
Anda akan jadi kaya atau miskin satu hari nanti. Sama ada ia cepat atau lambat sahaja. Bergantung kepada jalan yang anda pilih. Anda akan jadi kaya kalau anda ikut jalan orang kaya dan akan akan jadi miskin kalau ikut jalan orang miskin. Contoh jalan orang miskin yang ramai buat tetapi anda tidak sedar adalah,
“Pendapatan anda setahun adalah RM 30,000 sahaja tetapi anda membeli kereta berharga RM 60,000 sebelum anda membayar riba’ kepada bank konvensional dan “keuntungan” kepada perbankan Islam.
Amacam? Anda ikut jalan siapa? Just a matter of time.
Jadi, kalau mahu berjaya dalam perniagaan, ikut orang yang berjaya dalam berniaga. Tiru yang dia buat. Tiru disiplin hidup yang dia amalkan. Tiru cara dia berfikir.
Dan kaedah ini juga terpakai dalam pelaburan dan perniagaan internet. Tiru sahaja apa orang berjaya dah buat.
Tak percaya?
Sesungguhnya syurga itu dicipta untuk mereka yang mengikut apa yang disuruh oleh Allah swt dan para Rasul dan neraka iu dicipta untuk mereka yang suka melanggar arahan Allah swt dan para Rasul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan