Khamis, 13 Ogos 2009

Tip Merawat Demam


Apabila anak demam,ibubapa pasti akan membawa anak berjumpa doktor lebih2 lagi jika ibubapa tidak mempunyai pengetahuan bagaimana hendak mengatasi demam.Demam adalah keadaan dimana suhu berada di atas tahap normal,iaitu 38 darjah celsius.Namun demam yang sesungguhnya ialah apabila suhu melebihi 38.5 darjah celsius.
Tips merawat anak demam:

-Mencari penyabab demam dan perhatikan perilaku anak,jika perilaku anak hampirsama seperti biasa adalah tidak berbahaya.

-Cegah dehidrasi.Bayi dan kanak kanak berisiko mengalami dehidrasi,berikan anak lebih banyak cecair seperti air,kuah sup,jus buah segar yang di campur air dan sebagainya.

-Jika anak muntah atau cirit birit,berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan.

-Pastikan bilik anak tidak panas,pasang kipas atau pendingin hawa dan pakaikan anak dengan baju nipis.

-Berikan anak makan apa yang diingininya,jangan dipaksa.Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.

-Sebaiknya anak tidak kesekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak kanak lain namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.

-Ibubapa harus berjumpa dengan doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyi suhu lebih 38 darjah celsius,tiga hingga enam bulan dengan dengan suhu lebih 38.5 darjah celsius,lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah celsius.

-Sering kejang,kaku atau sakit kepala yang teruk..


Tips dari pembaca setia...

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post