Al-Ahnaf Bin Qais
ialah seorang ulama yang terkenal di zamannya. Suatu hari seorang pemuda dari
suku Tai'yi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al- Ahnaf memang sentiasa dikunjungi
oleh orang ramai terutamanya anak- anak murid dan sahabat handainya. Mereka
yang datang itu adalah untuk tujuan berlajar dan menuntut dari beliau.
Bagaimanapun kedatangan pemuda dari suku Tai'yi ini amatlah menarik perhatian
Al-Ahnaf.
Al-Ahnaf mendapati pemuda ini sangat segak dan tampan,
berbeza dari pemuda yang sebaya dengannya. Lalu Al-Ahnaf pun
bertanya,"Wahai anak muda! Ada
kamu menghiasi wajah mu dengan sesuatu?"
Jawab pemuda,"Memang benar, saya ada menghiasi wajah
saya dengan sesuatu iaitu jika saya bercakap saya tidak pernah berbohong. Kalau
ada orang yang sedang bercakap, saya hanya duduk diam dan mendengar. Jika saya
berjanji, saya akan tepati janji itu dan jika saya diberikan amanah, saya tidak
mengkhianatinya."
Mendengar jawapan yang bernas itu maka berkatalah
Al-Ahnaf,"Benar akan kata-kata mu itu wahai anak muda. Sungguh engkau
telah menghiasi diri mu dengan akhlak mulia."
Sekian buat renungan bersama.
" kerja Tuhan siapa yang tahu"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan