Khamis, 10 September 2009

For things to change I must CHANGE First


" For things to change I must CHANGE First" atau dalam bahasa Malaysia nya "Untuk sesuatu berubah SAYA perlu berubah dahulu

Dalam kehidupan, kita sentiasa mengimpikan sesuatu yang indah. Kita akan berusaha merancang dan melaksanakan apa yang kita impikan.
Di dalam merancang dan melaksana kita terlibat untuk mengubah itu dan ini; atau sekiranya terdapat halangan kita pasti menyalahkan itu dan ini.
Tapi kita terlupa sebenarnya kita ini adalah insan. Ada had kuasa atau kawalan kita. Iaitu dikenali sebagai lingkungan kawalan. Cuba kita bangun serta depakan tangan. Apa yang kita mampu capai. Apa yang mampu kita pegang. Apa yang mampu kita cuit. Apa yang mampu kita sigung. Apa yang mapu kita cubit.
Tidak lain dan tidak bukan yang paling mudah untuk dipegang ialah diri kita sendiri. Luar dari itu kita terpaksa bergerak untuk memegang atau sebagainya.

Maka dengan itu bersedialah mengubah diri dahulu sebelum mengharapkan sesuatu berubah.

Selasa, 8 September 2009

Mencintai Bukan Memiliki


Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali..... .

Lirik Lagu Malaysia Satu


Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

Kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan
satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia,
kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang,
kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan..

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

KOMPOSER:
Audi Mok

PENULIS LIRIK:
Nur Fatima

Ada satu jenis pendapatan yang ramai orang tidak berapa nak tahu. Yang dimaksudkan adalah royalti.

Anda mungkin tidak berapa pandai buat stock trading, stock investment, real estate investment, buat bisnes, tetapi anda mungkin pandai menulis, baik menulis novel, rencana, lirik lagu, puisi, melukis, menyanyi dan sebagainya. Anda juga mungkin pandai mereka cipta sehingga mempunyai pelbagai ciptaan yang boleh dipaten dan di trademark kan.

Kartunis Lat sewaktu mula-mula menyebut dia ingin jadi kartunis professional, ramai di sekeliling beliau yang tidak boleh terima cita-citanya. Sekarang, satu pelusuk dunia kenal Datuk Lat.

Ingat, aset tidak semestinya sesuatu yang boleh dipegang seperti hartanah dan sijil saham sahaja.

Dan Faizal Tahir, Audi Mok dan Nur Fatima baru saja memenangi HOT FM Lagu 1Malaysia kita. Tidak tahu lah berapa jumlah royalti yang bakal mereka dapat selagi mana Tok Jib jadi PM.

Sabtu, 5 September 2009

Panadol Merbahaya



BAHAYA PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK


Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.


Bila kita sakit kepala, selalunya kita akan terbiasa untuk megambil panadol untuk melegakan kesakitan. Apa kata kita gunakan alternatif lain bagi merawatnya.

Sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, Dicadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.


maklumat dari internet


Rabu, 2 September 2009


Anda akan jadi kaya atau miskin satu hari nanti. Sama ada ia cepat atau lambat sahaja. Bergantung kepada jalan yang anda pilih. Anda akan jadi kaya kalau anda ikut jalan orang kaya dan akan akan jadi miskin kalau ikut jalan orang miskin. Contoh jalan orang miskin yang ramai buat tetapi anda tidak sedar adalah,

“Pendapatan anda setahun adalah RM 30,000 sahaja tetapi anda membeli kereta berharga RM 60,000 sebelum anda membayar riba’ kepada bank konvensional dan “keuntungan” kepada perbankan Islam.

Amacam? Anda ikut jalan siapa? Just a matter of time.

Jadi, kalau mahu berjaya dalam perniagaan, ikut orang yang berjaya dalam berniaga. Tiru yang dia buat. Tiru disiplin hidup yang dia amalkan. Tiru cara dia berfikir.

Dan kaedah ini juga terpakai dalam pelaburan dan perniagaan internet. Tiru sahaja apa orang berjaya dah buat.

Tak percaya?

Sesungguhnya syurga itu dicipta untuk mereka yang mengikut apa yang disuruh oleh Allah swt dan para Rasul dan neraka iu dicipta untuk mereka yang suka melanggar arahan Allah swt dan para Rasul.

RON 95


Mula-mula golongan miskin di bandar akan diberikan saham amanah percuma. Kira-kira RM 100 juta.

Kemudian, ada janji untuk mereka yang berpendapatan RM 3000 sebulan dan ke bawah, juga akan dibantu.

Cuma yang pasti, petrol RON 95 kini berharga RM 1.80 dan petrol RON 97 sudah jadi RM 2.05, dikenakan untuk semua golongan. Baik yang miskin mahupun yang berpendapatan > RM3000

Rakyat diutamakan, menteri didahulukan. 1 Malaysia.

p.s. Bila harga kuih akan naik… 2 seringgit ?

Kecantikan lelaki dan perempuan



Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-


1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post