Isnin, 27 April 2015

Renungan

🍀Seekor 🐅, 2 🐊, 2 🐁dan 🐝
Astagfirullahalazim .
☺Take a few minutes of your time UNTUK RENUNGAN BERSAMA "
..Ada seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan .. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar tu, tiba tiba dia terdengar satu bunyi.....jeng ! jeng ! jeng ! bunyi . aauuummmmm !!
Bunyi 🐅 yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. 🐅 tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. 🐅 tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek 🐅 tadi .
Dengan kuasa Allah, diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri, si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi .
Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah tengah perigi.
Di mulut perigi, 🐅 yang lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah berfikir macam mana nak selamat, tiba tiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!! Ya Allah!! lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu?
Ada 2 ekor 🐊 yang kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada 🐅 bawah ada 🐊. Semakin risau dan taku. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tiba-tiba keluar seekor 🐁 putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yang hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas 🐁 tu gigit tali tu pulak. Cis!! kurang ajar punya 🐁 Alahhhh .  macam mane ni?? lepas tu, keluar lagi seekor 🐁yang berwarna hitam.... Naik mengikut tali tadi , cit ! cit ! cit !cit ! sampai kat atas. 🐁 hitam ni pun gigit juga tali tu..Cis!!! lagi satu... Macam mana aku nak buat ni..habislah jadi mangsa 🐊 Berfikir lag..Kalau naik kat atas dimakan dek 🐅. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah dimakan dek 🐊... Macam mana ni???
Sedang hamba Allah tu berfikir macam mana nak selamatkan dirinya, tiba-tiba terdengar satu bunyi . uuuuuuuuuuuuu .
Bunyi 🐝 bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat 🐝 yang sedang bawa🍯. tiba-tiba setitik 🍯 terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.
Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya 🍯 ni, tak pernah ku rasa manisnya ni..Sedapnya!! Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik 🍯 si hamba Allah tu lupa pada 🐅 yang sedang menantinya di mulut perigi dan 🐊 yang menantinya di bawah.
Kalau semua nak tahu. si Hamba Allah itu adalah kita semua .
🐯Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita , so beringat ingatlah .
..2 ekor 🐊 itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti .
🌾Tali yang tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita .
..🐁 Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu??
..🍯madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.
Bayangkan setitik saja 🍯 tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada 🐅 dan 🐊 tu .
Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah....Waktu susah baru la nak ingat Allah....
JANGAN BANGGA &  JANGAN BERLAGAK :-
👸1. Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita - TANAH LIAT

..2. Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita - KUBUR .
..3. Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita - KAIN KAPAN .
..🚗🚕4. Jangan bangga dengan kereta dan motor besar kerana kenderaan kita yang terakhir - KERANDA .
♨ 5. Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama kerana wangian terakhir kita - KAPUR BARUS .

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post