Sebenarnya banyak tekanan yang akan kita lalui selagi kita bergelar manusia. banyak ranjau yang perlu kita redah dan banyak masalah yang kita perlu selesaikan. Sebagai insan dimuka bumi ini kita tidak boleh lari dari semua itu. Masa yang kita ada memang tidak mencukupi.
Menagani setiap masalah menuntut kemahiran, ketelitian dan kesabaran. Justeru disaat kita merasa amat tertekan dengan setiap masalah yang dihadapi kita perlu melihat kekuatan diri.
Kita perlu kuat untuk meneruskan hidup. kita perlu kekuatan bukan sahaja kekuatan fizikal tetapi kekuatan jiwa. Mental dan rohani perlu kukuh untuk menagani anasir anasir yang boleh memesongkan kita dari Hidayah Illahi.
Mungkin suatu masa kita merasakan orang disekeliling kita tidak memahami masalah kita. kita seolah olah dipersalahkan. Kita terasa disisihkan dan kita terasa lemah.
Tetapi sebagai seorg muslim, apa jua yang datang dalam hidup kita ada hikmahnya. Terima sebagai ujian daripadanya. Anggaplah ianya sebagai satu proses pembelajaran yang mematangkan hidup kita. Fikir sebagai suatu yang positif. Kembali padanya dan jiwa akan berasa tenang dan damai. Berdoalah moga kita diberi hidayah dan kekuatan dalam menyelesaikan setiap masalah sebaik mungkin.Berusahalah tanpa mengenal penat jemu seiring doa.
Sesungguhnya perjalanan ini sebenarnya penuh dengan keindahan yang mengajar erti kedewasaan dan kematangan. Mungkin disebalik itu juga ia mengajar erti kesetiaan dan kasih sayang. Semoga ketenangan hakiki itu dikurniakan pada kita semua dalam menempuhi hari hari yang mendatang. Kita percaya bahawa sang suria yang indah tetap menemani perjalanan hidup kita ini yang hanya sementara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan