Isnin, 28 September 2009

Buat Saja

Buat saja apa yang kita nak buat.

Set matlamat, lepas tu kejar matlamat tu.

Bertindak, jalani prosesnya secara berterusan.

Maknanya, buat tiap hari, jangan pernah tinggal.

Selepas buat dengan konsisten, minat akan mula timbul. Kita akan mula terasa ‘thrill’nya. Kita akan mula rasa seronok .

Lama-kelamaan, bila sudah ada rentak sendiri, idea akan muncul secara automatik. Benda-benda di sekeliling akan menjadi pencetus idea serta merta. Apa saja yang kita nampak, baca, lihat dan tonton menimbulkan idea spontan buat kita.

Minda kita cepat belajar sesuatu yang baru, lantas menerimanya sebagai sebahagian dari kemahiran kita.

Bila dah jumpa benda yang sama tiap hari cuma dengan sedikit perbezaan, kita akan mudah kenal pasti sebab dah biasa. Begitu juga motivasi.

Kita kena rajin, kena persisten memberi motivasi pada diri sendiri. Bangun aje pagi, panjatkan kesyukuran lepas tu baca balik apa matlamat kita. Dari situ, kita akan bermotivasi, rasa bersemangat.

Ada perkara yang kita ragu-ragu, tapi kita nak melakukannya dengan cukup bagus sekali. Contohnya, memasak, memandu kereta, berenang, bermain bola sepak, menyanyi, membancuh simen atau bertukang.

Ada yang kita tak tahu, ada yang kita tahu sikit-sikit saja. Tapi, kita nak buat benda tu.

Maka, cara paling baik adalah, mulakan saja. Buat saja apa yang kita tahu sebab lama-kelamaan kita akan terdorong untuk mempelajari sendiri benda tu sebab kita nak buat dengan lebih baik lagi di lain kali.

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post