Selasa, 23 September 2025

Sensor O2

Pernah terfikir tak kenapa kereta tiba-tiba jadi berat masa tekan minyak macam tak cukup power? Padahal dah service enjin. Sensor oksigen yang nazak boleh jadi punca masalah yang ramai orang tak tahu. Sensor ni terletak kat exhaust manifold dan dekat catalytic converter, biasa ada satu atau dua biji bergantung model kereta. Bila satu sensor jadi lemah, bacaan campuran minyak dan udara jadi tak betul, enjin mula semput dan minyak jadi terlebih boros. Lama-lama lampu enjin pun menyala, bagi amaran ada benda tak kena.

Lampu enjin yang menyala tu bukan hiasan semata2, ia bagitahu korang yang kereta tengah ada isu. Sensor oksigen yang problem boleh buat sistem komputer kereta baca data yang salah, terus hantar signal check engine. Korang mungkin akan rasa panik bila nampak lampu tu, tapi rileks. Mekanik boleh check dengan scanner, tengok code error, dan confirm kalau sensor oksigen memang punca dia. Kalau dibiarkan terlalu lama, campuran bahan bakar jadi terlalu kaya atau tak, rpm enjin boleh terlebih tinggi, rpm naik turun masa idling atau kereta rasa takder power.

Ramai ingat sensor oksigen ni boleh diservis macam penapis udara, tapi sebenarnya ia biasanya diganti. Ada juga pembersih sensor tapi selalunya tak berkesan, sebab karbon dan deposit melekat kuat sangat. Tapi kalau nak cuba dulu boleh sahaja. 

Harga dia bergantung jenama kereta. Sensor baru biasanya datang siap dengan connector untuk dipasang terus. Kalau kereta korang ada dua sensor, dua-dua perlu diperiksa. Biasanya sensor upstream dekat manifold penting untuk adjust campuran bahan bakar. Sensor downstream dekat catalytic converter monitor kesan penapisan. Kalau salah satu gagal, ECU mungkin tak boleh calibrate dengan betul.

Simptom lain kalau sensor oksigen problem termasuk bau petrol kuat dari ekzos, idle tak stabil, enjin cepat panas, atau kereta rasa lembab masa pick-up. Jangan tunggu sampai kereta tersadai tepi jalan baru nak buat sesuatu. Jika korang rajin check atau scan kod enjin, korang boleh tangkap isu sensor awal. Penggantian sensor pun biasanya cepat, cuma buka sensor lama dengan special socket dan pasang yang baru. Kalau tak berkaratlah. 

Kalau rasa nak jimat minyak dan elak problem enjin, jaga sensor oksigen ni. Walau kecil, effect dia besar. Bila campuran betul, enjin jalan lancar dan emisi rendah. Bila sensor problem, enjin pun mula tunjuk perangai. Jangan lupa periksa secara berkala masa servis, terutamanya jika kereta dah lama. Sensor oksigen yang sihat boleh memanjangkan hayat catalytic converter dan sistem ekzos.

Tiada ulasan:

Feature Post

Serangan Israel Hapuskan Fasiliti Nuklear Terpenting Iran

Natanz Musnah: Serangan Israel Hapuskan Fasiliti Nuklear Terpenting Iran Pada tengah malam tadi, Israel telah melanc...

Popular Post