Isnin, 16 Mac 2009
PINJAMAN untuk MELABUR dalam ASB
Kadar faedah : 5.55% (Berdasarkan kadar BLR semasa)
Tempoh pinjaman: 20 tahun / 240 bulan
Kadar bayar balik sebulan : RM 700
Maklumat mengenai ASB pula.
Purata Dividen ASB 1990-2007 : 8.4%
Purata Bonus ASB 1990-2007: 2.8%
Memandangkan bukan semua orang boleh dapat bonus, maka kita ambil sahaja purata 8.4% dividen sahaja untuk tujuan pengiraan. Bonus letak tepi.
Pengiraan ini adalah ANGGARAN sahaja.
Apa yang anda perlu faham adalah konsep nilai “spread” , (dividen+bonus ASB) - BLR
Hari ini nilai spread (dividen ASB - BLR) adalah dalam 2.85%*
* Spread hasil bonus ASB saya tak mahu kira sebab bukan semua orang layak dapat bonus. Pengiraan dibuat berdasarkan purata dividen 1990-2007. You’re free to use any figure by using these spread concept.
1. Maka bagi mereka yang meminjam untuk tempoh 20 tahun, untuk melabur RM 100,000 di dalam ASB, (dengan andaian BLR kekal 5.55% sepanjang tempoh tersebut) maka jumlah bayar balik pinjaman tersebut adalah sebanyak RM 294,000
2. Pelaburan ASB RM 100,000 itu pula (dengan andaian dividen purata kekal 8.4%) selepas 20 tahun pula bernilai, RM 501,000. Pengiraan ini dibuat selepas dividen dilaburkan semula. Dividen TIDAK diusik langsung.
3. Sekiranya anda menyimpan di ASB 700 sebulan pula untuk 20 tahun, selepas 13 tahun ia akan mencecah RM 200,000. Kemudian anda tidak boleh memasukkan duit tambahan melainkan dividen sahaja. Dividen juga TIDAK diusik langsung. Reinvested. Dan selepas 20 tahun, jumlahnya adalah RM 353,000
Perbandingan loan ASB vs Simpan Sendiri
Sekiranya anda mengambil pinjaman untuk pelaburan ASB, maka jumlah bersih duit ASB (secara teknikal kita namakan hasil dari spread dividen-BLR) anda adalah :
RM 207,000.
Dan sekiranya anda boleh berdisiplin menyimpan RM 700 setiap bulan selama 13 tahun, dan selama 7 tahun lagi anda biarkan sahaja ia berkembang, maka duit ASB anda adalah sebanyak :
RM 353,000.
Jadi, apa pandangan anda ?
p.s. Pengiraan ini dibuat berdasarkan pakej BLR 5.55% (kadar BLR ketika ia ditulis) dengan andaian BLR tersebut kekal dan tidak berubah-ubah untuk tempoh 20 tahun. Andaian yang sama dibuat ke atas purata dividen 8.4% ASB.
p.p.s Anda mungkin membandingkan dengan pengiraan lepas di pelbagai blog dan forum yang mana BLR ketika itu adalah setinggi 6.75 % dan juga andaian dividen ASB yang berbeza-beza.
p.p.p.s Nilai pengiraan ini akan berubah banyak sekiranya kadar BLR melonjak atau menurun dengan banyak dan dividen ASB secara puratanya tidak lagi memberikan pulangan sekitar 8 - 8.4 %
Bursa Malaysia FUPO
Bursa Malaysia Bhd will step up efforts on market-making, having seen thin trade of the US dollar-denominated crude palm oil futures, known as FUPO, since its launch six months ago.
“We will put right the mistakes that led to the FUPO not taking off,” Bursa Malaysia chief operating officer Omar Merican said yesterday.
He admitted that Bursa Malaysia had underestimated the scale of the global financial crisis when FUPO was launched on September 5 last year. It only saw five lots traded on its first trading day.
Baca selanjutnya : Bursa to work harder on marketing FUPO
Anda juga disarankan membaca: Bursa / FUPO & Recommendations
Bank Kasim Baba
Kasim Baba: Ali Baba, apa lagi kamu mau da ?
Ali Baba: Ya kanda Kasim Baba, saya datang … saya datang mau pinjam satu gantang gandum lah.
Kasim Baba: Apa lah, kamu hari-hari datang nak pinjam, hari-hari datang nak pinjam, kamu takde malukah ? Pemalas.
[Kemudian Kasim Baba menerangkan terma dan syarat kontrak perjanjian dalam bahasa PPSMI]
Ali Baba: Ya kanda, bahasa apa kanda cakap ni ?
Kasim Baba: Aku bercakap bahasa aku lah.
Ali Baba: Saya jugak sekolah kekanda, tetapi saya tidak arti apa kekanda cakap.
Kasim Baba: Aku punya bahasa tinggi da.
[Ali Baba terus dalam muka seposen. Menunggu jawapan agar permohonannya diluluskan]
Kasim Baba: Baik, kau boleh pinjam satu gantang, kasi balik dengan dua gantang.
Ali Baba: Dua gantang, dua gantanglah.
Kasim Baba: Hei Marjinah, ambil kan aku punya file.
[Setelah mendapat file]
Kasim Baba: Pensil. Sekarang kamu boleh turunkan kamu punya tandatangan.
Beberapa purnama kemudian, setelah Ali Baba hidupnya senang, hutang pun sudah tiada masalah mahu bayar, rumah sudah besar, kereta sudah besar (maklumlah semua itu ada rekod dalam sistem), maka Kasim Baba pun bersungguhlah mahu bertemu dengan Ali Baba semula. Mungkin mahu tawarkan kad kredit super duper platinum atau private banking facility.
Kali ini Kasim Baba yang beriya mahu berjumpa Ali Baba. Rindu katanya kerana Ali Baba sudah lama tidak bersinggah. Lalu Kasim Baba pun menjemput Ali Baba untuk dijamu dengan makan-makan yang mewah. Tidak seperti dulu. Diherdiknya begitu sahaja.
Semasa makan malam yang sungguh istimewa itu …
Ali Baba: Oh ya kekanda, kalau tak salah saya ada hutang sama kekanda.
Kasim Baba: Ooo, kau sama aku bukan orang lain lah. Kalau kau taak mahu bayar pun tak apelah, tapi kalau mahu bayar, berlebih-lebih lah sedikit.
Ali Baba: Baiklah, berapa saya punya hutang sama kekanda.
Kasim Baba: Oh, kau bikin susah ajelah. Kau punya hutang baru 5 darham. Kalau kau nak bayar, bayarlah 10 darham ka, 20 darham ka.
Selasa, 3 Mac 2009
Daim zainuddin mengupas tentang kegawatan ekonomi
Keadaannya kian meruncing dan membimbangkan. Dan, sudah ada negara yang muflis. Di sebalik tindakan AS mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai hampir AS$800 trilion, ramai tidak yakin pemulihan akan berlaku cepat kerana tanda-tanda cahaya di hujung terowong belum kelihatan.
‘‘Apa yang sedang berlaku adalah berakar umbi daripada rasa tamak’ kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang merupakan orang penting dalam menyelesaikan krisis kewangan 1997-1998.
Beliau turut gusar kerana apa yang berlaku bukan lagi kemelut serantau seperti sebelumnya tetapi sejagat dan memulihnya pasti sukar. Daim berkata, kerajaan perlulah ada tumpuan, bertindak segera dan memastikan keberkesanan dalam pelaksanaan selain turut memaklumkan tindakan kepada orang ramai untuk memudahkan pemulihannya.
‘‘Saya berharap ketika kerajaan menyelesaikan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan ekonomi (politik), tumpuannya terhadap ekonomi dan perkara yang perlu dilaksanakan segera tidak terjejas,’’ kata beliau kepada wartawan Mingguan Malaysia, MOWARDI MAHMUD, AINUL ASNIERA, DALIZA ARIFFIN dan SARAH NADLIN ROHIM.
Bagi Daim, krisis yang berlaku juga menawarkan luang dan peluang kepada kerajaan untuk merancang tindakan untuk negara mengharungi masa depan dan menstrukturkan semula ekonomi supaya lebih kukuh. Berikut adalah temu bual dengan beliau:
MINGGUAN: Bolehkah Tun menjelaskan tentang krisis yang berlaku sekarang?
DAIM: Untuk memahami krisis yang sedang berlaku, kita perlu melihat kembali kepada sejarah lalu. Sebelum kejatuhan empayar komunis Soviet Union pada 1989, dunia mempunyai dua sistem iaitu Kapitalis dan Komunis. Tumbangnya Soviet Union menyaksikan keunggulan sistem kapitalis. Hampir semua orang mengamalkan ekonomi berasaskan pasaran. Setiap negara menerima globalisasi dan amalan ekonomi bebas kecuali China, Vietnam dan Cuba. China dan Vietnam yang kekal di bawah pengaruh komunis tetapi membuka negara mereka kepada perniagaan manakala kerajaan pula memainkan peranan utama dalam ekonomi.
Dalam ekonomi pasaran terbuka, kitaran Boom and Bust (Berkembang dan Menguncup) sentiasa wujud. Keadaan itu merupakan sesuatu yang diterima.
Namun begitu, pasaran bebas yang dibiarkan bergerak sendiri tanpa dikawal selia, akan membawa kepada huru hara. Ia tidak ubah seperti ekonomi koboi ketika zaman Wild Wild West atau sesetengahnya pula melabelkannya sebagai ‘ekonomi kasino’. Ini keadaannya yang berlaku di Amerika Syarikat (AS). Ketiadaan peraturan atau deregulasi menyebabkan pemain-pemain pasaran melakukan apa yang mereka inginkan. Tidak wujudnya kawalan. Mereka mewujudkan kertas-kertas komersial yang tidak bernilai dan menjualnya ke seluruh dunia sebagai apa yang diberi penarafan sebagai kertas tinggi nilainya ‘AAA’. Kita semua pernah mendengar atau membaca tentang ‘subprima’. Segala-galanya adalah berakar umbi kepada perasaan tamak. Kita juga mempunyai Pak Man Telo di sini. Kini, Pak Man Telo telah berkembang ke peringkat sejagat dalam skim yang diperkenalkan oleh Madoff dan sebagainya. Mereka yang sebegini patut dihapuskan selama-lamanya.
Kesemua bank di AS dan Eropah kini bermasalah. Usaha menyelamat yang besar-besaran dan meluas terpaksa dilakukan. Citibank sendiri diberikan AS$300 bilion. Secara tiba-tiba ekonomi pasaran bebas berubah kepada sosialis. Betapa segalanya sudah menjadi terbalik. Kini, kerajaan pula menjadi pemilik kepada bank dan industri utama. Kapitalisme sudah menjadi tidak tentu hala.
Bank-bank sudah tidak mampu memberikan pinjaman. Untuk berjaya atau berkembang, kapitalisme memerlukan modal. Modal kini sudah kering, perasaan tamak menyebabkan keadaan ini berlaku.
Negara AS menjalani hidup mewah dengan meminjam. Mereka mengimport barangan dan membelinya secara kredit. Kini, kredit sudah tiada lagi. Jadi barangan tidak lagi boleh dijual. Syarikat-syarikat terpaksa membuang pekerja apabila mereka tidak lagi boleh menjual apa yang mereka hasilkan. Negara-negara yang mengeksport barangan mereka ke AS mendapati pasaran eksport sudah mengecil. Kini, kilang mereka mengalami masalah dan ramai pekerja yang terpaksa dibuang. Apa yang dahulunya menjadi masalah AS kini berkembang ke Eropah dan kini tiba di Asia. Kesemua negara pengeksport yang mempunyai hubungan dalam ekonomi dunia kini berada dalam krisis.
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp
TENANG KETIKA GAWAT
Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada' dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman..... apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka" (riwayat Muslim).
Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:
Rahsia ais yg kurang diketahui.
Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang.
Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Air sejuk lebih stabil molekul atomnya. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut
Feature Post
Perjalanan tentang jarak
Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...
Popular Post
-
Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebalik...
-
DIL dan DNR/NAR Penulisan kali ini saya menyentuh tentang isu yang amat sensitif, iaitu DIL (Death in Line), atau bahasa kasarnya "men...
-
👉KWSP atau PENCEN? Bagi penjawat awam, pasti anda melalui dilemma memilih skim persaraan di antara skim pencen dan tabungan KWS...
-
Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kec...
-
Dalam proses pembuatan senjata warisan melayu terdapat satu kaedah pembuatan unik yang menggunakan besi-besi (alatan) yang bermula dengan se...












