Jumaat, 4 Julai 2025

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung...

Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan antara Rahim dan nama Allah Ar-Rahim.

Dan untuk pertama kali, saya rasa betapa dalam dan indahnya kasih sayang itu… bila kita betul-betul try utk fahami.

Cuba bayangkan perjalanan seorang ibu...

Seorang ibu, sejak awal tahu dia pregnant, dia tahu hidupnya akan berubah.

Daripada tubuh yang ringan, jadi berat.
Daripada tidur lena, jadi berjaga malam.
Daripada selera makan, jadi muntah hampir setiap hari.
Sakit belakang.
Sakit pinggang.
Sakit kepala.

Penat luar biasa.

Setiap kali dia rasa nak rehat,
anak dalam rahim tetap bergerak.
Menendang. Membesar. Membesar lagi.

Ada hari dia menangis diam-diam,
sebab fizikal dan emosi makin lemah.
Tapi dia tetap kuat. Tetap berdiri.
Sebab dalam dirinya ada kehidupan kecil yang dia sedang lindungi.

Dia berhati-hati bila berjalan,
tak mahu tersadung atau terlanggar walau dengan meja kecil.
Dia berpantang makan, berpantang emosi.
Dia jaga dirinya… demi nyawa yang belum pun tahu siapa dia.

Dan bayi dalam rahim tu?
Tak tahu apa-apa.
Tak pernah minta semua tu.
Tak pernah sedar pun apa yang ibu dia sedang lalui.

Bayi tu hanya hidup dalam ruangan yg gelap, senyap, dan selamat.
Diberi makanan.
Diberi oksigen.
Diberi kasih tanpa tahu pun siapa yang sedang berkorban.

Sampailah tiba hari bersalin lalui process antara hidup & mati.

Satu hari yang ibu takkan lupa seumur hidup.
Rasa sakit yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Perut penuh dgn stretch marks.
Muscle dan kulit dia terkoyak.
Darah dia mengalir.

Dia bernafas kencang, Mengenggam tangan

Berjam-jam menahan perit.

Sehingga kehabisan tenaga. Dan nafas pun makin lemah.

Dan bila akhirnya bayi itu lahir…
Ibu itu langsung x menunjukkan kemarahan.
Tak meyalahkan sesiapa pon.
Tak mengungkit apa2 pun.

Sebaliknya…
Dia senyum dan melihat bayi itu dengan penuh kasih sayang.
Air mata jatuh perlahan.
Dia peluk anak itu ke dada.
Dia cium ubun-ubunnya.
Dia bisik, “Sayang mama / mummy…”
Dengan suara paling lembut di dunia.

SubhanAllah.

Waktu tu saya faham kenapa rahim dinamakan “rahim”.

Sebab ia datang dari akar kata yang sama dengan nama Allah: Ar-Rahim.

How Allah has given a big privilege to a Mother.

Allah nak kita nampak sesuatu melalui kasih seorang ibu.

Tapi kasih ibu cuma gambaran kecil saja.

Allah…
Allah jauh lebih penyayang.
Allah jauh lebih melindungi.
Allah jauh lebih memberi.

Kita ni seperti bayi dalam rahim tadi.
Tak tahu. Tak sedar. Tapi tetap diberi, diberi & diberi.

Kita hidup dalam rahmat Allah.
Setiap nafas, setiap degupan jantung,
setiap makanan, setiap nikmat yang kita pandang remeh. 
semua itu rahmat yang kita tak pernah minta.

Dan bila kita buat salah?
Bila kita berdosa, berulang-ulang kali?
Allah tak pernah putus kasih & sayang pd kita.
Tak berdendam. Tak berhenti dari memberi kita rahmat.

Kita bangun pagi ini,
masih boleh rasa cahaya matahari.
Masih boleh rasa air.
Masih ada ruang untuk taubat.
Itulah Ar-Rahim, kasih sayang yang tak berhenti walau kita lupa pada Allah.

Kalau suatu hari nanti kamu rasa:

"Kenapa Allah tak makbulkan doaku?"
"Kenapa Allah biarkan aku terluka dan disakiti?"
"Kenapa hidup aku macam ni…?"

Cuba ingat.

Bayi dalam rahim pun tak tahu siapa ibunya.
Tapi si ibu tetap jaga dengan penuh kasih.
Setiap detik.

Dan kamu pula?
Kamu sedang hidup dalam rahmat Allah. 
Dimana kasih Allah tak bergantung pada sedarmu, taatmu, atau kefahamanmu.

Allah tetap memberi.

Apa yang saya belajar harini…
Kadang2 kita tercari-cari “bukti” yg Allah sayang kita.
Kita tunggu sesuatu yang besar.
Satu keajaiban.

Tapi sebenarnya, bukti tu dah lama ada:
Kita masih hidup. Masih diberi peluang. Masih dikelilingi kasih.

Dan antara segala jenis cinta di dunia ini,
cinta Allah itu paling sunyi…
tapi paling kuat.
Paling tersembunyi…
tapi paling menyeluruh.

Tak perlu dipinta.
Tak perlu dibalas.
Tetap ada, tetap dekat dengan kita

Kita semua sedang berada dalam rahmat Allah… seperti bayi dalam rahim.

Dan ingatlah. Ibu mana yang sanggup campakkan anaknya ke Api.
Dan kasih sayang Allah lebih hebat dari seorang ibu.

Appreciate your mother, appreciate your wife.

Say to them softly and gently,

Thank you for being a great Mother, May Allah bless you, protect you and grant you Jannah. 

And tadah tangan pandang langit.

Alhamdulillah atas segala rahmat yang Allah berikan sama ada saya sedari atau tidak. Ampunilahku, Maafkanlahku, SayangiKu, Angkatkanlah darjatku, Berikanlah aku petunjuk, sihatkanku, dan matikanlah aku dikalangan hambamu yg soleh.

Ahad, 15 Jun 2025

Serangan Israel Hapuskan Fasiliti Nuklear Terpenting Iran

Natanz Musnah: Serangan Israel Hapuskan Fasiliti Nuklear Terpenting Iran

Pada tengah malam tadi, Israel telah melancarkan serangan tepat ke atas Pusat Nuklear Natanz, memusnahkan salah satu fasiliti paling kritikal dalam program nuklear Iran. Namun, apakah yang menjadikan Natanz sasaran strategik? Dan bagaimana Mossad berjaya merancang serangan ini dengan begitu teliti?

Apa itu uranium dan pengayaan nuklear?
Tenaga nuklear bermula dengan uranium, yang mengandungi dua unsur utama:
- U-238 (99.3%) – Tidak boleh menghasilkan tenaga atom kerana tidak mampu menyerap neutron.
- U-235 (0.7%) – Unsur yang boleh menyerap neutron dan menghasilkan tenaga.

Walaupun U-235 hanya wujud dalam jumlah kecil, ia adalah bahan utama dalam pembentukan tenaga nuklear. Untuk menjadikannya lebih efektif, U-235 perlu menjalani proses pengayaan, di mana nisbahnya ditingkatkan dari 0.7% kepada 3%-5% untuk tenaga elektrik, atau sehingga 95% untuk kegunaan senjata.

Natanz: Jantung Pengayaan Uranium Iran
Natanz bukan sekadar sebuah pusat penyelidikan biasa. Ia adalah fasiliti centrifugation—proses awal dan paling penting dalam pemisahan U-235 daripada U-238. Tanpa Natanz, kemampuan Iran untuk meningkatkan uranium ke tahap senjata menjadi terhad.

Dalam industri nuklear, negara yang hanya mahu membangunkan tenaga elektrik tidak memerlukan reaktor nuklear sendiri; sebaliknya, mereka menjalankan pengayaan uranium di luar negara bagi memastikan ketelusan. Namun, apabila sebuah negara memiliki kemampuan pengayaan secara autonomi, ia membuka ruang kepada potensi pembangunan senjata nuklear.

Mossad dan strategi serangan tepat
Israel bukan sahaja menyasarkan fasiliti nuklear, tetapi juga pakar-pakar penting dalam bidang ini. Kejayaan Mossad dalam mengenal pasti sasaran kritikal membuktikan kecanggihan unit risikan mereka.

Persoalannya: Bagaimana mereka boleh menembusi perlindungan ketat Iran dan menyasarkan Natanz dengan begitu sempurna? Jawapannya hanya satu—KEUNGGULAN RISIKAN MOSSAD.



Ahad, 8 Jun 2025

2025 tahun suram bagi sektor Oil & Gas

Tahun 2025 bakal jadi tahun paling suram untuk sektor minyak & gas dalam sedekad. 

Sektor ini jatuh teruk disebabkan beberapa faktor besar:  

- Keuntungan suku pertama yang lemah  
- Harga minyak dunia yang menurun  
- Ancaman kenaikan tarif dari AS  
- Pemotongan belanja modal oleh Petronas  

Core earnings sektor ini telah jatuh 52.6% tahun ke tahun, dengan syarikat besar seperti Armada, Dayang, Dialog, Yinson semuanya menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan.  

CIMB meramalkan keuntungan sektor akan susut 7.8%, manakala Maybank pula menurunkan unjuran harga minyak Brent 2025 dari USD70 ke USD67 setong.  

Beberapa syarikat besar seperti MISC dan Wasco telah dikategorikan sebagai "hold" akibat banyak projek tertangguh dan buku tempahan yang semakin mengecil.

Walaubagaimanapun dalam suasana kelam ni, ada juga sinar. Syarikat macam MISC, Dialog dan Bumi Armada masih dikira antara pilihan terbaik untuk pelabur jangka panjang sebab mereka ada aliran tunai yang stabil.

Isnin, 12 Mei 2025

KETIKA SOLAT MULUT ADA SISA MAKANAN

KETIKA SOLAT MULUT ADA SISA MAKANAN
SOALAN :

Apakah sah solat seseorang yang di dalam mulutnya ada sisa makanan atau ada pada lidahnya rasa makanan atau minuman?

JAWAPAN :

Di antara perkara yang bolih membatalkan solat ialah menelan suatu benda sekalipun sedikit samada makanan atau minuman atau lainnya selepas takbiratulihram dan sebelum memberi salam.

Ada pun jika sisa makanan ada didalam mulutnya ketika dia mengerjakan solat atau ada pada lidahnya rasa makanan atau rasa minuman dan dia tidak menelannya maka tidaklah batal solatnya itu.

Jika dengan sengaja dia telan sisa makanan tersebut sekalipun sedikit atau air liurnya ada rasa makanan atau rasa minuman lalu dia telan air liurnya itu maka batal solatnya.

Telah menyebut olih Syeikh Sulaiman Al-Jamal :

أَمَّا مُجَرَّدُ الطَّعْمِ الْبَاقِي مِنْ أَثَرِ الطَّعَامِ فَلا أَثَرَ لَهُ لانْتِفَاءِ وُصُولِ الْعَيْنِ إلَى جَوْفِهِ وَلَيْسَ مِثْلُ ذَلِكَ الأَثَرُ الْبَاقِي بَعْدَ الْقَهْوَةِ مِمَّا يُغَيِّرُ لَوْنَهُ أَوْ طَعْمَهُ فَيَضُرُّ ابْتِلَاعُهُ لأَنَّ تَغَيُّرَ لَوْنِهِ يَدُلُّ عَلَى أَنَّ بِهِ عَيْنًا

Artinya : “Ada pun sisa makanan yang berbaki dalam mulut itu tidak membatalkan solat kerana tidak sampai ia ke dalam perut. Dan tidak sama umpama yang demikian itu sisa yang tinggal kemudian dari minum kopi dari barang yang mengubah warna air liur atau mengubah rasa air liur maka bolih memberi mudarat menelannya dari kerana berubah warna air liur itu menunjukkan atas ada padanya juzuk makanan.” (Hasyiah Al-Jamal ‘ala Al-Minhaj)

Sebaiknya dia bersihkan dulu mulutnya sebelum memulakan solat selepas makan atau minum kerana itulah sunat berkumur sebelum solat.

Kesimpulannya jika sisa makanan itu kekal dalam mulutnya tiada ditelannya sepanjang dia melakukan solat maka solatnya sah dan tidak batal.

Setengah ulamak menyebut dalam kitab-kitab mereka sunat diludah akan sisa makanan yang ada di dalam mulut ketika sedang melakukan solat.

ustaz azhar idrus
wallahua’lam

Ahad, 11 Mei 2025

Kosmo 482

Kosmos 482: The Soviet Venus Probe That Fell to Earth After 53 Years

On March 31, 1972, the Soviet Union launched Kosmos 482, a spacecraft designed to land on Venus. However, due to a rocket failure, the probe never made it to its destination, remaining trapped in orbit around Earth for over five decades. Finally, on May 10, 2025, Kosmos 482 re-entered Earth's atmosphere, crashing into the Indian Ocean west of Jakarta, Indonesia.  

A Mission to Venus That Never Arrived 
Kosmos 482 was part of the ambitious Venera program, which sought to land probes on Venus to study its atmosphere, temperature, and surface conditions. It was a sister spacecraft to Venera 8, which successfully transmitted data from Venus later that year. However, Kosmos 482's upper-stage rocket failed, preventing it from escaping Earth's gravitational pull. Instead, it remained in an elliptical orbit, slowly losing altitude due to atmospheric drag.  

Reentry After Half a Century  
Over the years, space agencies and independent trackers monitored Kosmos 482 as it gradually descended toward Earth. Many speculated about where it would fall, with predictions varying from the Pacific Ocean to Southeast Asia. On May 10, 2025, the probe finally plunged through the atmosphere, surviving much of the reentry due to its rugged Venus-resistant design. Some experts believe debris could have landed relatively intact in the ocean.  

A Legacy in Space Exploration 
Despite never reaching Venus, Kosmos 482 remains a historic relic of early interplanetary exploration. It serves as a reminder of the challenges and unpredictability of spaceflight, as well as the ambition of the Soviet space program in the 1970s.  

Kosmos 482’s journey may have ended on Earth, but its story is one for the history.

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post