
Dalam hati menidakkan tetapi rasa tidak gamak meluahkan. Diri terpaksa mengiakan sedangkan sebenarnya tidak rela berkata begitu. Demikianlah kita selalu dihimpit rasa serba salah dan selalu terperangkap dalam kehidupan atas nama tugas.
Komitmen peribadi, kesetiaan dan tanggungjawab itulah yang sering menjadi perangkap yang memenjarakan manusia dan terasa sukar untuk mencari jalan keluar.
Seseorang tidak boleh meminggirkan diri sendiri dan menjadi pulau yang sukar didekati. Oleh itu salah satu cara untuk melayan orang lain dengan baik adalah dengan melayan diri sendiri dengan lebih baik dahulu. Apabila diri dilayan dengankasih sayang, maka dengan sendiri, kita akan meyayangi orang lain.
Bagaimana untuk melepaskan diri daripada perangkap itu ?
Belajarlah untuk memahami diri sendiri, apa yang anda harapkan dalam hidup, apa yang menyekatnya dan apa yang perlu untuk mengembiran hati sendiri dengan baik terlebih dahulu. Selain itu, ambil tindakan positif untuk meningkatkan kemahiran diri dengan memahami latar diri sendiri, dalami dilema yang melanda diri dan buangkan segala halangan yang menggangu.
1 ulasan:
salam syam.
nice article, short n simple. ada satu lagi kontrak perjanjian S&P (sales & purchase agreement)yg diperjuangkan oleh persatuan pengguna (kalau tak silap saya. Iaitu pemaju siapkan dulu baru jual. Malangnya cara ini, harga bangunan yg dijual adalah lebih tinggi daripada harga biasa kerana rumah tu dah siap. Juga lagi ramai orang nak beli kerana rumah dah siap, harga jualan lagi mahal. Juga lagi selamat beli bangunan dah siap.
jadi nasihat saya, sesiapa yg nak beli atau bina rumah (ianya pelaburan terbesar seseorang selalunya) adalah buat 'due diligence' iaitu kene cari maklumat sebanyak mungkin sebelum membuat apa pembelian atau membina rumah. Sama gak kalu kita nak buat keputusan sesuatu yg penting, seperti main saham, beli kereta juga cari bini :)
Catat Ulasan