Isnin, 23 Mac 2009

Perancangan

Dalam Islam, umatnya dianjurkan untuk sentiasa ingat mati.

Dari mana, hendak ke mana?

Tapi entah kenapa, bila disuruh ingat mati, ada yang fikir tinggalkan dunia dan tumpu akhirat semata-mata. Elok-elok dah jadi jurutera, tukar aliran jadi ustaz pulok. Sudah tinggal satu fardhu kifayah.

Bagi saya, ingat mati selalu tu - selain dari konsisten dan tambah ibadah khusus - ia juga sebagai motivasi untuk tunaikan amanah dalam keadaan paling baik. Maksudnya, kalau anda ingat mati tiap-tiap hari maka kalau anda bekerja, anda akan selesaikan semua urusan kerja dalam keadaan paling sempurna. Tip top.

Yelah, kot-kot esok mati, kerja yang patut siap sebulan lepas, tapi belum siap sampai hari ni, siapa mahu tolong jawab ?

Dalam bisnes, pelaburan pun kita ada konsep seperti ini.

Namanya EXIT STRATEGY.

“Kau nak buat bisnes ni sampai bila?”

“Bila kau boleh bersara dan tumpukan kerja lain pulak ?”

“Nanti dah umur 56 tahun, nak dapat pendapatan sebulan berapa banyak?”

Walaupun anda memang suka kerja anda dan anda mahu buat kerja tu sampai mati, itu soal lain.

Apa yang saya maksudkan, anda ADA pilihan untuk berhenti bila sampai masanya.

Anda ada pilihan untuk serahkan bisnes kepada anak anda.

Anda ada pilihan suruh CEO anda jalan kan bisnes A, dan anda buat bisnes B pula.

Anda punya pilihan mahu bercuti satu dunia lepas pencen.

Terpulanglah.

Bukannya anda TIDAK punya pilihan menyebabkan lepas pencen pun masuk kontrak kerajaan jadi konsultan latihan. Maklumlah, gaya hidup tinggi. Hutang masih ada. Anak kecik berderet lagi. Tapi pendapatan makin kurang. Lepas tu tercabar dengan kehadiran trainer muda & hensem macam aku. Hohoho.

Sedangkan bila umur makin tua, kubur makin melambai.

Masa anak membesar pun anda tiada masa untuk mereka, anak dah besar-besar dan beranak pinak pun anda masih tiada masa untuk mereka.

Data EPF tunjukkan majoriti (70% kot) pencarum habiskan duit EPF masing-masing dalam masa 3 tahun. Oklah, kalau lepas 3 tahun pencen anda pun mati. Kalau dianugerahkan anda hidup lagi 13 tahun ?

Jadi, bila anda sudah ada exit strategy. Mudah.

Mudah untuk merancang. Dan bila merancang, mesti rancang nak capai awan, paling tidak pun boleh sampai pucuk kelapa.

Contohnya :

(a) Anda mahu punya pendapatan RM 4,000 sebulan selepas 56 tahun ?

(b) Anda mahu buat jejak Rasul versi anda sendiri ?

(c) Anda mahu buat sekolah untuk anak-anak Melayu yang tak faham PPSMI ?

(d) Lu pikir lah sendiri

Kita ambik contoh (a).

Jadi, bila kira purata umur rakyat Malaysia boleh cecah 70 tahun, maka itu bermaksud anda dijangka akan hidup lagi 14 tahun selepas pencen. (Itu belum campur kos sakit-sakit, maklumlah dah tua)

= 4000 x 12 bulan x 14 tahun

= RM 672,000.

Itulah jumlah anda perlu ada dalam akaun persaraan anda. Dalam KWSP + ASB (siapa ikut pendapat harus) + Tabung Haji + simpanan dalam bank + akaun pelaburan lain.

Ini yang selalu ramai lupa.

Bila pesan suruh jadi pandai sikit dalam pelaburan, ada cakap buat apa cari duit banyak-banyak. Bukan boleh bawak mati.

Memang la duit tu tak bawak mati. Tapi sebelum nak mati tu, siapa mahu bagi makan ?

Pusat zakat tak pandang anda sebagai orang miskin. Diorang lupa adamiskin kampung dan miskin bandar. Lain lah anda duduk dalam rumah plywood atap plastik pvc. Itu pun kalau ada orang mengadu. ADUN dan MP semua banyak fikir diri sendiri je. Jangan haraplah diorang tahu. Masa susah, takde siapa nak tolong.

Kalau anak-anak kita baik, diorang bagilah elaun sorang sikit masa kita dah tua. Sorang bagi RM 200. Ada 5 anak, dapatlah RM 1000 sebulan. Kongsi dua dengan orang rumah.

Kalau dibuatnya anak tu jadi anak derhaka (Nauzubillah), pasir pun belum tentu dia mau bagi tau.

Jadi, anda nak pergi mana ?

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post