Isnin, 16 Mac 2009

Bank Kasim Baba

Alkisah masa tersebutlah kisah… di sebuah negara terdapat lah seorang manusia bernama Ali Baba. Orangnya miskin atau mungkin lebih tepat, miskinnya disebabkan dia pemalas. Satu hari, dia tak cukup duit nak makan. Maka dia pun pergi lah berjumpa dengan Kasim Baba. Pemilik Bank Kasim Baba. Untuk meminjam satu gantang gandum.
Kasim Baba: Ali Baba, apa lagi kamu mau da ?
Ali Baba: Ya kanda Kasim Baba, saya datang … saya datang mau pinjam satu gantang gandum lah.
Kasim Baba: Apa lah, kamu hari-hari datang nak pinjam, hari-hari datang nak pinjam, kamu takde malukah ? Pemalas.
[Kemudian Kasim Baba menerangkan terma dan syarat kontrak perjanjian dalam bahasa PPSMI]
Ali Baba: Ya kanda, bahasa apa kanda cakap ni ?
Kasim Baba: Aku bercakap bahasa aku lah.
Ali Baba: Saya jugak sekolah kekanda, tetapi saya tidak arti apa kekanda cakap.
Kasim Baba: Aku punya bahasa tinggi da.
[Ali Baba terus dalam muka seposen. Menunggu jawapan agar permohonannya diluluskan]
Kasim Baba: Baik, kau boleh pinjam satu gantang, kasi balik dengan dua gantang.
Ali Baba: Dua gantang, dua gantanglah.
Kasim Baba: Hei Marjinah, ambil kan aku punya file.
[Setelah mendapat file]
Kasim Baba: Pensil. Sekarang kamu boleh turunkan kamu punya tandatangan.
Beberapa purnama kemudian, setelah Ali Baba hidupnya senang, hutang pun sudah tiada masalah mahu bayar, rumah sudah besar, kereta sudah besar (maklumlah semua itu ada rekod dalam sistem), maka Kasim Baba pun bersungguhlah mahu bertemu dengan Ali Baba semula. Mungkin mahu tawarkan kad kredit super duper platinum atau private banking facility.
Kali ini Kasim Baba yang beriya mahu berjumpa Ali Baba. Rindu katanya kerana Ali Baba sudah lama tidak bersinggah. Lalu Kasim Baba pun menjemput Ali Baba untuk dijamu dengan makan-makan yang mewah. Tidak seperti dulu. Diherdiknya begitu sahaja.
Semasa makan malam yang sungguh istimewa itu …
Ali Baba: Oh ya kekanda, kalau tak salah saya ada hutang sama kekanda.
Kasim Baba: Ooo, kau sama aku bukan orang lain lah. Kalau kau taak mahu bayar pun tak apelah, tapi kalau mahu bayar, berlebih-lebih lah sedikit.
Ali Baba: Baiklah, berapa saya punya hutang sama kekanda.
Kasim Baba: Oh, kau bikin susah ajelah. Kau punya hutang baru 5 darham. Kalau kau nak bayar, bayarlah 10 darham ka, 20 darham ka.

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post