Ahad, 21 Februari 2010

Anak adalah amanah.


Anak-anak adalah amanat di tangan kedua ibu bapa. Hatinya suci laksana mutiara yang berharga, indah, bersih dari segala gurisan dan bentuk. Ia akan menerima apa sahaja yang dibuat kepadanya dan condong kepada apa yang ditarik kepadanya. Jika dibiasakan anak-anak itu dengan perbuatan-perbuatan baik yang diajar kepadanya, ia akan besar dalam keadaan itu sehingga berbahagialah kehidupannya dunia akhirat.

Sebaliknya jika anak-anak itu dibiasakan dengan perbuatan-perbuatan yang jahat dan dicuaikan pendidikannya seperti kehidupan binatang yang terbiar, sudah tentu dia akan binasa. Kalau sekarang ini kita begitu bersungguh-sungguh menjaga keselamatan anak-anak kita dari mara bahaya seperti terkena api dunia, maka melindunginya dari api akhirat adalah lebih penting dan utama lagi.

Lindungi anak-anak itu ialah dengan memberinya pendidikan dan pengajaran yang baik, dan membiasakan mereka dengan segala akhlak dan budi pekerti yang terpuji, dan bergaul dengan kawan-kawan yang baik.

Tidak usah terlalu memberinya kemewahan ataupun mengikut kemahuan anak anak kerana dikhuatiri anak-anak itu akan menghabiskan umurnya memburu kemewahan sehingga boleh membawa kebinasaan. Kita amat mengharapkan akan tibanya generasi yang terdidik, yang berpegang teguh dengan tali Allah.

2 ulasan:

Dr Eqa berkata...

jagalah anak2 abg syam baik2..

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm Syam.
Lama betul Kak G tak jengah ke sini .. tp Syam pun tak menjengah2 Kak G juga. Jika ada, tentu Kak G pasti dtg juga sesekali.
Apapun, semoga bahagia dengan apa yg Syam buat sekarang .. semoga menjaga anak-anak mmg termasuk dlm agenda utama. Insya Allah diberkati.

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post