Apakah pantang yang popular dikalangan pesakit kanser?
Gula.
Pesakit kanser gemar pantang gula kerana kononnya gula mencepatkan pertumbuhan kanser.
Gula hadir dalam bentuk ringkas sucrose or fructose seperti gula pasir. Gula pasir adalah refined sugar( sugar diporoses- extracted from tebu) manakala madu adalah pure sugar. Ia juga tinggi kandungan sucrose dan fructose. Gula yang terdapat dalam nasi kanji kentang dipanggil polysaccharide dan akan ditukar ke gula ringkas di dalam badan bila badan perlukan tenaga ( energy) Sel kanser adalah sel tubuh kita sendiri yang memerlukan gula untuk tenaga bagi survival.
Simple glucose adalah sumber yang diperlukan oleh SEMUA sel badan kita tak kira sel kanser atau sel normal. Apa jua jenis karbohidrat dari makanan akan diproses menjadi gula di dalam badan, yang tidak digunakan disimpan di hati sebagai glycogen. sekalipun sesetengah pesakit declare ‘ saya tak ambil gula’. Sebenarnya mereka tetap mendapat gula dari sumber mknn seperti sayur, buah, roti, kicap, sos dll. Cuma air kosong sahaja takde gula. Seperti yang diterangkan dlm bab ‘ karbohidrat’ di atas. Tubuh badan tiada preference untuk channelkan gula kepada cancer cells ( feeding the cancer cells) dan anaktirikan sel2 normal yang lain.
Setiap sudut pada badan adalah terdiri dari sel yang sentaias bernafas, berfungsi – membantu kita melihat mendengar berjalan berfikir , merasa dll dan semua ini dapat dilakukan selepas mendapat tenaga dari sumber makanan kita. Gula adalah sumber tenaga paling basic untuk badan. Kalau tiada gula atau karbohidrat diambil, badan akan gunakan protein dan lemak sebagai sumber tenaga because they need to survive and in the long run this isn’t good.
Mitos mengenai gula dan kanser dimulakan kerana ramai tidak faham perangai sel kanser yang tumbuh atau membiak pada kadar yang cepat berbanding sel normal. Jadi sudah tentu ia akan guna banyak tenaga ( jadi perlu banyak glucose) tetapi nutrisi yang lain pun sel kanser perlu juga macam protein, lemak kerana ia kan sel badan kita juga. Tiada evidence yang menunjukkan machinery badan akan mneyalurkan gula terus atau hany akepada sel kanser. Tiada juga diret atau solid evidence yang ‘sugar free diet membantu dalam prevention of cancer atau menghalang kanser relapse.
Namun pengambilan gula yang rendah membantu mengawal berat badan dan mengurangkan risiko mendapat beberapa jenis kanser. Gula artificial adalah selamat digunakan sebagai alternative dan ia tidak menaikkan risiko mendapat kanser.
http://scienceblog.cancerresearchuk.org/2017/05/15/sugar-and-cancer-what-you-need-to-know/
Daging ( red meat)
Kajian perubatan ke atas cancer prevention ( bukan usage of red meat pada pesakit yang sudah ada kanser) mendapati terdapat association antara pengambilan redmeat dan kanser kolon tetapi tidak jelas samada ia memang penyebab atau cuma menyumbang kepada faktor2lain yang menyebabkan kanser itu terjadi. Red meat yang diproses adalah lebih tinggi associationnya berbanding fresh lean red meat. Please note : kanser colorectal sahaja.
Badan2 kesihatan seperti WHO atau NCI menyarankan hanya makan 2 kali sebulan bagi daging proses dan 1-2 kali seminggu untuk daging segar. Untuk pesakit kanser secara am termasuk kanser colorectal yang sedang menjalani rawatan dan ingin menambah darah merah di badan, sumber protein badan dll boleh ambil red meat. Tak perlu pantang.
Seafood pun begitu. Jika tiada allergy atau ada kesan sampingan sewaktu chemo, silakan. Tapi kuantiti sederhana.
Pantang sumber makanan yang asidik
Kanser dikatakan asidik kerana diet yang asidik. Kanser asidik disebabkan proses kanser itu sendiri. Maknanya kanser menyebabkan kawasan sekita kanser asidik bukan asidik menyebabkan kanser berlaku.
Mengambil alkalinized diet atau air beralkali tidak mengubah apa2 kerana kadar asiditi pada tissue atau pH dikawal dengan ketat oleh otak dan badan kita.
pH darah memang slightly lebih alkali pHnya – buah pinggang kita yang control perkara ini. kita tak perlukan alkalikan lagi atau cuba utk pantang “asidic diet ‘ untuk mengubahnya. Basic biologi saje perkara ini. Sel kanser tidak dapat hidup dalam keadaan beralkali, tapi begitu juga majority sel2 normal dalam badan.
Tiada solid or good evidence yang diet boleh alter Ph badan da nada impak pada kanser. Period. Sesiapa yg jual produk dan claim boleh maka beliau sebenarnya tidak adailmu mengenai fisiologi badan manusia dan cuma cakap mengarut saje.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan