Rabu, 12 September 2018

kanser dan pemakanan siri 2

Topik 1 dan 2 dalam Siri ‘ Diet dan Kanser”

1. Pesakit kanser dan pantang
2. Gula dan kanser

Before we start, some introduction on diet/nutrition.
Apakah maksud diet dan nutrisi?

Diet selalu mengingatkan kita pada ‘dieting’ utk kuruskan badan. Nutrisi pula dianggap sebagai“ zat”.

Diet/pemakanan/nutrisi adalah makanan dan minuman yang diambil bagi memberi tenaga dan nutrien untuk menjaga tahap kesihatan, pengurusan penyakit, jika ada, dan juga menurunkan risiko medapat penyakit.
Diet dan nutrisi bukan sahaja meliputi pemakanan sahaja tetapi juga suatu kepuasan atau kesegaran pada tubuh dan minda (nourishing) dan juga meliputi kepercayaan atau agama, ‘culture’ kita dan hubungan kita dengan tubuh kita, keluarga, sahabat, komuniti dan environment.
Samada sewaktu sihat atau sakit, pilihan pemakanan yang betul mempunyai impak positif untuk kesihatan tubuh badan atau kebolehan badan untuk pulih dari penyakit, untuk suatu jangka masa panjang.

Apakah diet/nutrisi penting untuk badan? ( seperti dipelajari di sekolah)

1.  Karbohidrat

Karbohidrat terbahagi kepada karbohidrat ringkas seperti gula dan karbohidrat kompleks seperti nasi, mihun, pasta, cereal, kanji, kentang, sagu dan fiber dalam diet seperti buah2an, sayur2an, legume, kekacang, seeds, brown rice, oat, dan barli.
Karbohidrat membekalkan kalori yang ditukar ke tenaga yang menggerakkan fungsi otak, otot, usus dan sebagainya. Kalori diperlukan oleh badan  (55-60%) sepatutnya datang dari karbohidrat. Jadi low carbohydrate intake affects our activities and our thinking brain. 
Bagi pesakit kanser, tidak ambik karbohidrat termasuk gula TERUTAMA kalau badan sedang sangat memerlukan tenaga sewaktu sakit, menjalani rawatan-selepas pembedahan atau kimoterapi atau sedang mengatasi proses cancer cachexia seolah kita menganiaya diri sendiri. Self torture. Plus our brain activities – terbantut. Sebab itu pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan digalakkan mengambil makanan dengan kerap. Lebih dari 3 hari sekali. Semasa dah selesai rawatan – fasa follow up- balik semula kepada rutin ‘ prevention’ iaitu low calorie diet.

2.  Protein

Protein di dalam makanan ditukar menjadi asid amino di dalam badan. Amino acids adalah sumber utama untuk membina sel, tisu, otot dan memulihkan atau mengganti sel tisu baru di otot, darah , rambut, kuku dan lain2. Protein juga membentuk enzim, hormone dan menjadi ‘ transport atau carrier bagi bahan2 penting di dalam darah. Immune system juga dibina oleh pengambilan protein yang secukupnya dan akan terjejas jika kita cuma ambil diet greens saje. Ambil 10 product yg konon boleh boost immune system pun tak guna pasal takde bahan asas- building block iaitu protein! Jika kita tak mengambil karbohidrat, protein pula diguna oleh badan untuk mendapatkan tenaga. Sebab tu pesakit kanser boleh mendapat ‘ cancer cachexia” jika tidak mendapat pemakanan yang secukupnya. Kanser adalah parasites… mereka akan terus guna simpanan yang ada dalam badan untuk survive walaupun kita tak makan langsung. Sumber utama protein adalah dari haiwan seperti daging ikan, ayam, itik, susu, telur, seafood, cheese dan dari tumbuhan seperti legumes(kekacang, dal, kacang pea, nuts) dan seeds. Proses di dalam badan tidak membeza2kan sumber protein/amino acids. Tiada tag atau label – amino asid dari ayam kampong ke ayam Bandar ke, dari ikan darat ke ikan laut, ada bisa ke misai ke, dari udang galah ke -  badan akan proses jadi bahan asas dan diagihkan ke proses 2 badan yang memerlukannya….tiada proses badan yang berupaya kenalpasti amino asid itu berasal dari daging lembu dan seterusnya bagikan / feed them to cancer cells SAHAJA (preferential treatment). That’s auta.
Protein dari sumber susu bagus untuk pesakit dalam semua fasa – rawatan atau follow up cuma kuantiti berbeza atau keperluan berbeza. Macam contoh pesakit yang ada diabetes mungkin ambil  susu yg kurang gula.  Susu tidak aktifkan sel kanser. Itu adalah mitos dan karut. Bayi kecil yang mengidap kanser  dan tidak dapat menyusu badan takkan kita nak bagi hisap air kosong? They wont die of cancer but starvation. Pesakit yang guna NG tube for feeding perlu ambil susu. Tetapi jika tidak suka susu, ada lactose intolerance atau dapat diarrhea bila ambil susu – gantilah sumber protein yg lain.

3.  Lemak
Lemak tepu dihasilkan oleh produk haiwan seperti daging susu manakala lemak tidak tepu didapatkan dari minyak tumbuhan seperti minyak jagung. Lemak perlu dalam diet kerana ia penting untuk kesihatan rambut, kulit, menampan organ dalaman, untuk insulasi haba dan membantu penyerapan vitamin dan hormone. Cuma pengambilan lemak especially lemak tepu mestilah rendah, tidak lebih dari 10% kalori sehari, untuk mengelakkan cancer dan banyak lagi penyakit lain.

4.  Vitamin dan mineral.

Vitamin seperti vitamin A, B complex, C, D, E, and K membantu pengawalan reaksi kimia di dalam badan dan kita boleh mendapatnya dari diet kita. Mineral atau garam mineral adalah komponen yang terdapat dalam diet yang penting untuk fungsi tubuh. Contoh, kalsium, magnesium diperlukan untuk tulang manakala iron ( zat besi) perlu sel darah merah yang transport oksigen dalam badan.
Vitamin dan mineral BUKAN sumber tenaga ( energy) kerana ia tiada kalori…jadi tidak tepat jika kita claim yang kita rasa energetic selepas makan pil vitamin atau ambik mineral…. Vitamin juga tidak diperlukan berlebihan, cukuplah apa yang ada dalam diet kita… takperlu ambik “ supplement vitamin”. Kajian terbaru menunjukkan yg pengambilan vitamin tak membantu tahap kesihatan, malah ada kemungkinan mengancam kesihatan jika berlebihan. https://www.theguardian.com/society/2015/apr/21/vitamin-supplements-increase-risk-cancer-heart-disease-research.

5.  Air

Air nutrient yang sangat penting untuk fungsi badan dan 60-70% komposisi badan terdiri dari air. Air mengawal suhu badan, bawa masuk dan keluar nutrient atau bahan kumuh dll. Tanpa air badan tak berfungsi. 7-8 gelas air diperlukan seharian dalam bentuk air kosong , air zam2, air susu, jus, sup, tomyam dan buah2an yang kaya kandungan air ( bukan air kosong sahaja).

kanser dan pemakanan siri 1

Pada beberapa minggu yang lepas terdapat beberapa pertanyaan komen nasihat atau artikel yang dikongsikan mengenai nutrisi atau pemakanan bagi pesakit kanser yang saya sempat baca di dalam group “cancer survivors”.
Tidak dinafikan yang pesakit kanser dan isu pemakanan ini
tidak dapat dipisahkan. Makan untuk hidup. Sudah hidup mesti makan, tak begitu?
Saya bercadang untuk  mulakan a series of writings on topik pemakanan tetapi sebelum itu  saya ingin mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada semua pesakit, keluarga pesakit kanser di dalam group ini. Kesemua tuan puan are “stars” and all of us doctor  dan allied healthcare staff di dalam group ini juga  banyak belajar dari suka duka dan pengalaman tuan dan puan selepas mendapat kanser. Selain itu maaf jika tulisan saya di dalam BM tidak begitu baik ( memelayukan medical terms agak sukar dan mencabar).
Ibu bapa dan beberapa ahli keluarga terdekat  saya juga merupakan pesakit kanser dan saya berpengalaman merawat kanser sejak tahun 2000 sehingga sekarang.  Kanser adalah suatu topik yang bakal menyentuh hampir semua ahli keluarga pada masa akan datang dan kerana itulah kita perlu memahaminya dengan lebih jelas.  Banyak kekeliruan akan aspek kanser dan rawatan kanser pada abad ini berlaku kerana limpahan informasi dari internet yangt idak terkawal dan sindrom sukar membezakan fakta atau auta. Mitos dan fiksyen.
Saya minta juga tidak ditimbulkan elemen agama di dalam perbincangan. We discuss according to what are facts , medical facts dan saya faham bahawa semuanya terpulang kepada Allah SWT ( bagi yang berugama islam) dan divine intervention bg non muslim. Memang kita perlu berdoa dan berusaha tetapi efforts must be laced with knowledge. Courage. Acceptance and trust ( in your ability and your medical team’s ability) besides, critical thinking.

Sebelum bercakap mengenai diet later- kita perlu memahami beberapa perkara:
1. Apakah kanser?
Kanser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan sel badan yang telah berubah menjadi ‘malignant’(jahat, evil). Terdapat lebih dari 200 jenis kanser. Leukemia, lymphoma , myeloma adalah jenis kanser darah manakala kanser payudara, paru2, usus besar, prostate atau nasopharynx adalah “ solid tumours”. Kanser juga berlaku pada kanak- kanak. Jika kanser darah berlaku pada kanak2- ia dipanggil leukemia , lymphoma juga tapi kalau solid tumours pada kanak2 -ia berbeza dari kanser org dewasa - selalunya kanser solid tumour kanak2seperti retinoblastoma, neuroblastoma atau wilm’s tumour dan paediatric brain tumours.

2. Apakah sel? Apakah itu sel kanser?
Sel adalah unit asas tubuh badan kita. Terdapat berbillion sel dalam badan. Sel membentuk tisu, organ dan menjalankan fungsi masing2 secara berkumpulan. Jadi kita ada sel kulit, sel hati, sel buah pinggang, sel darah dll yang walau berbeza tetapi work together dalam satu sistem kompleks badan manusia. Pertumbuhan sel ( iaitu proses sel berganda menjadi 2 sel anak( daughter cells) adalah proses normal yang berlaku sepanjang hayat kita tetapi dikawal rapi oleh badan.  Kadar pertumbuhan sel idak berlebihan pada keadaan normal dan morfologi atau rupa sel tidak berubah. Perangainya juga tidak ganas dan patuh pada arahan tubuh badan atau otak kita. Tidak pandai berjalan ke tempat lain  ( invade/ spread) Kalau badan instruct dia utk self destroy ( apoptosis) , ia akan ikut.
Kadar pertumbuhan sel- sel ini berbeza mengikut jenis sel. Contoh sel darah putih dihasilkan oleh sum sum tulang pada setiap 5-7 hari manakala sel saraf tidak berganda sekerap itu, mungkin lebih seratus hari atau lebih, baru ia divide sekali. Jika kita terluka tercedera, mendapat jangkitan kuman, hilang darah atau menjalani pembedahan, sel2 badan akan digerakkan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengahalang jangkitan, menambahkan immune system, membekukan darah dan sebagainya dan proses pertumbuhan sel diberhentikan sebaik kita sembuh/pulih.

Kanser berlaku apabila satu atau sekumpulan sel bertukar menjadi sel kanser semasa proses pertumbuhan sel ( cell division). Perubahan ini melibatkan perubahan ( juga digelar mutasi atau mutation) pada ‘gene’ pada sel badan- dipanngil gene or genetic mutation. Gene adalah molekul kod pada sel yang mengawal tindak tanduk sel itu ( gene adalah kod yang kita inherit dari molekul DNA ibu dan bapa kita semasa persenyawaan berlaku. Contoh si polan inherit gene rupa melayu dari mak manakala muka indian dari bapak atau contoh lain- gene mata sepet, rambut kerinting, mata coklat dll. Sel ada gene yg specific untuk kawal pertumbuhan atau cell repair. Metabolisme. Atau survival sel.  Immune mechanism. Gene2 ini lah yang bila mutasi berlaku – kanser terjadi.

Jumlah mutasi pada sel sebelum terjadinya kanser adalah banyak. Maknanya kanser biasanya berlaku akibat pelbagai jenis mutasi, bukan satu. setelah beberapa mutasi  berlaku pada satu sel dan sel ini terus membiak- menambah bilangan sel2 yang tealh menjalani mutasi, proses pertumbuhan sel kanser naik mendadak  dan membentuk ketumbuhan atau tumour/barah. Proses penukaran sel normal kepada sel kanser ini memakan masa yang lama- berbulan, bertahun dan melibatkan berbagai faktor/proses yang mana setiap langkah yang terjadi itu berkait2 ( sequential process).  Walaubagaimanapun sebelum kanser tu terjadi- sebenarnya tubuh badan ada established  proses yang cuba selagi boleh untuk halang kanser dari berlaku. Contoh immune system kita yang akan identify sel kanser  sebagai ‘ foreign ( asing) dan akan mematikannya atau tubuh mengeluarkan signal utk sel yang asing ini melakukan  apoptosis ( self -suicide- matikan dirinya sendiri). Dari sinilah timbulnya statement : setiap orang ada sel kanser dalam badan ‘ yang sebenarnya macam betul tetapi tidak tepat. Sebenarnya proses mutasi berlaku sokmo tetapi jika system badan kita cekap- ia akan dapat arrest sequential process tadi supaya sel yang mula nak tukar jadi mutated tu tak jadi cancer.  Sebab itu juga kita disarankan untuk menjalani healthy lifestyle, tidak merokok, kena aktif dan exercise, makan makanan berkhasiat, tidak stress, tidur secukupnya  SEBELUM dapat cancer, it is for PREVENTION of cancer. badan yang sihat - akan memastikan sel kanser yang nak terbentuk tu terbantut.

sel kanser mempunyai 3 sifat utama iaitu – pertumbuhan yang cepat dan tidak terkawal, boleh melewati ( invade) tisu atau organ berhampiran dan akhir sekali berupaya menembusi salur darah dan limfa untuk merebak ke bahagian lain badan dan mampu hidup pada organ lain yang berlainan dari sel asal itu. Contoh sel kanser payudara boleh merebak dan membina koloni ( secondary deposit) di tulang atau hati. Ini di panggil metastasis. Ini yang dikatakan kanser payudara tahap 4 yang telah metastasis ke tulang. Bukan ada kanser payudara dan kanser tulang.adi apa2 ketumbuhan yang tidak ada 3 sifat di atas seperti keloid, cyst ketumbit, goiter, fibroadenoma, fibroid, tahi lalat giant atau raised tumour marker sahaja tanpa kesohihan ada kanser – ia kita panggil ‘benign conditions atau bukan kanser.                                              
Sel normal akan multiply jika perlu sahaja. Sel normal juga akan mati apabila tiba waktunya ( natural lifespan). Sel kanser pula boleh masih hidup dan seperti dapat elak dari mati. Sel kanser, walaupun merupakan sel tubuh badan kita sendiri- tiada fungsi nya malahan akan menyebabkan kerosakan pada organ dan fungsi badan kita dan terakhir sekali , kematian.Seolah-olah manusia mutasi jadi an evil hulk hogan dan hulk hogan ini membiak jadi banyak dan mula merosakkan manusia selain dia bebas merayau ke mana2 dan susah nak matikan dia. Hulk ni bila dibiarkan akan terus menerus mengalami mutasi dan berubah menjadi lebih ganas dan berbagai bentuk – ada transformer, pokemon , Godzilla dll selagi ia tidak dibendung. J

3. Mengapa kanser berlaku?
Kanser berlaku setelah mutasi berlaku pada sel.
Mutasi boleh berlaku atas factor keturunan atau persekitaran.
Faktor keturunan bermaksud mutasi pada gene berlaku ketika masih bayi menyebabkan inherited cancer ( kanser dari factor keturunan) Contoh gene BRCA 1 and 2. Gene ni mengawal penyembuhan sel jika mutasi berlaku( DNA repair process). Individu yang dilahirkan dengan mutasi pada gene BRCA mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser payudara dan ovary- setinggi 30-80%.
Contoh : Angelina Jolie.
The good news is ia tidak lazim ( uncommon), mungkin melibatkan kurang dari 15% dari semua pesakit kanser.

Faktor persekitaran bermaksud mutasi gene yang berlaku setelah individu dilahirkan ke dunia disebabkan environment , lifestyle, including poor diet. Ia berlaku kerana proses penuaan ( wear and tear), pencemaran, asap rokok, alcohol, chemical exposure, carcinogen, hormones, obesity, stress,  radiasi, jangkitan kuman, virus dan lain2. Ini adalah penyebab2 untuk majority pesakit kanser.
Tiada satu sebab untuk kanser. Faktor nya pelbagai. Proses nya berlaku lama – sepanjang umur kita hidup di muka bumi ini. Sebab itu di  borang insuran – di ruang pertanyan ‘ what is the cause of the cancer?’ we will write ‘unknown’ because almost always tiada one specific cause. Of course, Faktor yang terakhir adalah nasib. Luck. Tak semestinya ia adalah bad luck kerana ada banyak penyakit lain yang mungkin lebih teruk.

Jika anda telah baca my post sampai habis, saya jemput anda untuk senaraikan soalan2 bernas mengenai diet/ nutrition and cancer. I will pick t
he most common questions and write on them when i have time. agree? now lets start throwing the questions now

PIL PERANCANG MENYEBABKAN KANSER

PIL PERANCANG MENYEBABKAN KANSER ?

Sekarang ini sedang heboh berita pil perancang menyebabkan kanser serviks. Apabila media mengambil maklumat secara selektif dan menyiarkannya tanpa mendapatkan maklumbalas daripada pakar tentang kesan berita yang mereka siarkan, maka orang ramai jadi panik dan takut. Berita yang berat sebelah itu akan menyebabkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Saya dengar ramai wanita berhenti serta merta pil perancang apabila membaca berita ini. Saya akan cuba kupas isu ini daripada sudut yang lebih luas.

1. Apa-apa sahaja ubat dan kaedah rawatan ada baik dan buruknya. Doktor yang merawat akan membuat pertimbangan manfaat dan mudarat. Sesuatu tindakan akan disyorkan jika manfaatnya lebih daripada mudarat. Hatta dalam apa sahaja kehidupan kita, inilah prinsip yang kita gunakan utk melakukan sesuatu ataupun tidak melakukan sesuatu. Saya pernah menulis bahawa menarik nafas pun ada risiko tetapi utk hidup kita perlu lakukan juga.

2. Amalan merancang keluarga mempunyai banyak manfaat samada manfaat yang berkaitan dengan merancang keluarga ataupun manfaat yang tidak berkaitan dengan merancang keluarga kerana ubat pil perancang boleh digunakan untuk mencegah dan merawat banyak masalah kesihatan wanita.

3. Amalan merancang keluarga terutama pil perancang membawa manfaat menjarakkan kehamilan, menghalang kehamilan tidak dirancang (contoh: kes rogol, wanita yang menghidap penyakit serius) dan memberi manfaat kepada anak. Hasil daripada kaedah merancang keluarga, kadar kematian ibu dan anak dapat dikurangkan. Kehamilan yang tidak dirancang seringkali membawa masalah kepada ibu, anak dan keluarga. Pil perancang juga menurunkan kadar kejadian pengguguran haram dan juga masalah kehamilan remaja yang semakin membimbangkan.

4. Amalan pil perancang juga mempunyai banyak lagi manfaat iaitu mengurangkan masalah haid seperti senggugut, haid yang tidak tetap, haid yang banyak dan juga haid yang tidak teratur. Pil perancang boleh digunakan untuk merawat masalah hormon lelaki yang berlebihan, sindrom pramenstrual, mengurangkan kejadian sista ovari, mengurangkan gejala endometriosis, mengurangkan risiko jangkitan pelvis, mengurangkan risiko kandungan luar rahim, mengurangkan risiko fibroid, mengurangkan risiko rheumatoid arthritis, meningkatkan densiti tulang, mengurangkan gejala asma, menurunkan risiko prakanser Rahim dan beberapa lagi manfaat yang tidak berkaitan dengan merancang keluarga (“non-contraceptive benefits”. Pendek kata, pil perancang juga boleh digunakan sebagai ubat untuk mencegah dan merawat pelbagai masalah kesihatan wanita.

5. PIL PERANCANG DAN KANSER.

Mari kita lihat fakta mengenai pil perancang dengan risiko menghidap kanser. Memang terdapat kajian epidemiologi yang menunjukkan bahawa pengamal pil perancang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara dan kanser servik. Walau bagaimanapun kajian ini adalah kajian “observational” yang tidak boleh digunakan sebagai bukti yang kukuh. Perkara kedua adalah pil perancang bukan penyebab kanser tetapi faktor sampingan yang menaikkan risiko. Kanser serviks disebabkan oleh jangkitan virus HPV, manakala punca kanser payudara masih belum diketahui. Seseorang yang tidak terdedah kepada jangkitan virus HPV, contohnya  wanita yang belum berkahwin (belum melakukan hubungan kelamin), tidak mungkin akan menghidap kanser serviks walaupun mengambil pil perancang seumur hidupnya. Di samping itu pula risiko kanser payudara hanya dikaitkan dengan pil perancang jenis triphasic dan bukan daripada jenis yang sering digunakan oleh wanita kita. Peningkatan risiko kanser serviks hanyalah 7% ,manakala kanser payudara pula dalam lingkungan 24%. Peningkatan yang sebanyak ini sebenarnya adalah sangat rendah. Contohnya risiko kanser payudara di Malaysia adalah 23 bagi 100,000 orang, maka meningkat 24% bermaksud tambahan lebih kurang 6 kes iaitu daripada 23 kepada 29 kes bagi setiap 100,000 orang. Dengan perkataan lain hanya tambahan 6 kes untuk setiap 100,000 orang. Kadar peningkatan kanser serviks jauh lebih rendah dan memandangkan insiden kanser serviks lebih rendah daripada kanser payudara, maka peningkatan sebanyak 7% itu dianggap terlalu kecil. Kebanyakan kajian mengenai pil perancang ini hanya tertumpu kepada pil yang mengandungi dua hormon iaitu estrogen dan progesterone. Manakala pil yang mengandungi hanya progesterone sahaja seperti provera, noriday dan lain-lain tidak dikaitkan dengan risiko kanser.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kajian menunjukkan pengambilan pil perancang  MENURUNKAN RISIKO 3 jenis kanser iaitu KANSER RAHIM (ENDOMETRIUM), KANSER OVARI DAN KANSER USUS BESAR. Pengambilan pil perancang keluarga menurunkan risiko kanser Rahim sebanyak 30%, menurunkan risiko kanser ovary sebanyak 30-50% dan menurunkan risiko kanser usus besar sebanyak 15-20%. Manfaat mengurangkan risiko kanser ovary juga akan diperolehi oleh wanita-wanita yang mempunyai mutasi gene BRCA 1 / 2 yang dikaitkan dengan kanser keturunan. Manfaat pencegahan ini masih terus diperolehi walaupun wanita berkenaan berhenti mengambil pil. Kajian menunjukkan bahawa kesan manfaat menurunkan risiko 3 jenis kanser ini berterusan walaupun pil perancang tidak lagi diamalkan. Jangka masa manfaat itu (menurunkan risiko kanser Rahim, ovary dan usus besar) didapati lebih lama daripada yang dibawa oleh pemberhentian pil perancang untuk tujuan menurunkan risiko kanser payudara dan serviks.  Ini bermaksud manfaat menurunkan risiko kanser Rahim, ovari dan usus besar lebih besar daripada mudarat akibat kanser payudara dan serviks. Tambahan pula, kanser payudara dan kanser serviks diketahui mempunyai kaedah pencegahan dan saringan yang sangat berkesan. Sedangkan tidak ada kaedah pencegahan dan saringan yang berkesan untuk kanser ovari dan kanser rahim. Kanser ovari adalah di antara kanser wanita yang sangat sukar dikesan pada peringkat awal dan sukar diubati, begitu juga dengan kanser usus besar.

KESIMPULAN

Berpandukan kepada fakta-fakta di atas, jelas bahawa pengambilan pil perancang mempunyai sangat banyak manfaat berbanding dengan mudarat jika sekiranya diamalkan oleh wanita yang telah disyorkan. Sebenarnya pil perancang mengurangkan risiko 3 jenis kanser (ovari, rahim dan usus besar). Hasil kajian berkenaan dengan pil perancang dan risiko kanser serviks serta payudara tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menolak pengambilan pil perancang kerana hubungannya yang lemah dan hanya dikaitkan dengan jenis pil yang tidak digunakan pada hari ini. Tambahan pula kanser ovari yang boleh dicegah oleh pil perancang lebih sukar dikesan, lebih sukar dirawat dan mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi berbanding dengan kanser serviks dan payudara. Perhatikan betapa banyak manfaat yang bakal anda perolehi. Walau bagaimanapun memandangkan terdapat golongan yang tidak sesuai mengambil pil perancang, semua wanita yang berhajat untuk mengambilnya perlu mendapat nasihat doktor. Jangan risau jika doktor mengesyorkan anda mengambil pil perancang sebagai kaedah merancang keluarga kerana doktor tersebut tentu telah membuat pertimbangan yang tepat. Amalan mengambil pil perancang dan menghadiri lawatan susulan memberi peluang kepada anda untuk melakukan saringan kesihatan termasuk saringan kanser dengan lebih konsisten. 

DATO’ DR.MOHD RUSHDAN MD NOOR
Pakar Perunding Kanan O&G
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi

RUJUKAN

Schindler AE. Non contraceptive benefits of Oral hormonal Contraceptives. Int J Endocrinol Metab, 2013, 11(1):41-47

Burkman R, Schlesselman JJ, Zieman M. Safety concerns and health benefits associated with oral contraception. American Journal of Obstetrics and Gynecology 2004; 190(4 Suppl):S5–22

Bassuk SS, Manson JE. Oral contraceptives and menopausal hormone therapy: relative and attributable risks of cardiovascular disease, cancer, and other health outcomes. Annals of Epidemiology 2015; 25(3):193-200

Wentzensen N, Berrington de Gonzalez A. The Pill's gestation: from birth control to cancer prevention. Lancet Oncology 2015; 16(9):1004-6.

Hunter DJ, Colditz GA, Hankinson SE, et al. Oral contraceptive use and breast cancer: a prospective study of young women. Cancer Epidemiology Biomarkers and Prevention 2010; 19(10):2496–2502

Bhupathiraju SN, Grodstein F, Stampfer MJ, et al. Exogenous hormone use: Oral contraceptives, postmenopausal hormone therapy, and health outcomes in the Nurses' Health Study. American Journal of Public Health 2016; 106(9):1631-1637

Smith JS, Green J, Berrington de Gonzalez A, et al. Cervical cancer and use of hormonal contraceptives: a systematic review. Lancet 2003; 361(9364):1159-1167

IARC Working Group on the Evaluation of Carcinogenic Risks to Humans. Pharmaceuticals. Combined estrogen-progestogen contraceptivesExit Disclaimer. IARC Monographs on the Evaluation of Carcinogenic Risks to Humans 2012; 100A:283-311

Havrilesky LJ, Moorman PG, Lowery WJ, et al. Oral contraceptive pills as primary prevention for ovarian cancer: a systematic review and meta-analysis. Obstetrics and Gynecology 2013; 122(1):139-147

Wentzensen N, Poole EM, Trabert B, et al. Ovarian cancer risk factors by histologic subtype: An analysis from the Ovarian Cancer Cohort Consortium. Journal of Clinical Oncology 2016; 34(24):2888-2898

Friebel TM, Domchek SM, Rebbeck TR. Modifiers of cancer risk in BRCA1 and BRCA2 mutation carriers: systematic review and meta-analysis. Journal of the National Cancer Institute 2014; 106(6):dju091.

Selasa, 11 September 2018

Asyura dan Kebangkitan Imam Hussain

ULASAN BUKU: Asyura dan Kebangkitan Imam Hussain (Menjawab Fitnah dan Tuduhan) – Ali Ashghar Ridhwani

.

Sudah beberapa minggu saya diminta mengulas buku ini, dan saya memilih awal Muharram sesuai dengan peristiwa Karbala dan pembunuhan Imam Hussain. Muharram membawa mesej; “Setiap hari adalah asyura, setiap tanah adalah Karbala”

.

Dalam khutbah terakhir di Ghadir Khum, yang dikenali sebagai hadis tsqalain, riwayat mutawatir dari Rasulullah saw bersabda, “Sungguh, aku tinggalkan kepada kalian dua hal berat (ats-tsaqalain): kitabullah dan keluargaku (ahlulbaitku), yang keduanya tidak akan pernah terpisah hingga bertemu di telaga [Al-Kautsar pada Hari Pengadilan].” [Sahih Muslim dan lain-lain]

.

Di setiap Muharram dua peristiwa besar telah berlaku iaitu Hijrah dan Asyura. Hijrah adalah awal kebangkitan Islam di mana umat Islam sebelumnya berada dalam penindasan, ketakutan, dan pengusiran. Di Maal Hijrah hampir semua Islam di Malaysia mengetahui sejarah, setidaknya sedikit sewaktu di sekolah. Namun peristiwa Asyura tidak begitu diketahui orang, selain beramai-ramai mengaduk bubur asyura. Hari inilah terbantainya kebenaran dan kemanusiaan, terbunuhnya pengawal risalah Ilahiah Imam Hussain as, yang juga disebut tragedi Karbala di tanggal 10 Muharram, 61 Hijrah. Di bumi Karbala inilah cucu Rasulullah saw, dibantai secara keji bersama ahli keluarganya serta 72 orang sahabat yang kesemuanya syahid dipenggal kepalanya oleh arahan penguasa zalim Yazid bin Muawiyah.

.

Tragedi ini ramai berusaha mengaburkannya dan ditutupi dari perjalanan sejarah, khususnya kepada orang-orang yang tidak sanggup menerima kenyataan.

Beberapa ulama suu’ membela Yazid yang kejam itu. Mereka mengarang tulisan yang memuji Yazid seolah pengkhianatannya tiada dalam lipatan sejarah. Buku ini menjawab detail dan ilmiah atas dakwaan pujian terhadap Yazid.

.

1. Tahun pertama pemerintahan (61H) Yazid mengarahkan memerangi saidina Hussain dan keluarganya

2. Tahun ketiga telah berlaku peristiwa “hurrah” di Madinah. Dia mengarah menyerang penduduk Madinah, membunuh lelaki, anak-anak mereka, merosakkan harta benda dan wanita-wanita.

3. Tahun ketiga juga pada 3 Rabiul Awal dia mengarahkan mengepung Baitullah dan meruntuhkan Kaabah menggunakan manjanik. Manjanik adalah meriam pelontar batu pada zaman itu.

.

Yazid meninggal ketika dalam keadaan mabuk. Kesukaannya kepada arak menyebabkannya sakit di bahagian hati.  Ketika mabuk, dia tersungkur menyebabkan kepalanya terhantuk, jatuh dan mati. Ketika itu tenteranya sedang mengepung Kaabah dan  apabila menerima berita kematian Yazid, akhirnya tentera Bani Umayyah menghentikan kepungan tersebut.

Imam Ahmad meriwayatkan Nabi bersabda: “Barangsiapa yang menyebarkan kezaliman dan menakutkan penduduk Madinah, maka laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia ke atas orang tersebut.” [Musnad Ahmad bin Hanbal seperti diriwayat oleh Imam Ibn Kathir dalam Al Bidayah Wal Nihayah Jilid 8 halaman 274]

Ibnu Katsir menulis, “Yazid adalah orang yang tidak mampu mengalahkan hawa nafsu dan mengawalnya. Ia mengadakan perjumpaan-perjumpaan maksiat dengan penuh gembira dan menghindar untuk melaksanakan kewajiban terpenting Tuhan iaitu solat, dan ia termasuk dari orang-orang yang meninggalkan solat … sesungguhnya Yazid adalah pemimpin orang fasik dan kafir dan patut untuk dilaknat.”

Az-Zahabi menulis, “Yazid adalah Nasibi (musuh Ahlul Bait as) ekstrim dan orang yang mudah marah, di mana ia memiliki akhlak seperti binatang. Ia meminum khamar dan tidak pernah berpaling dari maksiat dan kemungkaran. Pemerintahannya dimulai dengan pembunuhan terhadap Hussain dan diakhiri dengan menghancur Kaabah.”

Ulama Ahlussunnah seperti Ibnu Jauzi, Suyuti, Ibn Hazm, Sheikh Mohammad Abduh dan Ahmad bin Hambal dan lain-lain menilai Yazid bin Muawiyah sebagai orang yang kafir dan fasik kerana telah membunuh Imam Hussain as. Para ulama tersebut membolehkan untuk melaknat Yazid.

Untuk selebihnya dapatkan penerangan detail buku ini.

::

Harga RM65 termasuk pos – RM75 Sabah/Sarawak.

ISTERI, ANGGAPLAH SUAMIMU SEBAGAI GURU BIARPUN....

ISTERI, ANGGAPLAH SUAMIMU SEBAGAI GURU BIARPUN....

Isteri yang baik,  bila suami menyumpahinya,  ia berusaha memperbaiki dirinya bukan berdendam.

Menyumpah itu dalam  situasi pelbagai... Mungkin dengan  teguran,  marah2  hatta sehingga tahap menyumpah pun,  isteri solehah tetap menahan dirinya dari melawan suami atau melakukan suatu tindakan yang boleh menyebabkan terjadinya derhaka...

Bahkan cuba belajar  dari kesilapan dan menganggap semua kata2 suami sebagai panduan dan pengajaran.

InshaAllah bila hal ini kita ambil perhatian , hati kita akan lembut dan jiwa akan tenang..

Mula2 memang  sakit... Sakit hati.. Tapi sakit dan pahit itulah ubat jiwa kita.

Jiwa isteri yang lasak dengan ujian dan tekanan tetapi di suburkan dengan sangka baik dan menganggap suami adalah guru dan pembimbing sepanjang hayatnya akan melahirkan sesusuk tubuh yang berwatak tenang dan wajah yang sentiasa manis dengan senyuman.. Malah sentiasa bercahaya sewaktu bersama suami dan keluarganya.

#MuzakarahMuhimmah2
1 hijrah 1440
11 september 2018

salam muharram

Salam Tahun Baru 1 Muharam 1440H. Antara peristiwa terpenting berlaku di bulan Muharam ialah cucu kesayangan Rasulullah, pemuka syurga Imam Hussain as yang di setiap tahiyat kita bersolawat untuknya, yang di akhirat kelak kita memohon syafaat dari datuknya, telah dibunuh oleh tentera Yazid bin Muawiyah dengan kejam.

:::

RISALAH KEPADA HUSSAIN

Hatiku mengeluh, kerana hati manusia sedang merana
kantuk tak jua datang, susah tidur membuatku pening
wahai, siapa yang akan menyampaikan
pesanku kepada Al-Hussain?
yang dibantai, meski tak berdosa.

Bajunya seakan-akan dicelup basah
dengan warna merah
kini hatta pedang pun meratap
dan tombak menjerit
dan kuda yang kelmarin meringkik
kini meratap.

Bumi bergempa
kerana keluarga Muhammad
demi mereka, gunung-gunung yang kukuh
nescaya akan meleleh
segala di langit rontok
bintang-bintang gementar.

Wahai cadur-cadur dirobek
demikian juga hati
orang yang bershalawat untuknya
yang diutus dari kalangan Bani Hasyim
juga memerangi anak cucunya.

Duhai alangkah anehnya
jika aku dianggap berdosa
kerana cinta kepada keluarga Muhammad
maka aku tidak akan bertaubat
dari dosaku itu.

- Imam Syafie ra [Kitab Diwan Al-Imam As Syafie ra, at-Thab’ah Daarul-Kitab al-’Arabiyyi, Beirut, Syair ke 15, halaman: 48]

‎اللَّهُمَّے صَلِّے عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِے مُحَمَّدٍ

imam mahdi telah muncul?

DIKISAHKAN : IMAM MAHDI LAHIR PADA TAHUN 1981 DAN KINI DAH BERUSIA 37 TAHUN...

Tanda-Tanda Imam Mahdi Telah Muncul

Hadis tentang kelahiran dan kemunculan Imam mahdi ;

Ummu Salamah ra, berkata: Adalah Nabi SAW, bersabda: “Imam Mahdi itu dari keluargaku dari keturunan anak Fatimah” (Sunan Abu Dawud Kitab Al-Fitan wal-Malahim. Bab Dzikru al-Mahdi, Ibn Majah, Al Hakim dan At Thabra)

Abu Sai’id al-Khudriy ra, berkata: Adalah Nabi SAW, bersabda:”Imam Mahdi dari keluargaku, lebar dahinya, mancung hidung-nya, pada masanya dunia penuh keadilan dan kedamaian serta kejujuran, sebagaimana sebelumnya penuh dengan kezaliman dan kemaksiatan, ia akan menjadi khalifah dimuka bumi selama tujuh tahun” (HR. Abu Dawud, Kitab al-Fitan wal-Malahim. Bab Dzikru al- Mahdiy )

Tanda-tanda yang sudah terjadi tentang kemunculan Imam Mahdi

1. Gerhana matahari dan bulan (1981 dan 1982)

“Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan berlaku secara berturut-turut 2 gerhana pada bulan Ramadhan..” (Ibn Hajar Al haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi ‘alamat Al mahdi Al Muntazar)

“Akan ada dua gerhana matahari di bulan Ramadhan sebelum kedatangan Al Mahdi.” (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi)

“Telah sampai kepadaku bahwa sebelum Al Mahdi datang, bulan akan gerhana dua kali di bulan Ramadhan.” (Diriwayatkan oleh by Abu Nu’aym dalam al-Fitan)

“Gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan dan gerhana bulan di akhirnya.” (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 37)

Jika kita melihat dari dalil-dalil di atas maka sadarilah bahwasanya tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi ini sudah terjadi. Yaaaa, gerhana bulan dan matahari pernah dicatatkan terjadi pada bulan Ramadhan pada tahun 1981 dan 1982.

2. Bintang berekor atau komet (1986)

“Sebelum kemunculan Imam Mahdi, sebutir bintang berekor akan muncul dari arah timur.” (Ibn Hajar Al Haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi ‘alamat Al Mahdi Al Muntazzar)

“Munculnya bintang itu akan terjadi setelah gerhana matahari dan bulan.” (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 32)

Jika kita melihat kepada dalil-dalil di atas, Nabi pernah mengatakan bahawa antara tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi itu ialah munculnya bintang berekor(komet). Yaaaa, bintang berekor atau komet ini pernah tercatat melintasi bumi pada tahun 1986. Komet ini merupakan sebuah bintang terang bersinar yang melintas dari Timur ke Barat. Ini terjadi setelah gerhana matahari dan bulan pada tahun 1981 dan 1982.

3. Perang di bulan Syawal.

“Akan ada huru hara di bulan Syawal (bulan kesepuluh dalam kalender Hijriyah), pembicaraan tentang perang di bulan Dzulqae’dah (bulan kesebelas dalam kalender Hijriyah) dan pecahnya perang di bulan Dzulhijjah (bulan kedua belas). “(Allamah Muhaqqiq Ash-Sharif Muhammad ibn ‘Abd al-Rasul, Al-Isaatu li Asrat’is-saat, hal. 166)

Tiga bulan yang dimaksudkan dalam hadits ini kebetulan bertepatan dengan bulan-bulan berkecamuknya Perang Iran-Iraq. Pemberontakan(huru hara) pertama atas Iran berlangsung pada 5 Syawal 1398 (8 September 1976), seperti yang ditunjukkan oleh hadits ini, dan perang meletus antara Iran dan Iraq pada bulan Dzulhijjah 1400 (Oktober 1980).

Bila kita melihat kepada dalil-dalil di atas, coba kita perhatikan satu persatu bahawa semua tanda-tanda itu terjadi dalam jarak tahun yang dekat. Berawal dari tahun 1976 ketika huru hara pertama pemberontakan atas Raja Iran yaitu Shah Iran Pahlevi (jatuh pada tahun 1979) pada bulan Syawal. Dan peperangan Iran-Iraq pada tahun 1980 pada bulan Dzulhijjah. Setelah itu terjadi 2 gerhana dalam bulan Ramadhan pada tahun 1981-1982 (2 tahun berturut-turut). Dan yang akhirnya berlaku pula lintasan bintang berekor(komet halley) mendekati bumi dari arah timur ke barat pada tahun 1986.

Apakah Imam Mahdi Telah Lahir?

Tanda-tanda yang Nabi kabarkan ini benar-benar telah terjadi. Sekitar dari tahun 1976 hingga tahun 1986. Jika berdasar kepada hadis-hadis Nabi tadi maka Imam Mahdi akan muncul ketika telah terjadi tanda-tanda tersebut. Adakah hal-hal ini berarti beliau telah menampakkan diri di dunia ini?? Jika demikian, di mana Imam Mahdi sekarang?

Hadis tentang kemunculan Imam Mahdi itu bahasa kiasan yang bisa kita andaikan bahwa beliau telah hadir dalam artian telah lahir. Bukan telah muncul keberadaannya. Kemungkinan Imam Mahdi telah lahir (hadir di dunia ini) pada tahun 1981 atau 1982 ketika terjadiya 2 gerhana dalam 1 bulan (Ramadhan) dulu.

Jika Imam Mahdi telah dilahirkan pada tahun 1981 maka umur Imam Mahdi sekarang sekitar 33 tahun (perkiraan). Diceritakan bahwa Imam Mahdi akan menampakkankan dirinya ketika berumur 40 tahun (kemungkinan). Seperti Nabi Muhammad yang diangkat menjadi nabi dan rasul pada umur 40 tahun.

“Akan dibaiat seorang laki-laki antara makam Ibrahim dengan sudut Ka’bah.” (HR. Ahmad, Abu Dawud)

Jika ketika umur 40 tahun Imam Mahdi mulai menampakkan dirinya dan memimpin dunia ini. Jika umur kepemimpinan beliau yang 40 tahun dikurangi 33 tahun umurnya sekarang maka diperkirakan 7 tahun lagi Imam Mahdi akan memimpin. Secara perhitungan kasar ini kemungkinan Imam Mahdi akan muncul dengan cara di bai’at oleh sekitar 313 orang di samping Ka’bah.

Imam Mahdi akan menghentikan kekacauan dunia

Seperti yang sudah diketahui bahwa munculnya (kehadiran) Imam Mahdi ini terjadi disaat dunia ini berada dalam huru hara, kacau bilau, peperangan dan pembunuhan dimana-mana. Maka munculnya Imam Mahdi ketika itu untuk mengamankan dunia kembali dalam pemerintahannya yang adil. Rasulullah bersabda;

“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahlul bait ku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR abu Dawud 9435)

“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara-manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)

Perhatikan dan amati baik-baik setiap kejadian yang terjadi ahir-ahir ini. Berawal dari tahun ini (2014) untuk ke tahun 2021 (+71 tahun). Selama 7 tahun kedepan diperkirakan akan terjadinya perang dunia ke 3. Peperangan yang akan mematikan begitu banyak nyawa manusia. Pembunuhan di sana sini. Dunia menjadi huru hara. Tak pernah terjadi lagi dalam sejarah manusia kekacauan yang seperti itu lagi nanti. Ketika dunia berada dalam kekacauan itu selama 7 tahun kedepan, maka disaat itulah Allah izinkan Imam Mahdi menampakkan diri untuk memimpin manusia dan memerintah dunia ini dengan keadilan dan keamanan.

Pada waktu Imam Mahdi muncul, dunia dalam kondisi kacau. Kemaksiatan merajalela, perang antara negara melanda dunia. Perang saudara menjalar, perang antara kelompok, suku, etnik, golongan, organisasi dan aliran terjadi di mana-mana. Penguasa menindas, menginjak, memeras dan merampas hak rakyatnya. Coba lihat kembali dari keterangan hadis di atas.

Perang Dunia ke 3

Ketika terjadinya perang dunia ke 3 itu, bom nuklir akan diledakkan. Menyebabkan Radioaktif bertebaran di seluruh dunia (membunuh begitu banyak umat manusia). Radioaktif bumi akan terganggu dan sistem teknologi listrik tidak mampu untuk berfungsi lagi. Maka menyebabkan sistem teknologi elektronik (Pesawat Tempur, Tank dan senjata-senjata canggih) tidak mampu berfungsi lagi. Dunia kembali seperti zaman dahulu. Dimana berperang dengan menggunakan senjata-senjata kuno seperti pedang, anak panah, pasukan berkuda dan sebagainya. Mustahilkah jika dunia akan berperang seperti zaman dahulu?? Tidak mustahil. Semua ini bisa terjadi dengan Kehendak Allah.

Sayyidina Ali Ra berkata;

“Sebelum munculnya al-Mahdi, pasukan berkuda as-Sufyani akan menyerang Kufah. Penduduk Khurasan pula (sibuk) keluar mencari al-Mahdi. Kemudian penduduk Khurasan itu bertemu dengan pasukan al-Hasyimi (yang berada) di tengah-tengah Panji-panji Hitam, di bawah pimpinan Syuaib bin Saleh. Penduduk Khurasan (yang dipimpin oleh at-Tamimi dan al-Hasyimi) berpapasan dengan pasukan as-Sufyani di kawasan yang berbatu dan terus terjadi pertempuran yang sengit. Dalam pertempuran itu, yang unggul adalah pasukan yang membawa Panji-panji Hitam, manakala pasukan as-Sufyani melarikan diri. Ketika itulah umat manusia (sangat-sangat) berharap agar dapat menemui al-Mahdi, dan mereka terus mencarinya.”

Khurasan = Tanah Matahari Terbit atau disebut juga sebagai Land Where The Sun Rises atau The Eastern Land, dan wilayahnya membentang dari Negara Iran, Afghanistan, Pakistan, Tajikistan, Uzbekistan dan Turkmenistan. (Khorasan dalam bahasa Persia artinya: Khor (berarti Matahari) dan asan (atau ayan artinya datang, akan datang) jadi artinya : “Tanah dimana Matahari Terbit” – Red)

Dari Ibnu Mas’ud RA, sabda Nabi SAW,

“Kemudian Urwah bin Muhammad as-Sufyani menghantar sepasukan tentara berkudanya ke Kufah seramai 15,000 orang, kemudian mengutus pasukan tentara yang lain seramai 15,000 orang juga, yang berkendaraan, menuju ke Makkah dan Madinah untuk memerangi al-Mahdi dan para pengikutnya. Maka pasukan tentara yang pertama tadi sampai ke Kufah, berhasil menaklukkan kota itu, lalu memusnahkan apa saja, dari kaum perempuan dan anak-anaknya, di samping membunuh setiap lelaki, merampas segala harta-benda yang ada lalu pulang semula (kepada as-Sufyani). Maka (pada ketika itu juga) datanglah suatu kaum yang gagah berani (sihat) dari arah Timur, yang mana mereka itu mengikut Amir min Umarak dari (keturunan) Bani Tamim yang dikatakan dia itu (adalah) Syuaib bin Saleh. Maka dia datang menyelamatkan setiap yang ada daripada tawanan mereka (wanita dan anak-anak tadi) lalu (segera) bertolak pula ke Kufah. Pasukan tentera yang kedua pula, sampai ke kota Madinah Rasul SAW, lalu memerangi dan memusnahkannya selama tiga hari..”

Coba lihat pada perkataan yang bergaris hitam itu. Pasukan berkuda… Maknanya akan menunggang kuda. Akankah zaman itu masih berperang menaiki kuda ?? Sebab itulah teori yang mengatakan bahawa gangguan kekuatan listrik di bumi akan terganggu dan manusia akan kembali berperang menggunakan cara lama.. Wallahu a’lam.

Namun bisa pula berati kuda yang dimaksud disini adalah kuda besi. Kuda pada jaman dahulu digunakan sebagai kendaraan. Jadi yang dimaksud dengan tentara berkuda pada hadis di atas adalah tentara angkatan darat modern.

Ciri-ciri Imam Mahdi

Ini hanyalah teori berdasarkan hadis Nabi Muhammad. Hakikatnya kita tak tahu kapankah tahun kemunculan Imam Mahdi. Postingan ini dikutip bukan untuk dipercayai 100%. Tapi sebagai persiapan awal untuk kita menghadapi zaman itu nanti. Bertaubat lah segera mungkin. Mudah-mudahan Allah menjadikan kita ini termasuk di dalam Tentara/Pasukan Imam Mahdi. Berhati-hatilah, Fitnah Dajjal sungguh dahsyat…

Satu hal yang harus diyakini pembaca sekalian, bahwa Imam Mahdi tidak akan pernah memproklamirkan dirinya sebagai Imam Mahdi. Jika ada seseorang yang mengaku-ngaku sebagai Imam Mahdi, 100% itu adalah kebohongan yang akan menyesatkan. Berawal dari 2015 ini nantikan saja huru-hara didunia akan semakin carut marut. Apakah itu perang dunia, bencana atau yang lainnya hanya Allah yang Maha Tahu. Puncaknya 2018 dunia akan semakin kacau dan yang namanya negara Amerika Serikat akan terhapus dari peta dunia.

Imam Mahdi tidak akan turun sebelum kita mengalami masa yang sulit-sesulitnya. Allah akan menguji sampai titik penghabisan iman kita. Kebanyakan umat tertipu pada awal kemunculan Imam Mahdi. Sebagian besar akan menolak dan enggan berbai’at karena tipisnya iman di dalam dada. Bahkan tidak sedikit yang memusuhi seorang Imam Mahdi walupun sebelumnya sangat menanti kehadirannya. Penduduk Kota Mekkah dan Madinah pun tidak luput diuji, dengan gempa bumi dengan sangat-sangat dahsyat untuk mengeluarkan kaum munafik dari kota suci. Jadi pengikut Imam Mahdi nanti hanya sedikit tetapi dengan kualitas iman yang telah teruji.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (QS Al-Ankabut: 2-3)

Oleh sebab itu, berawal dari sekarang (2015), kita hendaknya bersiap diri untuk menghadapi semua ini. Pengikut Imam Mahdi bukanlah orang sembarangan, memohonlah kepada Allah agar kita semua dijadikan sebagai pengikutnya Imam akhir jaman.

Tahun 2021disini bukanlah patokan. Cuma sebagai peringatan kita semua bahwa kita telah berada di akhir zaman. Mulai sekarang jangan main-main dengan sisa waktu yang tinggal sedikit ini...WASSALAM...

Hanya Allah yang tahu hakikat sebenarnya…

             WALLAHHUALAM...
(Sekadar penceritaan info bacaan)

MARA TEGUH MELAYU AKHIR ZAMAN

Sumber : Alam&manusia       
By : Walinongsari

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post