Isnin, 23 Mac 2009

DUIT...Gaji... ekonomi

Sekiranya anda boleh faham topik ini, anda akan faham kenapa mintak naik gaji semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah kewangan anda.

Kita hidup dalam sistem kewangan riba, jadi kita perlu faham bagaimana sistem itu berfungsi untuk membolehkan kita menyelesaikan masalah kewangan kita dengan cara yang lebih baik dari mintak naik gaji dan melompat kerja untuk cari gaji lebih besar.

Duit yang kita pakai hari ini adalah duit fiat. Duit yang tidak mempunyai apa-apa sandaran komoditi. Pada 1971, Presiden Nixon telah melakukan jenayah ekonomi paling besar dengan menamatkan perhubungan langsung emas dengan matawang, mengakhiri usaha-usaha awal yang telah diusahakan sejak 1933.

Dan dalam post ini saya akan menyambung pula penulisan dalam tajuk berkaitan hal ini.

Duit fiat ini adalah fenomena yang baru. Apabila Nixon telah memutuskan perhubungan terakhir USD-emas maka satu dunia berhadapan dengan fenomena baru, fiat monetary system. Dengan kekuatan ekonomi yang Amerika ada, entah apa auta yang mereka pakai terhadap Pak Arab, sehinggalah minyak pun didagangkan dengan USD, maka satu dunia mula menyimpan USD sebagai reserve. Banyak urusniaga dibuat dalam USD.

Apabila kebanyakan negara bergantung dengan USD, secara tidak langsung permintaan terhadap USD adalah semakin tinggi dari hari ke hari.

USD telah menjadi komoditi. Didagangkan dalam pasaran. Semua matawang, bisnes yang disandarkan dengan USD akan menerima kesan baik dan buruk dari tindak tanduk kerajaan Amerika, baik dari US Treasury, undang-undang yang diluluskan presiden, senat dan kongres, tindakan Federal Reserve dan seterusnya.

Memandangkan USD hanyalah satu IOU er.. hutang, tiada sandaran kepada sebarang komoditi, maka suka hati kerajaan Amerika lah nak cetak duit tu banyak mana pun.

Hari ini kerajaan Amerika telah membantu (bailout) syarikat-syarikat tertentu dengan sejumlah wang sebesar USD 700 bilion. Sedangkan belanjawan Amerika adalah defisit. Jadi mana agaknya mereka dapat duit sebanyak itu ?

Sudah tentulah anda tahu jawapannya sekarang, print more money.

Apabila Amerika cetak lebih banyak duit, apa akan berlaku ?

Inflasi.

Cuba bayangkan, anda ada membela 100 ekor kambing. Setiap ekor kambing boleh dijual dengan harga RM 500. Semua orang kampung suka makan kambing. Tapi tidak semua orang bela kambing.

Tiba-tiba entah macam mana, MB kampung anda bagi bantuan sehinggakan semua orang ada kambing. Now everyone can have a goat. Lambakan kambing berlaku. Pak Mat Tempe bela kambing. Minah Sengau pun ada kambing. Samat Ngok Ngek ada. Siti Cun pun bela. Anda rasa adakah sekarang anda boleh ke jual kambing ada dengan harga RM 500 seekor lagi ?

Sedangkan apabila anda dan beberapa pengembala kambing sahaja yang menjualnya sebelum ini, nilai kekayaan anda stabil. Tiba-tiba kambing anda menjadi worthless. Satu sen pun tak laku. Anda yang selama ini boleh hidup selesa dengan kambing-kambing anda, tiba-tiba menjadi miskin apabila MB memberikan kambing secara percuma kepada semua penduduk kampung.

Duit Komoditi Ada Elemen Penstabil

Apabila Allah swt menitahkan seorang pencuri kena potong tangan, secara tidak langsung kes mencuri akan turun mendadak. Iyelah, kalau dulu mencuri kena tangkap bayar denda, masuk penjara, habis hukuman tiada siapa tahu anda tu pencuri, melainkan orang-orang tertentu. Esok lusa mencuri lagi.

Tetapi kalau anda sudah kudung tangan, semua orang tahu anda tu dulu seorang pencuri. Bayangkan macam mana anda akan dapat hidup dengan tenang ?

Walapun begitu, akan tetap ada yang mencuri. Tetapi tugas kita adalah pastikan pencuri itu dipotong tangannya. Tugas kita bukan mencipta zero crime, tetapi melaksanakan apa yang telah disuruh.

Begitu juga dengan meletakkan komoditi sebagai sandaran matawang.

Ada 2 cara macam mana emas (sebagai contoh) boleh bertambah bekalannya di dunia.

  1. Penemuan lombong emas baru
  2. Penciptaan sains

Dan ia tidak akan berlaku setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun seperti mudahnya pencetakan duit baru dibuat oleh Amerika.

Walaupun ada cara-cara tertentu untuk menipu dengan duit emas, tapi ia tidak lah semudah mencipta duit USD. Orang Afrika di Malaysia ni banyak je yang tahu buat USD palsu. Masuk guna pas pelajar tapi rupanya penyamun tarbus.

Jadinya, kalau satu dunia menetapkan 1 juta tan sebagai sandaran emas untuk matawang satu dunia, maka susah untuk bank atau Amerika mencetak duit dolar yang baru.

Sebab tanpa emas baru, tiada duit baru boleh dicipta.

“Show me the gold first lor.”

Jadi, bagi saya inflasi masih boleh berlaku walaupun matawang bersandarkan emas / perak dibuat sebab manusia yang menipu tetap akan juga menipu, tetapi bukan dengan kadar dan kelajuan inflasi yang kita terkena pada hari ini.

Hartanah Jadi Mahal disebabkan Inflasi atau Nilai Memang Meningkat ?

Kajian kes mudah. ( info from kawan )

Sekitar tahun 1970an, arwah bapa saya membeli tanah tapak rumah warisan keluarga saya ini dengan harga RM 1,500 sahaja.

Dan dalam penghujung 1990, tanah yang sama mencecah harga RM 100,000. Seolah-olah tanah tersebut meningkat nilainya kira-kira 18% setahun untuk tempoh 25 tahun.

Fuh… Dashyat tu. Tabik spring sungguh kalau sesiapa boleh buat pencapaian pulangan pelaburan sebegitu rupa untuk tempoh 25 tahun.

Walaupun hartanah di sini tidak hot macam di Bandar Baru Bangi, tapi ia masih cantik dengan kedudukan yang di tengah-tengah antara Putrajaya dan Kuala Lumpur. Kawasan tenang, sekolah cukup. Masjid, kubur semua ada. Nak shopping, tengok Upin Ipin? Jusco Cheras Selatan ada. Alamanda Putrajaya 19 minit dah boleh sampai. Tesco ada Giant ada. McD dan Domino’s boleh hantar delivery. LRT je takde. Kalau jalan tak jem, 26 minit dah boleh sampai KLCC dan Mid Valley.

Mungkin faktor tersebut akan meningkatkan harga hartanah di sekitar rumah warisan ini.

Tetapi adakah faktor inflasi akibat permainan cetak duit Amerika ada faktor yang besar ?

Sebabnya, walaupun dulu harganya cuma RM 1,500, tapi menurut ceritanya, bukan ramai yang mampu beli tanah dengan harga itu pada zaman tersebut.

Dan pada akhir 1990an, harganya dah jadi RM 100,000 tapi disebabkan adik-beradik saya baru sorang dua yang bekerja, maka melepaslah nak beli tanah tersebut yang lokasinya hanya disebelah tapak rumah yang sedia ada. Tak mampu juga. Sama seperti majoriti orang yang mengidamkan tanah ini pada 1970an dulu.

Takde beza pun pendapatan seorang guru pada 1970an dengan pendapatan seorang professional muda pada 1990an. Walaupun jumlah gaji mengikut Ringgit Malaysia berubah (gaji cikgu 1970 vs gaji professional 1995), tetapi real consumption valuenya adalah lebih kurang sahaja.

Ok.

Apa komen anda dalam hal ini ?

Tiada ulasan:

Feature Post

Serangan Israel Hapuskan Fasiliti Nuklear Terpenting Iran

Natanz Musnah: Serangan Israel Hapuskan Fasiliti Nuklear Terpenting Iran Pada tengah malam tadi, Israel telah melanc...

Popular Post