perkara ghaib, atau dalam erti kata lain digelar tukang tilik. Perbuatan ‘Arraf ini dilarang oleh Allah SWT kerana tiada sesiapa pun yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah SWT sahaja. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran :

“Katakanlah! Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah” (An-Naml : 65)

“Dan di sisiNya jualah kunci-kunci segala yang ghaib; tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja.” (Al-An’am : 59)

“Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapa pun melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhaiNya.” (Al-Jin : 26-27)

Malah, Nabi Muhammad SAW pun tidak mengetahui perkara ghaib. Perkara ini dinyatakan dalam al-Quran :

“Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku yang mengumpulkan dengan banyaknya benda yg mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan” (Al-A’raaf : 188)

Nabi Muhammad SAW juga pernah terkena sihir namun baginda tidak mengetahuinya. Jibrail AS yang telah memberitahu baginda bahawa baginda telah disihir oleh Labid bin al-A’sam. Jika Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahui perkara-perkara ghaib, (seperti sihir yang berlaku ke atas dirinya) bagaimana pula seorang manusia biasa boleh mengetahuinya?

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran di atas, adalah jelas bahawa dakwaan mengetahui tentang kewujudan jin dalam badan seseorang menggunakan kaedah-kaedah di atas adalah tidak benar. Malah, kita tidak sepatutnya menemui orang-orang yang mengamalkan kaedah-kaedah sebegitu. Menurut riwayat Muslim di dalam sahihnya bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :

من أتى عرافا فسأله عن شيء فصدقه لم تقبل له صلاة اربعين يوما

Maksudnya : Sesiapa yang mendatangi seorang ‘arraf, dan bertanya tentang sesuatu, maka tidak diterima amalannya selama 40 hari.

Abu Daud r.a. meriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW :

من أتى كاهنا فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه و سلم

Maksudnya: Barang siapa yang menemui tukang tenung kemudian membenarkan apa yang dikatakan maka sesungguhnya dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Nabi SAW.

Menurut Dr.Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya Pengertian Tauhid, membenarkan tukang-tukang tenung dan juru-juru ramal yang pada sangkaan mereka dapat mengetahui sesuatu yang ghaib, adalah satu kekotoran terhadap ayat-ayat al-Quran di atas. Sekiranya tindakan mereka yang pergi menemui golongan tesebut dan membenarkan pula dianggap suatu yang amat keji di dalam agama, tindakan para tukang tenung dan juru ramal.Itu adalah jauh dari agama dan agama pula jauh dari mereka :

ليس منا من تطير أو تطيرله او تكهن أو تكهن له او سحر او سحرله  : رواه البراز بأسناد جيد

Maksudnya : Bukan dari golongan kami sesiapa yang menganggap sial kerana alamat (tataiyur) atau minta dilihat kesialannya dan menenung atau minta ditenungkan atau mensihir atau minta disihirkan baginya.

Oleh itu, berhati-hatilah bila berjumpa dengan perawat-perawat yang menggunakan kaedah-kaedah di atas. Kadang-kadang, ada perawat yang menggunakan bahasa lunak dan halus untuk melindungi kedustaan mereka agar dapat meyakinkan pendengar.

Contohnya :

_"Nampaknya penyakit encik ini bukan penyakit biasa. Encik terkena sihir. Inilah hasil penyiasatan kita. Sebab yang sebenarnya Allah sahaja yang tahu"_

Ada juga yang berselindung dengan kata-kata yang dapat menggambarkan bahawa apa yang diperkatakannya itu datang daripada Allah dan dia sentiasa berpegang teguh kepada kekuasaan dan kehendak Allah semata-mata.

Misalnya:

_"Nampaknya, ikut penglihatan kita hajat encik ini sukar tercapai.Banyak sangat halangannya. Ramai orang tidak sukakan encik hidup senang. Tetapi kalau mahu berjaya kita boleh usahakan, Insya Allah, akan berjaya juga nanti"_

Ada juga perawat yang berkata bahawa kaedah mereka itu benar kerana ia hasil daripada kasyaf atau terbukanya hijab. Ini semua mengarut semata-mata sesenang guna alasan kasyaf dan manusia terpilih. Kasyaf memang boleh berlaku kepada orang mukmin yang hampir dengan Allah (wali Allah) tetapi kasyaf yang dikurniakan kepada orang tersebut adalah sebagai satu ujian dan rahsia antara dirinya dengan Allah. Hal ini disebabkan kasyaf merupakan sebahagian daripada karomah yang dikurniakan oleh Allah. Oleh yang demikian, kasyaf perlu dirahsiakan, tidak boleh diceritakan sewenang-wenangnya. Dalam kitab-kitab tasawur terdapat keterangan bahawa karomah mesti disembunyikan kerana ia merupakan satu ujian bagi orang yang menerimanya. Jika diceritakan atau dihebahkan, maka karomah itu akan menjadi hijab kepadanya. Berlainan dengan mukjizat yang berlaku kepada para Rasul adalah untuk ditunjukkan sebagai bukti kebenaran kerasulannya. Oleh itulah maka wali Allah yang sebenarnya amat takut dan cemas apabila dikurniakan karomah, apatah lagi untuk menghebahkan kekeramatan itu kepada orang ramai kerana takut akan dihijab oleh Allah. Wali Allah yang sebenar tidak begitu mudah menceritakan sesuatu rahsia ghaib yang telah dikurniakan Allah kepadanya, tetapi Wali Syaitan pula berlaku sebaliknya, amat mudah menceritakan rahsia-rahsia ghaib seperti itu kpd org lain nak tnjuk dia ni hebat. Mudah shj nk kenal  wali syaitan ni jika apa-apa aksi atau cara perawatannya menagih pujian hebat, takjub dan penonton/pesakit akan teruja kehebatan wali syaitan maka berjayalah jin ifrit menyesatkan perawat dan juga pesakit supaya bersyirik kpd Allah.

Kesimpulannya, janganlah mudah mempercayai perawat (termasuklah dukun bergelar ustaz,  pawang, bomoh atau orang biasa) yang mendakwa boleh scan boleh nmpk jin dan mengetahui perkara di alam ghaib. Sebab itu cuba baca yg ni......

*JADI JIKA TERJUMPA KAEDAH PERAWATAN SYIRKIAH DI BAWAH INI HINDARILAH DARIPADA ANDA TERKUFUR DAN TIDAK DITERIMA AMALAN SELAMA 40 HARI*

1- Perawat atau Dukun berketayap/berjanggut mula bertanyakan nama ibu,nama salasilah.

2- Membuat ritual semasa berubat sedangkn syifa syar'iyyah tidak memerlukan apa2 ritual semasa rawatan. Ritual dimaksudkan adalah seperti
-menyembelih/membuat hidangan utk rawatan dipermudahkan.
-memanggil 'seseorang' utk merawat(kebiasaan watak bomoh tadi akan bertukar atau aneh semasa rawatan dan normal lepas selesai rawatan ini dinamakan menurun).
-menconteng/melukis tubuh pesakit.
-membuat lakaran2 semasa rawatan pada bdn pesakit
-bagi mandi bunga(bukan tujuan mewangikan atau mencergaskan badan tapi konon utk buang hantu/penyakit) dlm badan.

3- Menggunakan asap2 dlm bantuan perawatan seperti asap kemenyan dan apa jenis asap pemujaan.

4- Jenis boleh mengesan dan mengetahui sesuatu alam ghaib dgn hnya melihat kpd nama atau penyakit pesakit tanpa perlu membuat rawatan dahulu dengan hanya kaedah 'scanning' shj pun boleh sembuh. Hebat betul syirik org ni.
-beza pula dgn rawatan islam yg akan membacakan dahulu ayat2 quran dan doa2 perlindungan/kesembuhan. Jika ada apa2 reaksi semasa bacaan ruqyah maka amat positif pesakit ada gangguan.

5- Dengar dan faham kaedah bacaan mereka sbb kalau syirik;
-membaca wirid2 atau mantera2 yg pelik-pelik.
-bacaannya tidak jelas dan tidak didengari.
-membaca sbhg drp ayat quran sahaja kemudian dicampur aduk smbil membisik atau membacakan mantera secara samar2(tidak didengari).
-memanggil wali2, raden, nama2 orang mati, meminta karomah atas sesuatu benda dgn berkat kalimah dan sbgnya.
-menyebutkan mantera atau bacaan yg tidak difahami. (Ingat, rawatan islam hanya baca quran dan doa sahaja dan ia dibaca dgn sebutan jelas bkn hnya bunyi mcm baca sesuatu ). Paling kurang pesakit sendiri boleh mendengarnya
-berdoa mghrpkn khadam,syeikh dtg bantu bknnya Allah.

6- Memberikan sesuatu alat utk dipakai atau disimpan diletakkan pada sesuatu tempat kepada pesakit konon ia mampu menyakiti, melindungi atau menjauhkan jin dr badan kita.
-maksud di sini ialah pemberian minyak, wafaq, wifik, azimat dan tangkal.
-menyuruh pesakit mengamalkan sesuatu yg  bertentangan dgn syariat islam.

7- Meminta atau meletakkan pengeras atau mengenakan pengeras sekian2 banyak baru boleh buat rawatan.
-Meminta pesakit menyediakan jamuan sebelum boleh memulakan rawatan( permintaan ini memberatkan pesakit).
-Meminta pesakit menyediakan paku, limau, kemenyan, lada hitam, tahi besi, sabun atau minyak bidara, rokok, garam atau apa-apa sahaja yg perlu dibeli oleh pesakit yg boleh diertikan memberatkan pesakit.

8- Perawat sendiri melanggar kaedah perawatan islam contohnya semasa merawat sambil merokok atau minum, pakai seluar pendek tidak berbaju, memegang bhg anggota yg tidak boleh disentuh bukan mahram (luar dan dalam).

9- Ketika rawatan ada perkara yg melanggar syariat islam. Contohnya mandi tnpa pakaian berdua dengan pesakit, mengurut dan sentuh pesakit tanpa lapik tebal dll.

10- Perawat jelas berkomunikasi dgn sahabatnya meminta prgi merawat pesakit di rumahnya mlm nanti atau perawat bgth sekejap lagi sahabatnya (jin islam) dtg bantu. Ini semua adalah syirik wlpun jin islam dtg utk membantu .

11- Mengenakan pantang larang yg menyusahkan pesakit antaranya
-tak boleh ziarah kubur atau mengiringi jenazah ke kuburan.
-tak boleh lalu/ menyurut bawah ampaian.
-tidak boleh pergi rumah yg ada kematian.
-tidak boleh makan itu ini contohnya bersengat berduri pisang emas dll (klu atas nasihat doktor tiada mslh kerana ada juga  sebahagian makanan yg dipantangkan kpd pesakit).
-pantang larang yg jelas melanggar syariat islam contohnya bila dah amalkn amalan pelaris ini tk boleh mandi wajib selama setahun dsb.
-menyuruh pesakit membuat sesuatu yg boleh menjebakkan kpd syirik contohnya tk boleh ambil wuduk selepas senja sehingga pagi hari jika ingin kebal.

12- Tidak pernah belajar atau berguru amalan dan ruqyah termasuklah MSS atau Syifa Morha tetapi  boleh meruqyah dengan begitu hebat sekali. Sekali tepuk sahaja dah terpelanting jin telinga capang ke parit blkg.

13- Sandiwara dgn cara meruqyah dari jauh, minta  nama, gambar atau barangan peribadi pesakit.

14- Menggunakan alat2 tertentu semasa meruqyah sprt;
- limau purut
- bunga
- daun kering
- daun tanduk rusa
- daun langsuyar
- tempurung lubang dua
- sarang labah
- bawang putih
- kunyit jantan
- keris lama
- lada hitam
- pucuk atau buah bidara
- minyak atar tertentu

Utk menghindari dari gangguan jin dan mesti diamalkn juga ayat/doa berdasarkan jumlah tertentu, waktu tertentu dan selama tempoh tertentu maka boleh menjadi perkasa dgn kelebihan boleh merawat org lain, bg jurus kpd lawan terus tumbang wlpun tnpa disentuh atau lawan nk dtg pukul terus terpelanting, aura dan dgn tenungan mata sudah mencukupi untuk menumbgkn memecahkan perut musuh. Karut lah ini semua sebab itu dinamakan Syirkiah.

Moga Allah bagi kefahaman dengan kita dalam hal rawatan islam. Dari itu banyak lagi ciri2 rawatan bukan islam yg perlu kita ketahui.

Wallah hu a'lam

[Rujukan:
1. “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan”oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (2009), m.s.168-171.
2. “Berpawang dan Bersahabat dengan Jin daripada perspektif Islam”, Jahid Sidek (2004), m.s.82-87.
3. “Pengertian Tauhid”, Dr.Yusuf Al-Qardhawi (1999), m.s. 70-73.]

Khamis, 21 Disember 2017

Tamoxifen

Tahukan anda? Tamoxifen adalah sejenis SERM yang digunakan sebagai agen kemoterapi untuk membunuh sel kanser payudara. Walaupun bentuknya seakan-akan estrogen dan menambat pada reseptor estrogen, ia membantutkan transkripsi gen-gen pembahagian sel yang selalunya diaktifkan oleh estrogen di payudara.

Rabu, 20 Disember 2017

Keluarga sunnah


Baca dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik.
Kita usaha sama-sama, ok?
.
.
✅ Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
.
✅ Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
.
✅ Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
.
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
✅ Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
✅ Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih.
.
🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
.
✅ Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
.
✅ Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
.
✅ Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
✅ Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
.
✅ Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
.
✅ Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati--
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭
.
✅ Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak--
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
.
✅ Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
✅ Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
.
✅ Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
.
✅ Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
.
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
.
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
.
✅ Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
.
✅ Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
.
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
.
✅ Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
.
✅ Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
.
✅ Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
.
🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
.
✅ Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
.
✅ Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
.
✅ Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
✅ Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
.
Ini cuma perkongsian.
Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus.
.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah,
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.
.
Sementara masih dipinjamkan nyawa ni.

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post