Arak adalah satu perkara yang haram dalam Islam.
Jangankan minum, tolong perah / proses pun haram. Tolong iklan pun haram. Tukang hantar arak / drebar van arak jadi JAGA kilang arak pun berdosa. Apatah lagi kalau menjual arak dan benarkan lesen arak secara berleluasa. Ronnie Liu sahaja suka sangat rakyat Malaysia tonggang arak sampai jadi kaki mabuk dan keluarga jadi porak peranda sebab bapak suka mabuk-mabuk sampai lupa tanggunjawab.
Kartika Sari Dewi mengaku bersalah kerana minum arak. Ketua Hakim Syari’e Pahang bagi hukuman sebat dan juga denda.
Ramai tiba-tiba melenting. Menyindir. Mengutuk. Nak campur tangan. Bukan sebab marahkan Kartika itu telah berdosa sebab minum arak, tapi marahkan mahkamah Syariah. Itulah … bila Allah tidak lagi ditakuti. Umat akhir zaman. Selamat kita umat Nabi Muhammad saw, kalau kita ini umat nabi yang lain, dah lama terbalik bumi Malaysia ni.
Cuma apa yang mampu saya ulas, hukuman mahkamah Syariah sedia ada ini bukanlah hukuman hudud pun. Sebab banyak yang tidak cukup. Ada kekangan-kekangan tertentu.
Ada baiknya ia ditangguhkan. Sebab ia sebenarnya tidak mempamerkan hukum Islam yang sebenar. Takut ia menjadi fitnah.
Tapi, tak buat pun ada buruknya. Sebab ia seolah-olah menghina mahkamah Syariah. Sebab mahkamah Syariah sudah ada. Daripada mahkamah Syariah tidak ada … lebih baik ia ada.
Mahkamah Syariah juga ditubuhkan melalui undang-undang. Malah ada lagi penekanan Artikel 121 (1A) dalam perlembagaan. Tetapi framework lainnya adalah undang-undang sekular. Akhirnya mahkamah Syariah ini terhad kepada hukuman 3-5-6.
Ada banyak cara boleh ubah.
Paling cepat jalan politik. Kalau itu orang atas mahu, cepat je prosesnya.
Tapi kalau jalan politik tidak boleh, maka prosesnya boleh jadi sangat lambat. Kena kona sana sini.
Itulah nasib Islam dan dua sistem besarnya di Malaysia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan