
Firman Allah yang bermaksud:
" Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran. " ( surah al-Khafi ayat 28 )
Sebagai manusia, kita memerlukan rkan untuk bersosial, berkongsi susah dan senang. hidup bermasyarakat adalah fitrah manusia. Namun tidak semua sesuai untuk dijadikan rakan dan boleh dipercayai. Islam menganjurkan umatnya agar memilih rakan yang baik yang boleh memberikan impak serta pengaruh yang baik kepada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan