
Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan
Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan
Kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan
satu impian oh berjuta harapan
Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan
Satu Malaysia,
kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang,
kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan..
Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan
KOMPOSER:
Audi Mok
PENULIS LIRIK:
Nur Fatima
Ada satu jenis pendapatan yang ramai orang tidak berapa nak tahu. Yang dimaksudkan adalah royalti.
Anda mungkin tidak berapa pandai buat stock trading, stock investment, real estate investment, buat bisnes, tetapi anda mungkin pandai menulis, baik menulis novel, rencana, lirik lagu, puisi, melukis, menyanyi dan sebagainya. Anda juga mungkin pandai mereka cipta sehingga mempunyai pelbagai ciptaan yang boleh dipaten dan di trademark kan.
Kartunis Lat sewaktu mula-mula menyebut dia ingin jadi kartunis professional, ramai di sekeliling beliau yang tidak boleh terima cita-citanya. Sekarang, satu pelusuk dunia kenal Datuk Lat.
Ingat, aset tidak semestinya sesuatu yang boleh dipegang seperti hartanah dan sijil saham sahaja.
Dan Faizal Tahir, Audi Mok dan Nur Fatima baru saja memenangi HOT FM Lagu 1Malaysia kita. Tidak tahu lah berapa jumlah royalti yang bakal mereka dapat selagi mana Tok Jib jadi PM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan