Sekarang merupakan musim tengkujuh,yang membawa hujan lebat dibumi Malaysia yang bertuah ini. Baik di bahagian utara, selatan, timur mahupun centre, hampir semua negeri dan kawasan pastinya mengalami hujan, tidak kira pagi, petang, siang mahupun malam. Bahkan ada juga kawasan pantai timur yang dilanda banjir disebabkan hujan yang tidak berhenti2 sepanjang hari, malah berhari2 lamanya.
Dan pastinya kita akan terdengar bebelan orang (mungkin tanpa sedar kita sendiri juga ada membebel) merungut dan mengeluh, hanya kerana hujan. Seringkali terdengar ungkapan “cuaca buruk je akhir-akhir ni ye…”. Persoalannya di sini,kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramaikah di kalangan kita yang merungut dan mengeluh apabila hujan turun?
“Ish, tak keringlah baju yang dibasuh kalau asyik hujan je…”
“Alahai… hujan lagi… hmm…”
“Tiap-tiap hari hujan… susahla macam ni…”
“Payahlah nak buat apa2 kalau hujan…”
“Hmm… hujan tak henti2.. tak boleh balik lagi la jawabnye…”
Saya yakin, pastinya kita (saya akui, termasuklah diri ini) ada melafazkan kata-kata rungutan serta keluhan seperti contoh2 di atas,kan? Itu normal. Kita manusia, insan yang hina, yang seringkali lupa dan alpa dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita. Pada kita, hujan merupakan satu masalah buat diri kita.

Cuba kita renungkan kembali... Tidakkah kita terfikir, bahawa hakikatnya hujan itu adalah rahmat? Cuba kita perhatikan firman Allah dalam surah Al-A’raaf, ayat 57, mafhumnya:
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)" (Al-A'raaf, 7: 57)
MUSTAJABNYA DOA TATKALA HUJAN

Sedarilah, apabila hujan turun, hakikatnya terlalu banyak rahmat yang Allah limpahkan buat manusia sekalian alam. Justeru itu juga, kita amatlah digalakkan untuk berdoa kepada Allah saat turunnya hujan kerana ianya adalah waktu mustajabnya doa seseorang.
Nabi SAW bersabda (maksudnya): "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat, dan ketika hujan turun." (HR Abu Dawud)
Sekarang ni, di tempat kita, hampir setiap hari hujan. Bererti, tiap-tiap hari, pastinya ada masa untuk doa kita menjadi mustajab. Jadikenapa kita lepaskan peluang keemasan ini dengan rungutan dan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan air yang tertumpah (hujan yang lebat)" (al-Qamar, 54: 11)
HUJAN TURUN MENGIKUT SUKATAN
Harus diingatkan juga, rahmat yang datang bersama turunnya hujan, tidak hadir begitu sahaja. Bahkan ketahuilah sesungguhnya turunnya hujan itu juga adalah mengikut sukatan yang tertentu.
"Dan Kami turunkan air dari langit menurut kadar sukatannya, lalu Kami tempatkan air itu di bumi; dan sesungguhnya Kami berkuasa melenyapkannya." (Al-Mu’minun, 23: 18)
Mungkin sebelum ni kita tidak tahu atau terlupa. Baru hari ini kita tahu, sedar, dan teringat bahawa Allah SWT turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, dan ada juga sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah. WALLAHU A3LAM…
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami beri kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr, 15: 22)
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi, dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Hud, 11: 123)
KESIMPULANNYA…
Jadi kesimpulannya di sini, marilah sama-sama kita perbaiki kesilapan diri kita… hentikanlah tabiat merungut dan mengeluh saat turunnya hujan. Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa? Maka perbanyakkanlah berdoa ketika hujan turun, mudah-mudahan doa kita menjadi mustajab dan diterima Allah ^_^

1 ulasan:
ya allah ya tuhan ku....
hanya engkau yg maha mengetahui....
Catat Ulasan