Sabtu, 22 Ogos 2009

H1N1


Beza H1N1 & Influenza A
Influenza A ini virusnya..H1N1 ini penyakitnya. Ada pelbagai penyakit lagi yg disebabkan Influenza A virus ini, termasuk H5N1, H3N2..dan macam2 lagi. yg menjadi 2009 outbreak ini, dipanggil 'H1N1 2009' atau swine flu. Dulu ada banyak outbreak lagi, yg paling dasyat was 'spanish flu-1918-1919' pandermik

Rawatan
Jika anda ada direct contact dengan pesakit H1N1 atau anda demam,sakit tekak, selsema...pergi panel klinik biasa, dapatkan rawatan DAN DAPATKAN SURAT REFERAL KE HOSPITAL. Doktor klinik swasta akan terus beri punya...tak bnyk soal. Di Hospital, pergi emergency & dapatkan 'rapid test'. Prosedur yg dilakukan ialah dia gunakan putik kapas & jolok ikut hidung...ambil sampel & uji (dlm masa sejam dua..result dah keluar)..kalau positif Influenza A..maka anda akan diberikan rawatan 'Tamiflu'. Kalau anda tak sakit teruk, maka doktor akan suroh 'self-kuarantin' di rumah ajer..maksudnya anda ada H1N1 tahap satu, tapi boleh dirawat dengan Tamiflu sahaja. Jika anda beransur pulih maka, antibodi anda kuat & anda bebas H1N1.

TAPI INGAT, rapid test tadi tidak akan beritahu anda ada H1N1 atau tidak..
Jika keadaan kesihatan anda tidak berubah atau makin teruk..pergi balik ke Hospital & terus ambil full test H1N1. Satu putik kapas panjang akan dimasukkan dlm tekak anda-dalam sehingga anda nak muntah..sampelnya diambil...result hanya akan diketahui selepas 3 hari. Jika anda positif H1N1, rawatan anti viral akan dibuat kepada anda & anda akan dikuarantin di hospital. Pada masa menunggu ni lah..yg bnyk kes kematian, terutamanya yg ada berisiko tinggi seperti obes, darah tinggi, pregnant, diabetes, baby & budak kecil, dll..so tak silap.. kumpulan risiko ini akan terus dpt anti -viral

Mengapa tidak full test H1N1 & anti viral terus dibuat?
Yg saya tahu..sebab test H1N1 ini mahal harganya..jadi Kementerian kata, setakat anda Influenza A ajer, memadailah 'rapid test' yg jauh lebih murah.

Mengapa tak anti viral terus? yg saya tahu..kalau anda tidak ada H1N1 & anda menjalani anti viral....ia akan memudaratkan sistem pertahanan badan semulajadi..jadi jika anda ada influenza A, Tamiflu pun dah cukup. Tapi aku rasa anti-viral nih tak cukup...nak cover semua penduduk dunia..

langkah2 kawalan

1 – golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 – menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.

3 – elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’

4 – jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 – jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai ‘mask’ (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 – utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 – jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 – jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 – tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 – vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal2nya pada oktober dan hanya utk ‘frontliner’ shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010. Itu pun jikalau virus belum bermutasi lagi. Virus tersebut biasanya bermutasi setiap 6 Bulan. Dijangka gelombang kedua serangan berlaku pada bulan oktober ini. Jika ini berlaku vaksi ini sudah tidak berkesan lagi.

11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 – tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.

Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m’sia di Pan Pacific KLIA pada 01.08.2009.

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post