Pada beberapa minggu yang lepas terdapat beberapa pertanyaan komen nasihat atau artikel yang dikongsikan mengenai nutrisi atau pemakanan bagi pesakit kanser yang saya sempat baca di dalam group “cancer survivors”.
Tidak dinafikan yang pesakit kanser dan isu pemakanan ini
tidak dapat dipisahkan. Makan untuk hidup. Sudah hidup mesti makan, tak begitu?
Saya bercadang untuk mulakan a series of writings on topik pemakanan tetapi sebelum itu saya ingin mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada semua pesakit, keluarga pesakit kanser di dalam group ini. Kesemua tuan puan are “stars” and all of us doctor dan allied healthcare staff di dalam group ini juga banyak belajar dari suka duka dan pengalaman tuan dan puan selepas mendapat kanser. Selain itu maaf jika tulisan saya di dalam BM tidak begitu baik ( memelayukan medical terms agak sukar dan mencabar).
Ibu bapa dan beberapa ahli keluarga terdekat saya juga merupakan pesakit kanser dan saya berpengalaman merawat kanser sejak tahun 2000 sehingga sekarang. Kanser adalah suatu topik yang bakal menyentuh hampir semua ahli keluarga pada masa akan datang dan kerana itulah kita perlu memahaminya dengan lebih jelas. Banyak kekeliruan akan aspek kanser dan rawatan kanser pada abad ini berlaku kerana limpahan informasi dari internet yangt idak terkawal dan sindrom sukar membezakan fakta atau auta. Mitos dan fiksyen.
Saya minta juga tidak ditimbulkan elemen agama di dalam perbincangan. We discuss according to what are facts , medical facts dan saya faham bahawa semuanya terpulang kepada Allah SWT ( bagi yang berugama islam) dan divine intervention bg non muslim. Memang kita perlu berdoa dan berusaha tetapi efforts must be laced with knowledge. Courage. Acceptance and trust ( in your ability and your medical team’s ability) besides, critical thinking.
Sebelum bercakap mengenai diet later- kita perlu memahami beberapa perkara:
1. Apakah kanser?
Kanser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan sel badan yang telah berubah menjadi ‘malignant’(jahat, evil). Terdapat lebih dari 200 jenis kanser. Leukemia, lymphoma , myeloma adalah jenis kanser darah manakala kanser payudara, paru2, usus besar, prostate atau nasopharynx adalah “ solid tumours”. Kanser juga berlaku pada kanak- kanak. Jika kanser darah berlaku pada kanak2- ia dipanggil leukemia , lymphoma juga tapi kalau solid tumours pada kanak2 -ia berbeza dari kanser org dewasa - selalunya kanser solid tumour kanak2seperti retinoblastoma, neuroblastoma atau wilm’s tumour dan paediatric brain tumours.
2. Apakah sel? Apakah itu sel kanser?
Sel adalah unit asas tubuh badan kita. Terdapat berbillion sel dalam badan. Sel membentuk tisu, organ dan menjalankan fungsi masing2 secara berkumpulan. Jadi kita ada sel kulit, sel hati, sel buah pinggang, sel darah dll yang walau berbeza tetapi work together dalam satu sistem kompleks badan manusia. Pertumbuhan sel ( iaitu proses sel berganda menjadi 2 sel anak( daughter cells) adalah proses normal yang berlaku sepanjang hayat kita tetapi dikawal rapi oleh badan. Kadar pertumbuhan sel idak berlebihan pada keadaan normal dan morfologi atau rupa sel tidak berubah. Perangainya juga tidak ganas dan patuh pada arahan tubuh badan atau otak kita. Tidak pandai berjalan ke tempat lain ( invade/ spread) Kalau badan instruct dia utk self destroy ( apoptosis) , ia akan ikut.
Kadar pertumbuhan sel- sel ini berbeza mengikut jenis sel. Contoh sel darah putih dihasilkan oleh sum sum tulang pada setiap 5-7 hari manakala sel saraf tidak berganda sekerap itu, mungkin lebih seratus hari atau lebih, baru ia divide sekali. Jika kita terluka tercedera, mendapat jangkitan kuman, hilang darah atau menjalani pembedahan, sel2 badan akan digerakkan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengahalang jangkitan, menambahkan immune system, membekukan darah dan sebagainya dan proses pertumbuhan sel diberhentikan sebaik kita sembuh/pulih.
Kanser berlaku apabila satu atau sekumpulan sel bertukar menjadi sel kanser semasa proses pertumbuhan sel ( cell division). Perubahan ini melibatkan perubahan ( juga digelar mutasi atau mutation) pada ‘gene’ pada sel badan- dipanngil gene or genetic mutation. Gene adalah molekul kod pada sel yang mengawal tindak tanduk sel itu ( gene adalah kod yang kita inherit dari molekul DNA ibu dan bapa kita semasa persenyawaan berlaku. Contoh si polan inherit gene rupa melayu dari mak manakala muka indian dari bapak atau contoh lain- gene mata sepet, rambut kerinting, mata coklat dll. Sel ada gene yg specific untuk kawal pertumbuhan atau cell repair. Metabolisme. Atau survival sel. Immune mechanism. Gene2 ini lah yang bila mutasi berlaku – kanser terjadi.
Jumlah mutasi pada sel sebelum terjadinya kanser adalah banyak. Maknanya kanser biasanya berlaku akibat pelbagai jenis mutasi, bukan satu. setelah beberapa mutasi berlaku pada satu sel dan sel ini terus membiak- menambah bilangan sel2 yang tealh menjalani mutasi, proses pertumbuhan sel kanser naik mendadak dan membentuk ketumbuhan atau tumour/barah. Proses penukaran sel normal kepada sel kanser ini memakan masa yang lama- berbulan, bertahun dan melibatkan berbagai faktor/proses yang mana setiap langkah yang terjadi itu berkait2 ( sequential process). Walaubagaimanapun sebelum kanser tu terjadi- sebenarnya tubuh badan ada established proses yang cuba selagi boleh untuk halang kanser dari berlaku. Contoh immune system kita yang akan identify sel kanser sebagai ‘ foreign ( asing) dan akan mematikannya atau tubuh mengeluarkan signal utk sel yang asing ini melakukan apoptosis ( self -suicide- matikan dirinya sendiri). Dari sinilah timbulnya statement : setiap orang ada sel kanser dalam badan ‘ yang sebenarnya macam betul tetapi tidak tepat. Sebenarnya proses mutasi berlaku sokmo tetapi jika system badan kita cekap- ia akan dapat arrest sequential process tadi supaya sel yang mula nak tukar jadi mutated tu tak jadi cancer. Sebab itu juga kita disarankan untuk menjalani healthy lifestyle, tidak merokok, kena aktif dan exercise, makan makanan berkhasiat, tidak stress, tidur secukupnya SEBELUM dapat cancer, it is for PREVENTION of cancer. badan yang sihat - akan memastikan sel kanser yang nak terbentuk tu terbantut.
sel kanser mempunyai 3 sifat utama iaitu – pertumbuhan yang cepat dan tidak terkawal, boleh melewati ( invade) tisu atau organ berhampiran dan akhir sekali berupaya menembusi salur darah dan limfa untuk merebak ke bahagian lain badan dan mampu hidup pada organ lain yang berlainan dari sel asal itu. Contoh sel kanser payudara boleh merebak dan membina koloni ( secondary deposit) di tulang atau hati. Ini di panggil metastasis. Ini yang dikatakan kanser payudara tahap 4 yang telah metastasis ke tulang. Bukan ada kanser payudara dan kanser tulang.adi apa2 ketumbuhan yang tidak ada 3 sifat di atas seperti keloid, cyst ketumbit, goiter, fibroadenoma, fibroid, tahi lalat giant atau raised tumour marker sahaja tanpa kesohihan ada kanser – ia kita panggil ‘benign conditions atau bukan kanser.
Sel normal akan multiply jika perlu sahaja. Sel normal juga akan mati apabila tiba waktunya ( natural lifespan). Sel kanser pula boleh masih hidup dan seperti dapat elak dari mati. Sel kanser, walaupun merupakan sel tubuh badan kita sendiri- tiada fungsi nya malahan akan menyebabkan kerosakan pada organ dan fungsi badan kita dan terakhir sekali , kematian.Seolah-olah manusia mutasi jadi an evil hulk hogan dan hulk hogan ini membiak jadi banyak dan mula merosakkan manusia selain dia bebas merayau ke mana2 dan susah nak matikan dia. Hulk ni bila dibiarkan akan terus menerus mengalami mutasi dan berubah menjadi lebih ganas dan berbagai bentuk – ada transformer, pokemon , Godzilla dll selagi ia tidak dibendung. J
3. Mengapa kanser berlaku?
Kanser berlaku setelah mutasi berlaku pada sel.
Mutasi boleh berlaku atas factor keturunan atau persekitaran.
Faktor keturunan bermaksud mutasi pada gene berlaku ketika masih bayi menyebabkan inherited cancer ( kanser dari factor keturunan) Contoh gene BRCA 1 and 2. Gene ni mengawal penyembuhan sel jika mutasi berlaku( DNA repair process). Individu yang dilahirkan dengan mutasi pada gene BRCA mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser payudara dan ovary- setinggi 30-80%.
Contoh : Angelina Jolie.
The good news is ia tidak lazim ( uncommon), mungkin melibatkan kurang dari 15% dari semua pesakit kanser.
Faktor persekitaran bermaksud mutasi gene yang berlaku setelah individu dilahirkan ke dunia disebabkan environment , lifestyle, including poor diet. Ia berlaku kerana proses penuaan ( wear and tear), pencemaran, asap rokok, alcohol, chemical exposure, carcinogen, hormones, obesity, stress, radiasi, jangkitan kuman, virus dan lain2. Ini adalah penyebab2 untuk majority pesakit kanser.
Tiada satu sebab untuk kanser. Faktor nya pelbagai. Proses nya berlaku lama – sepanjang umur kita hidup di muka bumi ini. Sebab itu di borang insuran – di ruang pertanyan ‘ what is the cause of the cancer?’ we will write ‘unknown’ because almost always tiada one specific cause. Of course, Faktor yang terakhir adalah nasib. Luck. Tak semestinya ia adalah bad luck kerana ada banyak penyakit lain yang mungkin lebih teruk.
Jika anda telah baca my post sampai habis, saya jemput anda untuk senaraikan soalan2 bernas mengenai diet/ nutrition and cancer. I will pick t
he most common questions and write on them when i have time. agree? now lets start throwing the questions now
Tiada ulasan:
Catat Ulasan