Isnin, 2 Mei 2016

Salam rindu

ASSALAMU'ALAIKUM
Semoga ALLAH swt hari ini beri kita taufik dan kekalkan hidayah dalam diri kita pada setiap amal yang amal.itu melalui syariat syariat dan sunnah sunnah nabi saw. Moga moga kita di golongkan sebagai golongan yang Muqarobin yaitu yang paling dekat pada ALLAH swt dan moga moga kita lupa segala kecintaan dunia dan keghairan dunia apabila kita sebut nama ALLAH sehingga gemntar hati kita tanda kita benar benar mencintai ALLAH swt dan dapat kita menghayati setiap saat akan kasih sayang ALLAH swt pada kita hambanya.

Semoga ALLAH swt beri kita satu perasaan dalam jiwa kita tentang hina dan teruknya kita kerana kesibukan dunia kita tidak pun beristighfar dan tidak pun berasa bersalah akan hilangnya tawajuh hati kita kepada ALLAH swt dan terasa kepentingan dunia melebihi akhirat.

Semoga ALLAH swt beri kita cinta dan rindu pada hari akhirat dan dapat rasai bertapa hebatnya syurga betapa indahnya ketenagan dan kebahagian di dalamnya. Moga moga kita tidak sedikit pun terkesan dengan janji janji dunia tetapi tersemat kuat naluri untuk mendapatkan merasai syurga walaupun kita tidak layak masuk syurga. Moga moga kita hidupkan satu akhlak seperti akhlak yang di punyai oleh orang orang yang layak masuk syurganya.

Ya Rabbi..
Maafkanlah kami selama ini sedikit pun tidak kami rasai hebatnya syurga dan jauhkan lah kami dari segala kelalaian dan angan angan panjang.
Maaf juga segala dosa dan silap kedua ibubapa kami mertua kami keluarga kami jiran jiran kami sahabat andai kami dan ummat seluruh alam.
Ya Rabb...
Permudahkan segala urusan urusan kami.dn.berkatilah juga rezeki kami dan masa kami.dan harta kami.

Aamiin ya ALLAH
Aamiin ya Kareem
Aamiin ya Rahim

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post