Diet dan Kanser
Tiada sesiapa yang mahu mendapat kanser. Selain mengekalkan berat badan optima, mengurangkan stres, ‘ keep physically active dan elak ‘sedentary lifestyle’ adakah diet yang boleh mengelak penyakit kanser? Perlu faham dahulu yang mengelak bermaksud menghalang, melambatkan, atau in medical term, cancer prevention. Ia boleh di applikasi oleh mereka yang tidak megidap kanser atau survivor yang telah menjalani rawatan kanser for cure, bagi mengelak kanser dari berulang ( prevention of cancer recurrence). Perbincangan didalam bab ini secara am tidak dapat di aplikasikan kepada pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan seperti major surgery, kimoterapi, dll ( pada semua cancer stage ) dan mereka yang ada kanser ‘advanced stage 4’ yang berada pada tahap kesihatan yang rendah atau jangkahayat yang tidak lama.
Saranan ini juga bukan merangkumi SEMUA jenis kanser kerana ada beberapa jenis kanser yang tidak berkaitan dengan makanan contohnya seperti kanser paru- paru, ovary, serviks dan pankreas.
Adakah mengelakkan kanser sama dengan ‘ melawan kanser”? Melawan kanser adalah khas untuk pesakit kanser sahaja ( tidak termasuk pesakit yang tiada kanser tetapi diberitahu mempunyai kanser oleh pengamal perubatan tidak bertauliah ( doctor quack) atau yang mengaku survivor kanser kerana ingin melakukan produk yang mereka jual yang kononnya telah sembuhkan ‘kanser’ mereka) Tidak termasuk juga public yang sihat walafiat tiada kanser.
Melawan bermaksud usaha atau cubaan untuk sembuhkan kanser dengan diet/makanan iaitu sebagai ‘rawatan’ kanser. Tiada diet atau makanan yang boleh melawan atau menyembuhkan kanser.Saya ulang ….Tiada diet atau nutrisi atau superfood atau superseed, superfruit atau makanan sunnah yang boleh ‘melawan /menyembuhkan kanser. Diet membantu kesejahteraan tubuh badan. Sel kanser adalah juga sebahagian dari tubuh badan kita. Makanan secara general bukan agen anti kanser yang dapat menggantikan rawatan yang sebenar untuk pesakit kanser seperti pembedahan radioterapi kimoterapi , targeted therapy, terapi hormone dll.
Antara jenis makanan yang diuarkan2 boleh melawan kanser termasuk jus durian belanda, apricot seeds, daun rerama, belalai gajah, kismis, kesemuanya tiada bukti saintifik atau medical evidences dari trial klinikal pada manusia.
Apakah diet atau jenis makanan yang perlu dielak atau dikurangkan bagi ‘ cancer prevention’ or relapse prevention?
• Makanan tinggi kalori yang menyebabkan belaku kenaikan berat badan semasa dewasa dan BMI lebih dari 25 kg/m.
Contoh makanan tinggi kalori (> 225 kcal per 100g).
• Semua makanan Malaysia yang tersenarai disini yang > 225 kcal per 100g)
http://www.jomdiet.com/senarai-kalori-malaysia/
• Coklat, Chips, Biskut
• Fast food – burger, hotdog, fried chicken dll
• Minuman bergula dan berkarbonat -cola, lemonade,cordial, energy drinks, milkshakes and frappes. Natural fruit juice juga mengandungi gula dan tiada fiber. Jika diminum tidak lebih dari segelas sehari ( dalam 150 ml)
• Alkohol. Bagi yang bukan islam, pengambilan tidak melebihi 2 unit sehari atau 20 g alkohol ( segelas wain, beer )
• Makanan yang mungkin terdapat molds ( fungus, kulat) aflatoxin seperti pada jagung yang lama2, kacang tanah dan kekacang lain
• Kurangkan salted food , dried food– apa2 makanan yang diasinkan untuk menjadikannya tahan lama – ikan masin, telur masin, udang kering , belacan, salted cabbage dll
• Kurangkan makanan yang berjeruk, fermented, pickle, asam2, dalam tin/can – preserved food. Buah2an dalam tin yg tinngi gula juga isnt good.
• Kurangkan makan areas pada makanan yg hitam terbakar ( burned area)
• Makan buah dan sayur2an setiap hari, dalam 400 gm/ atau lebih sehari
• Daging : yang bukan vegetarian boleh mengambil jumlah yang sederhana dan ini termasuk daging merah tetapi yang fresh dan lean meat lebih bagus. Kurangkan daging proses seperti salami, sosej, bacon, ham. Daging proses dan daging merah ada association dengan kanser usus besar. Association tapi bukan penyebab utama. Dan ingat- usus besar. Jadi kanser seperti lymphoma ke leukemia ke- not applicable.
• Kambing , ayam dan ikan boleh di makan dan kajian mendapati ia tidak menaikkan risiko kanser. Tapi jangan pula ikan – kita keliru akan maksudnya ikan fresh, bukan ikan kering ikan pekasam dan yang seangkatan dengannya yang jenis fermented/ preserbed/awet/ salted. Selain fresh, Yang bersih.
• Tabiat memakan seperti memakan makanan atau minuman ketika ia sangat panas juga patut dielakkan. Ini kerna terdapat kaitan tabiat ini dengan kanser2 seperti kanser mulut, esofagus.
• Survivors colorectal cancer digalakkan minum kopi untuk mengurangkan risiko kanser berulang seperti diketahui dari kajian inihttps://www.naturalmedicinejournal.com/journal/2015-11/coffee-may-reduce-colon-cancer-recurrence
Bagi pesakit kanser, yang SUDAH ADA kanser(tidak perlu ambik pot pasal prevention of cancer lagi) the common question is perlukah mereka pantang apa2 jenis makanan?
Pantang tu apa sebenarnya?
Pantang makanan wujud dalam banyak komuniti. Amalan pantang dipraktikkan untuk berbagai perkara seperti selepas kelahiran, semasa mengandung atau selepas kematian. Ada agama yang menuntut pengikut berpantang ( avoid) beberapa jenis bentuk makanan. Dari sudut perubatan onkologi, kebanyakan pantang tiada scientific basis dan lebih kepada cultural beliefs atau hearsay. Secara logic, some pantang doesn't make sense at all. macamana madu pada sesuatu komuniti jadi racun pula pada komuniti yang lain? Kita semua manusia yg sama kan. Walau dapat kanser. Bukan x-men.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan