Isnin, 28 April 2025

Mestasis Breast cancer

Pernah terfikir kenapa kanser suka serang hati? Ramai tak tahu, kanser mula dari usus, perut, payudara atau tempat lain. Tapi akhirnya, hati juga jadi mangsa.

Bukan sebab dia tukar jenis. Tapi sebab sel kanser dah ‘jalan-jalan’. Ikut laluan darah. Singgah kat hati. Nama dia metastasis.

Kenapa hati? Sebab hati ni penapis darah utama. Semua darah dari pencernaan mesti lalu sini dulu. Hati terima 25% darah dari jantung setiap minit. Bayangkan lebuhraya besar senang sangat sel kanser nak tumpang lalu.

Lagi satu, hati ni subur. Sel dia aktif tumbuh & baiki. Masuk saja sel kanser, memang senang dia biak. Sel kanser ni bijak. Dia meronta-ronta nak hidup. Dia cari pusat utama badan nak serang bagi lumpuh. Cuba tengok sejarah perang dulu-dulu, musuh serang bagi lumpuh pusat pertahanan dulu.

Bila kanser dah sampai hati, susah. Rawatan jadi makin rumit. Simptom pula lambat muncul. Hilang selera, berat turun mendadak, badan makin lemah, kulit & mata jadi kuning. Masa tu harapan makin tipis.


Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post