Selasa, 18 September 2018

hukum orang yang buasir

Nak tnya sikit.  Adakah hukum org buasir berdarah sama dengan daimul hadath. Dari segi tatacara utk bersolat.  Kena wudhuk selepas masuk waktu solat.

Adalah golongan ini boleh jamak qasar?.

JAWAPAN

1. Antara perkara yang membatalkan wuduk ialah keluar sesuatu daripada dubur walaupun yang keluar itu adalah darah.

Kata Imam An-Nawawi Rahimahullah dalamالمجموع شرح المهذب juz.2 hlm.4 :

فَالْخَارِجُ مِنْ قُبُلِ الرَّجُلِ أَوْ الْمَرْأَةِ أَوْ دُبُرِهِمَا يَنْقُضُ الْوُضُوءَ سَوَاءٌ كَانَ غَائِطًا أَوْ بَوْلًا أَوْ رِيحًا أَوْ دُودًا أَوْ قَيْحًا أَوْ دَمًا أَوْ حَصَاةً أَوْ غَيْرَ ذَلِكَ وَلَا فَرْقَ فِي ذَلِكَ بَيْنَ النَّادِرِ وَالْمُعْتَادِ.

" Maka perkara yang keluar daripada kemaluan hadapan lelaki atau perempuan atau dari dubur keduanya itu membatalkan wuduk. Sama sahaja yang keluar itu berupa tahi atau air kencing atau angin atau ulat atau nanah atau DARAH atau batu kecil atau lainnya. Tidak ada perbezaan dalam hal ini antara perkara yang jarang terjadi atau yang biasa terjadi ".
.
.
2. Darah buasir jika keluar dari bahagian dalam dubur maka ia membatalkan wuduk. Jika darah buasir ini sentiasa keluar maka hukumnya adalah seperti hukum daimul hadas ( orang yang sentiasa berhadas)

3. Adapun darah buasir yang keluar dari bahagian luar dubur maka ia tidak membatalkan wuduk. Hukumnya seperti hukum luka biasa, tidak sama hukumnya dengan hukum Daimul hadas. Tetapi wajib membasuh darah tersebut setiap kali solat fardhu dan meletakkan sesuatu pada tempat tersebut agar darah tidak merebak ke tempat lain.

Didalam Kitab المجموع شرح المهذب 2/541 ada menyebut

وَأَمَّا صَاحِبُ النَّاصُورِ وَالْجُرْحِ السَّائِلِ فَهُمَا كَالْمُسْتَحَاضَةِ فِي وُجُوبِ غَسْلِ الدَّمِ لِكُلِّ فَرِيضَةٍ وَالشَّدِّ عَلَى مَحَلِّهِ وَلَا يَجِبُ الْوُضُوءُ فِي مَسْأَلَةِ الْجُرْحِ وَلَا فِي مَسْأَلَةِ النَّاسُورِ إلَّا أَنْ يَكُونَ فِي دَاخِلِ مَقْعَدَتِهِ بِحَيْثُ يَنْقُضُ الْوُضُوءَ

" Adapun orang yang terkena buasir dan orang yang luka yang mana darah lukanya itu mengalir maka hukumnya seperti hukum perempuan yang keluar darah istihadhah pada sudut wajib basuh darah untuk setiap solat fardhu, ikat atas tempat itu. Tetapi tidak wajib dia mengambil wuduk pada permasalahan luka dan buasir itu melainkan ia berada pada bahagian dalam punggung yang membatalkan wudhuk ".
.
.
4. QASAR solat ialah solat yang empat rakaat dikerjakan dua rakaat. QASAR solat hanya khusus untuk orang yang bermusafir sahaja. ini berdasarkan firman ALLAH taala :

وإذا ضربتم في الأرض فليس عليكم جناح أن تقصروا من الصلاة ...

" Apabila kamu BERMUSAFIR di muka bumi, maka tidak mengapa kamu mengqasarkan solat ".

[ Surah an-Nisa' 101 ]
.
.
5. Orang yang tidak bermusafir TIDAK BOLEH mengqasarkan solat dengan kesepakatan ulama.

Kata Syekh Ibnu Taymiyyah Rahimahullah didalam مجموع الفتاوى 22/293 :

والقصر سببه السفر خاصة لا يجوز في غير السفر .

"Qasar solat, sebab yang membolehkannya ialah safar (musafir) sahaja, ia tidak boleh pada selain dari safar".
.
.
6. JAMAK solat ialah menghimpun dua solat ( Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak ) dibuat dalam satu waktu. Keharusan melakukan jamak ada dua sahaja menurut pandangan muktamad ( yang dipegang ) dalam mazhab Syafie.

(1). bermusafir.
(2). hujan.
.
.
7.  Namun sebahagian ulama mazhab Syafei dan ulama mazhab lain membolehkan seseorang melakukan solat jamak apabila diperlukan walaupun tidak ada hujan dan tidak bermusafir.

Kata imam Taqiyyuddin al-Hisniy ddlm kitab كفاية الأخيار 1/145 :

بل ذهب جماعة من العلماء إلى جواز الجمع في الحضر للحاجة لمن لا يتخذه عادة وبه قال أبو إسحاق المروزي ونقله عن القفال وحكاه الخطابي عن جماعة من أصحاب الحديث واختاره ابن المنذر من أصحابنا وبه قال أشهب من أصحاب مالك، وهو قول ابن سيرين، ويشهد له قول ابن عباس رضي الله ...

" Bahkan sekumpulan ulama membolehkan jamak ketika hadhar (tidak bermusafir) Apabila diperlukan, dengan syarat ia tidak dijadikan sebagai adat kebiasaan. Syekh Abu Ishak Al-Marwazi berpegang kepada pendapat ini. Beliau mengambil dari imam al-Qaffal. Dan ia juga diceritakan oleh imam Al-Khatthabi dari sekumpulan ulama-ulama hadis. Imam Ibnul Munzir dari ashab kami (ulama mazhab Syafei) juga memilih pendapat ini. imam Asyhab dari mazhab Maliki juga berpegang kepada pendapat ini. Pendapat tersebut juga menjadi pandangan imam Ibnu Sirin. Dan Keharusan tersebut dikuatkan dengan hadis Ibnu Abbas ..."
.
.
KESIMPULAN.
.
.
1. Hukum orang buasir berdarah SAMA DENGAN HUKUM daimul hadas jika darah tersebut keluar dari bahagian dalam dubur sedangkan ia keluar secara berterusan.

2. Manakala orang buasir berdarah jika darah tersebut keluar dari bahagian luar dubur maka HUKUMNYA TIDAK SAMA dengan hukum daimul hadas. Tetapi DIWAJIBKAN kepadanya membasuh darah untuk mengerjakan solat serta letakkan sesuatu pada tempat darah itu.

3. Orang buasir yang tidak bermusafir TIDAK BOLEH qasar solat dengan kesepakatan ulama.

4. DIBOLEHKAN jamak solat bagi orang buasir mengikut pandangn sebahagian ulama.
.
.
والله أعلم بالصواب

أبو أسامة محمد حنفية بن الحاج حسين

مدير مركز الدراسات الإسلامية ببوكيت كيجغ كماسيك كمامن ترنجانو

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post