PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.
[Al-Maedah:49]
Ayat ini turun ketika Ahli Kitab Yahudi bertemu Rasulullah SAW untuk memujuk baginda supaya berhukum berlawanan dengan ajaran Islam. Mereka nyatakan:
Wahai Muhammad, sekiranya kamu berhukum mengikut apa yang kami mahu, kami dan kaum kami akan memberi sokongan kepada kamu dan beriman denganmu.
Lalu turunlah ayat ini, Allah bertegas melarang Nabi mengikut hawa nafsu Ahli Kitab.
Inilah yang berlaku hari ini. Orang-orang yang menolak Islam cuba memujuk kita supaya mengenepikan perintah Islam, supaya bersetuju dengan undang-undang mereka. Sekiranya kita lakukan, mereka akan bersama kita. Ada yang menyatakan, kita perlu mengenepikan Islam untuk mendapat undi mereka dalam pilihanraya.
Inilah ayat Allah yang turun berkenaan perkara tersebut. Allah menegaskan supaya kita tidak sekali-kali mengikut telunjuk mereka.
MASJID RUSILA
24/4/15
Tiada ulasan:
Catat Ulasan