Sebab kenapa Tuhan turunkan masalah kepada anda
1. Ia adalah untuk membuat Anda sedar potensi diri Anda. Masalah yang dimunculkan dalam hidup bertujuan untuk Anda membongkar kekuatan-kekuatan terpendam dalam diri Anda. Kebanyakan orang-orang berjaya hidup mereka asalnya susah. Hidup susah tu satu masalah. Namun mereka memfokus pada penyelesaian masalah iaitu dengan keluar dari hidup yang susah.
2. Sebagai balasan atas dosa-dosa Anda. Anda tak akan terlepas dari terbuat dosa. Bercakap bohong juga merupakan satu dosa, iaitu dosa kecil. Meninggalkan sembahyang walau cuma satu waktu adalah satu dosa, iaitu dosa besar. Masalah diturunkan pada orang-orang yang memilih untuk tidak bertaubat, tidak meminta ampun.
3. Adalah kerana perbuatan kurang baik pada orang lain. Jika Anda berbuat jahat pada seseorang, balasannya adalah musibah, masalah dan dugaan berat. Jika Anda menyakiti hati seseorang sama ada sengaja atau tak sengaja kemudian orang yang Anda sakiti tu teraniaya, hidup Anda pasti bermasalah. Inilah sebab kenapa Anda digalakkan sentiasa memohon maaf pada orang2 disekeliling.
Khamis, 15 Mac 2012
Isnin, 12 Mac 2012
Fikh Kerahsian wanita
Buku "Fikh Kerahsiaan Wanita" karangan ulama' besar Mesir, Profesor Dr. Saadudin Mus'ad Hilali adalah sangat penting dibaca dan dimiliki oleh individu Muslim terutamanya golongan wanita.
Buku yang membincangkan hukum-hakam yang melibatkan alat sulit wanita ini bermula dari masalah keputihan, khatan, hinggalah masalah rogol. Di mana ini adalah antara perkara yang mengundang rasa malu di kalangan wanita untuk bertanya. Maka buku ini menjawab persoalan-persoalan tersebut.
Buku yang ditulis berdasarkan lima mazhab (Hanafi, Maliki, Syafie, Hambali dan Zahiri) membuka ruang yang luas kepada wanita Muslim Malaysia untuk beramal dengan pendapat mazhab-mazhab Islam sekiranya mereka berasa sulit untuk beramal dengan mazhab Syafie yang menjadi mazhab utama di Malaysia.
Maka dengan keluaran buku ini, ia dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi wanita kini. InsyaAllah.
Buku ini sudah boleh didapati di pasaran pada harga RM 20(Sem. Malaysia) dan RM 22(Sabah/Sarawak).
Rabu, 7 Mac 2012
SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)
Berita mengenai skim ini memang menjadi topik hangat di kampung-kampung, maklumlah, syarat utama kelayakan untuk menyertai skim ini adalah mesti mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 sebulan. Jadi memang ramai lah makcik-makcik jual karipap, janda-janda dan ibu tunggal berpusu-pusu ke bank untuk mendapatkan borang tersebut.
Apa yang menarik tentang Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia ini?
Dengar katanya dengan bayaran RM5,000 , tapi kalau takde duit RM5,000, boleh buat pinjaman. Tapi yang bestnya… pinjaman tu tak payah bayar.. sebab, bila dah labur dalam skim ini, tiap-tiap bulan dapat untung RM134 selama 5 tahun.
Sedangkan bayaran bulanan semula bagi pinjaman RM5,000 itu, hanyalah RM88 sebulan. Bermakna, tiap-tiap bulan… dapat pulangan RM134, tolak ansuran bulanan RM88, maka.. masih ada baki dan untung RM50 lagi tiap-tiap bulan!
Boleh keluarkan RM50 ini tiap-tiap bulan, atau biarkan sahaja sampai genap 5 tahun, lepas tu, pihak pelabur akan ada wang terkumpul sebanyak RM8,000 dalam akaun pelaburan mereka!.
Pendek kata, dapatkan borang mohon pinjaman dan penyertaan skim ini, kemudian, selepas diluluskan… tiap-tiap bulan boleh keluar RM50, atau biarkan sahaja wang tersebut tanpa perlu buat apa-apa, selepas 5 tahun, boleh keluar terus RM8,000. Wah!
Sekali pandang.. skim ini nampaknya akan dapat membantu rakyat yang berpendapatan rendah. Memang ramai makcik-makcik dan pakcik-pakcik di kampung serta golongan orang-orang asli yang menyambut baik skim ini. Objektif skim ini untuk membolehkan rakyat menabung dan melabur mungkin akan tercapai.
Namun begitu, timbul beberapa isu yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai skim ini… antaranya :-
- Adakah skim pelaburan ini patuh syariah? Sebab kalau ikut hujah Ustaz Zaharuddin, pelaburan yang menjanjikan keuntungan tetap adalah haram.
- Bagaimanakah keuntungan yang begitu tinggi boleh dijana oleh pengurus dana? iaitu 32% setahun
- Dimanakah wang-wang pelaburan tersebut akan dilaburkan? Hartanah? Saham? Emas?
Bagi anda yang membaca blog ini, mungkin skim ini tidaklah begitu releven dengan anda… tapi apakah pendapat/pandangan anda jika ada saudara-mara atau jiran tetangga anda yang bertanyakan anda mengenai skim ini?
Kata Ibn Munzir: Dan telah sepakat (ijmak) bahawa terbatal qiradh yang disyaratkan keuntungan untuk salah seorang atau kedua-duanya dengan keuntungan dirham (nilai) tertentu.
Si Joshua Bell
Seorang lelaki duduk di stesen metro di Washington DC dan mula bermain biola, ia adalah sebuah pagi yang dingin pada bulan Januari. Dia bermain enam helai Bach selama kira-kira 45 minit.
Pada waktu itu, keadaan sangat ribuk, dianggarkan seramai 1,100 orang telah melalui stesen tersebut, kebanyakan mereka dalam perjalanan ke tempat kerja. Tiga minit berlalu, dan seorang lelaki dalam umur pertengahan menyedari ada seorang pemuzik sedang bermain biola. Jadi, dia memperlahankan langkahnya, dan berhenti selama beberapa saat, dan kemudian bergegas untuk memenuhi jadual.
Beberapa minit kemudian, pemain biola tersebut menerima dolarnya yang pertama: seorang wanita telah melemparkan wang ke dalam bekas biola tanpa berhenti, dan terus berjalan.
Beberapa minit kemudian, seseorang lelaki telah bersandar pada dinding untuk mendengarnya, kemudian lelaki itu melihat jam tangannya dan mula berjalan semula. Jelas sekali beliau telah terlambat untuk ke tempat kerja.
Orang yang paling banyak memberikan perhatian, adalah budak lelaki yang berusia 3 tahun. Ibunya yang memegang beliau, tergesa-gesa, tetapi kanak-kanak itu telah berhenti untuk melihat tukang biola. Akhirnya, ibunya terpaksa menarik dengan keras, dan kanak-kanak itu terus berjalan, tetapi memalingkan mukanya sepanjang masa untuk melihat pemain biola tersebut.
Tindakan ini telah diulangi oleh beberapa kanak-kanak yang lain. Semua ibu bapa, tanpa pengecualian, memaksa anak mereka untuk bergerak. Dalam masa 45 minit muzik dimainkan, hanya 6 orang yang berhenti dan tinggal buat sementara waktu. Kira-kira 20 orang memberinya wang, tetapi terus berjalan seperti biasa.
Wang yang berjaya dikumpul, $32. Setelah beliau selesai bermain, suasana menjadi sunyi semula, tiada siapa yang perasan. Tiada siapa yang bertepuk tangan dan tidak ada sebarang pengiktirafan.
Tetapi, tiada siapa yang tahu, pemain biola itu ialah Joshua Bell, salah seorang pemuzik yang paling berbakat di dunia. Dia baru sahaja memainkan salah satu muzik yang paling rumit yang pernah ditulis, menggunakan biola yang bernilai $ 3.5 juta dolar. Dua hari sebelum bermain di stesyen keretapi bawah tanah tersebut. Tiket untuk konsert Joshua Bell di teater Boston yang berharga $100 sekeping telah habis dijual.
Ini adalah cerita sebenar. Joshua Bell telah menyamar dan bermain di stesen metro anjuran Washington Post sebagai sebahagian daripada eksperimen sosial tentang persepsi, rasa, dan keutamaan orang.
Salah satu kesimpulan yang didapati dari pengalaman ini: Jika kita tidak mempunyai masa untuk berhenti dan mendengar salah satu daripada pemuzik terbaik di dunia yang sedang bermain muzik terbaik yang pernah ditulis, kemungkinan, berapa banyakkah perkara-perkara hebat lain yang telah kita terlepas?
Jumaat, 17 Februari 2012
Forex 2
Jual beli matawang dan jenisnya secara bertangguh adalah haram.
Contoh Forex yang haram adalah:
1. Forward
2. Swap
3. Future
4. Option
Manakala pelaburan forex yang banyak berlaku di kalangan orang awam melalui medium internet ini termasuk dalam kategori jual beli matawang secara bertangguh (hutang).
Manakala tukar duit di money changer tidak lah haram kerana ia berlaku secara tunai. Ini dipanggil spot
Urusniaga forex yang dibuat oleh bank-bank Islam pula telah distrukturkan mengikut kehendak urusniaga tunai yang dibenarkan di sisi Syariah.
Forex 1
Keputusan Majlis fatwa Kebangsaan mengenai FOREX
KOTA BHARU: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.
Pengerusi Jawatankuasanya, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.
“Hasil kajian jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”
“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini.
Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabit penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.
“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.
Beliau berkata, keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak panel syariah Bank Negara pada muzakarah itu. – BERNAMA

Khamis, 2 Februari 2012
IJTIHAD
Apabila kita mempelajari ilmu fiqh Islami baik dari tajuk cara-cara
mandi wajib hinggalah tajuk sebesar memerintah sebuah negara berbilang
kaum kita pasti mendapati ada banyak perbezaan pendapat (khilaf) di
kalangan ulama’. Jadi nak ikut pendapat siapa?
1. Ijtihad tidak membatalkan ijtihad lain
Ini merupakan kaedah-kaedah fiqh.
Orang awam (kita lah tu) tidak boleh menyatakan hanya pandangan imam Shafie sahaja yang betul dan pandangan imam yang lain salah. Itu bukan tugas kita. Malah, dalam hadis juga ada menyebut Nabi saw diam sahaja apabila para sahabat berbeza ijtihad tentang waktu solat Asar dalam peristiwa perang Bani Quraizah.
Tanggungjawab kita adalah mengikut pendapat yang kita lebih yakin atau mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan. Seperti ada fatwa mengharamkan rokok dan kerajaan melarang merokok di tempat-tempat awam. Maka peraturan sebegitu kita wajib ikut.
Ijtihad, sama ada betul atau salah tetap mendapat pahala.
2. Berlapang dada dalam perkara cabang, dan bersatu dalam perkara asas
Misalnya, solat fardhu itu wajib. Namun, membaca doa qunut solat Subuh ada perbezaan pendapat. Maka Imam Suyuti pun berkata:
Begitu juga dalam isu-isu di sekitar kewangan Islam. Ada banyak perbezaan pendapat berlaku. Apa yang jelas adalah perbankan konvensional, insurans konvensional itu haram. Justeru, masyarakat perlu memerangi riba yang ‘confirm’ sebegitu dan bukannya meruntuhkan perbankan Islam atas isu-isu khilaf.
Saya kongsikan 3 isu yang sering menjadi polemik dalam masyarakat.
(Oh ya, sebelum itu perlu faham ijtihad ini dibuat oleh orang yang layak sahaja. Kita ini yang bahasa Arab pun tidak mahir tidak layak berijtihad. Kita perlu bersandar dengan ijtihad mereka yang layak.)
1. Hukum pelaburan ASB, ASN dan lain-lain
Ya, ia khilaf. Fatwa negeri Selangor kata haram, FATWA KEBANGSAAN KATA HARUS. Jika lebih yakin dengan fatwa haram, jangan melabur di ASB dan tidak perlu berkata yang bukan-bukan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama yang berijtihad ASB itu harus. Itulah sikapnya.
2. Pengiraan zakat harta
Ya, ini juga khilaf. Apa yang jelas adalah pengiraan zakat ke atas aset yang 5; emas dan perak, bisnes, pertanian, penternakan dan hasil bumi. Zakat tetap zakat, cuma pengiraan atas harta zaman moden (saham, royalti, hartanah, pendapatan dan lain-lain) ini ada perbezaan pendapat di kalangan ulama.
3. Hukum Matawang Kertas
Riba dapat wujud dalam apa-apa jua bentuk matawang – dinar, dirham, representative money mahu pun duit fiat. Dan dalam situasi semua orang guna duit kertas, janganlah sampai ‘perjuangan’ mengembalikan ‘gold standard’ atau ‘dinar dirham’ itu menyusahkan diri sendiri sebab bila kita kata duit kertas itu haram maka haramlah keatas kita.
“Mat, duit kertas ni haram, mari beli dinar dengan aku. Bagi aku RM 800, aku beri kau 1 dinar.” Kemudian, RM 800 itu pun digunakan sebahagian untuk makan tengah hari.
- Imam Shafie menyatakan menyentuh kulit isteri batal air sembahyang.
- Imam Abu Hanifah menyatakan bersetubuh dengan isteri baru batal air sembahyang.
- Imam Malik menyatakan menyentuh dengan hawa nafsu baru batal air sembahyang.
1. Ijtihad tidak membatalkan ijtihad lain
Ini merupakan kaedah-kaedah fiqh.
Orang awam (kita lah tu) tidak boleh menyatakan hanya pandangan imam Shafie sahaja yang betul dan pandangan imam yang lain salah. Itu bukan tugas kita. Malah, dalam hadis juga ada menyebut Nabi saw diam sahaja apabila para sahabat berbeza ijtihad tentang waktu solat Asar dalam peristiwa perang Bani Quraizah.
Tanggungjawab kita adalah mengikut pendapat yang kita lebih yakin atau mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan. Seperti ada fatwa mengharamkan rokok dan kerajaan melarang merokok di tempat-tempat awam. Maka peraturan sebegitu kita wajib ikut.
Ijtihad, sama ada betul atau salah tetap mendapat pahala.
2. Berlapang dada dalam perkara cabang, dan bersatu dalam perkara asas
Misalnya, solat fardhu itu wajib. Namun, membaca doa qunut solat Subuh ada perbezaan pendapat. Maka Imam Suyuti pun berkata:
Jangan dibantah hukum yang berlaku khilaf di kalangan ulama’. Sesungguhnya perkara yang perlu dibantah adalah perkara yang sepakat di kalangan para ulama tentang pengharamannyaBenda yang patut kita usahakan dalam masyarakat adalah suruh orang bangun solat Subuh dan bukannya bergaduh pasal doa qunut!
Begitu juga dalam isu-isu di sekitar kewangan Islam. Ada banyak perbezaan pendapat berlaku. Apa yang jelas adalah perbankan konvensional, insurans konvensional itu haram. Justeru, masyarakat perlu memerangi riba yang ‘confirm’ sebegitu dan bukannya meruntuhkan perbankan Islam atas isu-isu khilaf.
Saya kongsikan 3 isu yang sering menjadi polemik dalam masyarakat.
(Oh ya, sebelum itu perlu faham ijtihad ini dibuat oleh orang yang layak sahaja. Kita ini yang bahasa Arab pun tidak mahir tidak layak berijtihad. Kita perlu bersandar dengan ijtihad mereka yang layak.)
1. Hukum pelaburan ASB, ASN dan lain-lain
Ya, ia khilaf. Fatwa negeri Selangor kata haram, FATWA KEBANGSAAN KATA HARUS. Jika lebih yakin dengan fatwa haram, jangan melabur di ASB dan tidak perlu berkata yang bukan-bukan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama yang berijtihad ASB itu harus. Itulah sikapnya.
2. Pengiraan zakat harta
Ya, ini juga khilaf. Apa yang jelas adalah pengiraan zakat ke atas aset yang 5; emas dan perak, bisnes, pertanian, penternakan dan hasil bumi. Zakat tetap zakat, cuma pengiraan atas harta zaman moden (saham, royalti, hartanah, pendapatan dan lain-lain) ini ada perbezaan pendapat di kalangan ulama.
3. Hukum Matawang Kertas
Riba dapat wujud dalam apa-apa jua bentuk matawang – dinar, dirham, representative money mahu pun duit fiat. Dan dalam situasi semua orang guna duit kertas, janganlah sampai ‘perjuangan’ mengembalikan ‘gold standard’ atau ‘dinar dirham’ itu menyusahkan diri sendiri sebab bila kita kata duit kertas itu haram maka haramlah keatas kita.
“Mat, duit kertas ni haram, mari beli dinar dengan aku. Bagi aku RM 800, aku beri kau 1 dinar.” Kemudian, RM 800 itu pun digunakan sebahagian untuk makan tengah hari.
Apa yang haram menerimanya, haram juga memberinya. (Kaedah-kaedah fiqh)
Langgan:
Catatan (Atom)
Feature Post
Perjalanan tentang jarak
Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...
Popular Post
-
Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebalik...
-
DIL dan DNR/NAR Penulisan kali ini saya menyentuh tentang isu yang amat sensitif, iaitu DIL (Death in Line), atau bahasa kasarnya "men...
-
👉KWSP atau PENCEN? Bagi penjawat awam, pasti anda melalui dilemma memilih skim persaraan di antara skim pencen dan tabungan KWS...
-
Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kec...
-
Dalam proses pembuatan senjata warisan melayu terdapat satu kaedah pembuatan unik yang menggunakan besi-besi (alatan) yang bermula dengan se...