Selasa, 23 Mac 2010

Fikir tentang Keseronokan


Apa saja boleh berlaku. Nothing Impossible. Formulanya hanya dengan kerajinan, minat, ilmu dan strategi. Anggap apa yang dilakukan sebagai hobi supaya mudah untuk kita melakukanya tanpa pernah ada rasa tertekan. Sebagai manusia biasa, sikap kita yang memainkan peranan. Setiap perkara akan menjadi mudah bila kita menganggapnya sebagai hobi.

Sesuatu perkara yang dilakukan dengan seronok akan menjadikan kita sentiasa bertenaga untuk melakukannya. Justeru itu daripada sibuk memikirkan hal orang, lebih baik kita fokus kepada usaha memajukan diri sendiri. Kita mesti menganggap pelajaran, kerjaya ataupun perniagaan yang dilakukan sebagai satu hobi yang amat menyeronokkan.

Kita tidak akan tahu sesuatu minat akan membawa kita kepada satu tahap yang hanya kita mampu mencapainya, tidak ada orang lain yang pernah mencapai tahap kecemerlangan yang sedemikian.

Biarlah setiap pagi kita bangun dari tidur dengan rasa yang tatkala memikirkan pelajaran, kerjaya atau perniagaan yang diceburi itu, sentiasa ada dalam diri kita bahawa.. " hari ini adalah lebih baik dari hari semalam dan esok akan lebih baik dari hari ini ".. insya allah..

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post