Selasa, 19 November 2024
Founction of. DAEREATOR
Jumaat, 8 November 2024
Pemandu EV tidak akan kembali memandu kereta ICE - Geely
Khamis, 24 Oktober 2024
Flange Leak
Selasa, 15 Oktober 2024
Steam turbine Double stage extraction and condensesing type.
Jumaat, 20 September 2024
Tupperware bagaimana zaman kegemilangan kepada kejatuhan
Rabu, 17 Julai 2024
TIPS BERCAKAP FLUENTLY AND CONFIDENTLY
Isnin, 3 Januari 2022
MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?
Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD.
1. Kekerapan Lawatan doktor
Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan lawatan doktor
sekali sehari. Kebanyakan doktor akan membuat lawatan 2 kali sehari, terutama
utk penyakit kritikal. Jika polisi anda hanya cover sekali lawatan doktor
sehari, maka anda perlu menanggung sendiri kos selebihnya. Periksa polisi atau
product disclosure. Akan ada tertulis. Tak semua agent akan cerita benda ni.
2. Co-Insurance @ Co-Takaful
Kalau boleh, cari yg tak perlu bayar
co-insurance/co-takaful. Mungkin mahal sedikit tapi sekurang-kurangnya anda tak
perlu keluar cash sendiri bila kena masuk hospital. Kalau mahal pun dlm RM20-30
sahaja.
3. Claim Senang @ Tidak
Anda boleh selidik sendiri dgn orang hospital @ admission
counter. Selalunya diorang akan tau. Kalau tanya agent semua kata cepat.
4. Agent
Cari agent yg betul2 boleh educate anda. Apa pro dan
kontra produk tu. Bagaimana kelebihan dan kelemahan produk tu boleh disesuaikan
dgn keperluan anda.
5. Harga
Pastikan apa yg anda bayar tu berbaloi. It's not about how
much you pay but what VALUE you get from it. Kadang2 bayar murah tapi rupanya
feature kurang. Kalau bayar mahal pulak, pastikan dapat coverage yg menyeluruh.
6. First Party atau Third Party?
Ini SANGAT PENTING.
First Party - syarikat pengendali insurans tu sendiri yang
kendalikan medical card dia.
Third party - syarikat pengendali insurans menggunakan
syarikat lain untuk mengendalikan medical insurance. MCO iaitu Managed Care
Organization @ Third Party Medical Card Provider. Cthnya seperti MediJaring,
PMCare dan AsiaAssist, MiCares.
Kalau ambil yang traditional, mungkin murah sedikit. Cuma
bezanya, kalau ada masalah payment sangkut ke (ye lah mana tahu macam2 benda
boleh jadi kan), maka medical card anda tak boleh guna sampai anda clear kan
outstanding payment. Kalau investment-linked, anda boleh pakai medical card
selagi polisi in-force.
Sebelum turunkan tandatangan anda atas borang insurans, sila BACA QUOTATION LINE BY LINE. Dalam quotation tu ada product disclosure. Kalau kurang faham, minta tolong agent explain.
Bila dah dapat polisi, baca polisi untuk betul2. Bank negara punya requirement lepas dapat polisi ada 15 hari cooling off
period... di mana anda boleh cancel polisi tu kalau anda rasa tak sesuai dengan
keperluan anda. Lepas 15 hari dah tak boleh cancel.
Malas baca? Pastikan agent terangkan satu persatu. Agent
juga manusia biasa...kadang-kadang dorang terlepas pandang. Jadi untuk kebaikan
anda sendiri, elok lah anda baca Product Disclosure tu. Sekurang-kurang nya
anda tahu hak anda, apa yang anda dapat dengan membayar polisi setiap bulan. :)
Dan satu lagi, Tahukah anda bahawa anda boleh
mendapatkan pengecualian cukai sebanyak RM3000 setahun utk polisi perubatan
sendiri dan anak2?
NAK DAPAT QUOTATION FREE DAN AGENT HENSOM ? NAK!!
Feature Post
Perjalanan tentang jarak
Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...
Popular Post
-
Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebalik...
-
DIL dan DNR/NAR Penulisan kali ini saya menyentuh tentang isu yang amat sensitif, iaitu DIL (Death in Line), atau bahasa kasarnya "men...
-
👉KWSP atau PENCEN? Bagi penjawat awam, pasti anda melalui dilemma memilih skim persaraan di antara skim pencen dan tabungan KWS...
-
Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kec...
-
Dalam proses pembuatan senjata warisan melayu terdapat satu kaedah pembuatan unik yang menggunakan besi-besi (alatan) yang bermula dengan se...

