Ahad, 27 September 2009

Kesilapan adalah salah satu proses pembelajaran


Kita akan kerap melakukan kesilapan dalam proses kita berusaha sedaya upaya memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa.

Dari kesilapan tu, kita akan dapat belajar banyak perkara lantas menjadikan kita semakin rasional dalam membuat keputusan, cekap dalam mengambil tindakan, menjadikan kita berfikir jauh ke depan.

Orang yang mahu belajar dari kesilapan, dapat tahu lebih banyak daripada orang lain dalam bidang yang sama. Kesilapan menjadikan kita lebih berpengalaman walaupun kesilapan tu pahit rasanya, tak semanis kejayaan.

Bila Anda buat silap, jangan merasa terpukul, tertekan atau gusar tapi bersabarlah. Pujuk hati sendiri, beri semangat pada diri Anda, katakan kesilapan yang berlaku dapat mengajar Anda sesuatu.

Bukannya Anda yang nak kesilapan tu berlaku. Anda sendiri tak tahu pun kesilapan akan muncul kerana Anda tak bersedia berdepan kesilapan.

Anda cuma boleh menerima atau menolaknya. Cara terbaik, terima saja, belajar darinya, fahami dan tekad untuk buat lebih baik lagi di masa akan datang.

Anggap kesilapan sebagai satu cara usaha yang salah. Anda kena buat lagi supaya dapat cari cara yang betul.

Kita kena bijak menafsir cara hidup ini mendidik kita. Hidup ini jarang secara berterus-terang ketika mengajar kita sesuatu, lebih banyak dalam cara berkias semata-mata

untuk membuat kita rajin berfikir.

Hidup ini bagaikan seorang cikgu yang baik, tapi ada syarat untuk kita mendapaat semua ilmunya supaya kita cemerlang. Kita kena melepasi ‘ujian’ yang ditetapkan olehnya.

Dia bagaikan seorang bapa yang penyayang tapi dia nak kita mencapai tahap tertentu barulah dia beri kita semua ilmu yang tersimpan di dadanya. Kita kena pamerkan padanya

yang kita ni benar-benar layak menerima ilmu miliknya.


Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post