Pernah hamba mendengar sebuah cerita sufi dari Turki – seorang yang bernama Nuruddin Khoja. Dia yang berserban dan berjubah besar pada suatu ketika menaiki keldai memasuki sebuah kampung. Orang kampung mengalu-alukan kedatangannya dan melaung,
“Ulama, ulama, ulama… ulama sudah datang. Mari kita belajar daripadanya.”
Dia hairan lalu bertanya,
“Mana kamu semua tahu yang aku ini ulama?”
Orang kampung itu menjawab,
“Daripada serban dan jubah yang kamu pakai.”
Lalu Nuruddin meletakkan serbannya di atas kepala keldainya dan berkata,
“Ayuh, belajarlah daripada keldai ini.” Sentap.
Orang kampung kehairanan dan bertanya,
“Mengapa kami perlu belajar dari keldai ini?”
Nuruddin secara selamba menjawab,
“Bukankah kamu semua beranggapan bahawa aku seorang ulama hanya kerana aku berserban? Jika demikian keldai ku sekarang telah berserban, maka kamu belajarlah daripadanya.”
Deep. Sindiran sinis daripada Nuruddin ini sesungguhnya membuktikan bahawa pakaian luaran bukan petunjuk kepada nilai diri kita.
Nilai orang berilmu pada ilmu dan akhlaknya, bukan pada serban dan jubahnya atau selendang ridaknya. Tetapi begitulah selalunya, nilaian orang terhadap kita dan nilaian kita terhadap diri kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan