Khamis, 10 November 2011

Maleic Anhydride

Maleic anhydride
Name: Maleic anhydride
CAS No: 108-31-6
Molecular Formula: C4H2O3  
Molecular Weight: 98.06
Structural Formular:





Keterangan Ringkas Proses.

MA (Maleic Anhydride) dihasilkan dengan proses pengoksidaan n-Butane. Bekalan n-butane yang diperolehi dari PETRONAS didalam bentuk campuran butane iaitu ≈ 50% n-butane dan 50% i-Butane. Terdapat dua Loji utama di OOSB iaitu Loji Butane dan Loji Penghasilan MA.

Loji Butane

Secara amnya Loji ini berfungsi untuk mengasingkan i-Butane dan n-Butane. I-Butane akan disimpan didalam tangki simpanan sementara sebelum dihantar ke Loji Penghasilan MA. i-butane akan ditukarkan kepada n-butane melalui proses Friedel Crafts dan dihantar ke tangki simpanan sementara.

Loji MA

n-butane akan dioksidakan didalam Reaktor dan kemudiannya akan dikondensasikan untuk menghasilkan crude MA (CMA). Pada proses pengkondensasian ini hanya 50% MA akan terkondensasi dan baki 50% akan dibilas dengan menggunakan air untuk menghasilkan Maleic Acid (MAC).

MAC yang terhasil akan dihantar ke unit penyulingan yang menggunakan Ortho Xylene (OX) sebagai penarik (entrainer) untuk memisahkan CMA dari air. Disini, pada suhu yang tinggi sebahagian MAC akan bertukar kepada Fumaric Acid.

CMA dan FAC kemudiannya dihantar ke unit Crystallizer dan FAC akan ditukar kepada bentuk pepejal dan diasingkan didalam penapis dan kemudiannya dibungkus sebagai produk sampingan.

CMA yang terhasil dari proses penyulingan tadi akan disimpan bersam CMA yang terhasil dari proses pengkondensasian tadi dan akan dihantar ke unit penyulingan untuk proses penulinan lanjut.

Pure MA yang terhasil dari proses penyulingan lanjut tadi kemudiannya dihantar keunit pembungkusan untuk dihantar kepada pelanggan.

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post