
Saya yakin semua orang sukakan kebaikan dan takder sorang pun yang ingin melakukan kejahatan. Bagaimanapun jiwa kita seolah - olah terbahagi kepada dua apabila mahu melakukan kebaikan. Bila kita mahu senyum pada orang lain, hati kita akan berkata " ah, dia tak senyum pada aku, kenapa aku harus senyum padanya?" Sedangkan dalam hati kita mahu sangat senyum padanya. Tetapi tidak boleh, kenapa?
Pernahkah anda marah tetapi jauh disudut hati anda menyayanginya lalu menyesali perbuatan itu?.
Hakikat yang menghalang kebaikan itu adalah BELENGGU iaitu sifat - sifat jahat yang melingkari hati kita yang asalnya sangat bersih dan suci murni.
Bila belenggu itu ada, hati kita akan resah.. jiwa akan kacau bilau.. seluruh tubuh akan bercelaru.. dan kita akan mula sakit.. pening.. tertekan yang berpunca dari hati yang hitam.
Cuba buangkan segala rasa hasad dengki, benci, sombong, tamak, malas dan sebagainya dan terimalah seadanya apa saja yang ditakdirkan untuk kita. Kita tidak perlu lagi marah pada sesiapa pun kerana kita amat mengasihi setiap orang lantaran mereka juga sama seperti kita iaitu makhluk yang dicintai oleh Allah swt.
Barulah anda akan rasa betapa damainya hidup anda ini. Betapa indahnya hidup ini lantas kita tidak akan sanggup untuk menyakiti insan lain meskipun berlainan pendapat, fahaman, bangsa, agama dan negara.
1 ulasan:
bila kita diuji dgn kemiskinan,kita mampu bersabar
tetapi bila kita diuji dgn kesenangan,maka kita mudah lupa diri dan alpa.
biarlah kita hidup dlm kesederhanan.
syarat utk bertemu dgn tuhan adalah
dgn mati,samada mati dgn ajal atau mati sblm ajal
tapi tentunya tidak mati AKAL
dalil dakwah bg wanita adalah dgn keindahan rumahtangga
yang dijaga dengan amanah suaminya.
dalil dakwah bg lelaki adalah keharmonian hidup
tampa maksiat di kelilingnya.
Catat Ulasan