Jumaat, 25 November 2011

Penyakit hati

"ALLAH s.a.w berfirman,yang bermaksud,
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, 
(untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; 
Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. "
(Surah An-Naziat:40- 41)

Mengubati tubuh yang sakit dengan ubat-ubatan. Mengubati jiwa
dengan perasaan kesedaran, latihan dan pergaulan dengan orang-
orang soleh. Sifat-sifat kehinaan yang merupakan penyakit hati.

1- Seperti penyakit bodoh dapat diubati dengan tekun belajar.
2- Penyakit kedekut dengan bersikap pemurah.
3- Penyakit sombong atau takabur dengan jalan merendahkan diri.
4- Penyakit rakus dengan menahan nafsu.

Orang yang ingin menyembuhkan jiwanya dari penyakit hati, perlu
mengharungi kepahitan dan kesabaran. Penyakit tubuh akan segera
lenyap apabila kita meninggal dunia, tetapi penyakit hati akan kekal
sehingga kita mati dan akibatnya akan dideritai buat selamanya. dan
diakhirat nanti pasti tiada terlepas. Semuga kita dilindungi oleh ALLAH
dari perkara-perkara yang menyebabkan kita kerugian, mahu pun di-
dunia dan diakhirat nanti.



Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post