Selasa, 11 September 2018

Asyura dan Kebangkitan Imam Hussain

ULASAN BUKU: Asyura dan Kebangkitan Imam Hussain (Menjawab Fitnah dan Tuduhan) – Ali Ashghar Ridhwani

.

Sudah beberapa minggu saya diminta mengulas buku ini, dan saya memilih awal Muharram sesuai dengan peristiwa Karbala dan pembunuhan Imam Hussain. Muharram membawa mesej; “Setiap hari adalah asyura, setiap tanah adalah Karbala”

.

Dalam khutbah terakhir di Ghadir Khum, yang dikenali sebagai hadis tsqalain, riwayat mutawatir dari Rasulullah saw bersabda, “Sungguh, aku tinggalkan kepada kalian dua hal berat (ats-tsaqalain): kitabullah dan keluargaku (ahlulbaitku), yang keduanya tidak akan pernah terpisah hingga bertemu di telaga [Al-Kautsar pada Hari Pengadilan].” [Sahih Muslim dan lain-lain]

.

Di setiap Muharram dua peristiwa besar telah berlaku iaitu Hijrah dan Asyura. Hijrah adalah awal kebangkitan Islam di mana umat Islam sebelumnya berada dalam penindasan, ketakutan, dan pengusiran. Di Maal Hijrah hampir semua Islam di Malaysia mengetahui sejarah, setidaknya sedikit sewaktu di sekolah. Namun peristiwa Asyura tidak begitu diketahui orang, selain beramai-ramai mengaduk bubur asyura. Hari inilah terbantainya kebenaran dan kemanusiaan, terbunuhnya pengawal risalah Ilahiah Imam Hussain as, yang juga disebut tragedi Karbala di tanggal 10 Muharram, 61 Hijrah. Di bumi Karbala inilah cucu Rasulullah saw, dibantai secara keji bersama ahli keluarganya serta 72 orang sahabat yang kesemuanya syahid dipenggal kepalanya oleh arahan penguasa zalim Yazid bin Muawiyah.

.

Tragedi ini ramai berusaha mengaburkannya dan ditutupi dari perjalanan sejarah, khususnya kepada orang-orang yang tidak sanggup menerima kenyataan.

Beberapa ulama suu’ membela Yazid yang kejam itu. Mereka mengarang tulisan yang memuji Yazid seolah pengkhianatannya tiada dalam lipatan sejarah. Buku ini menjawab detail dan ilmiah atas dakwaan pujian terhadap Yazid.

.

1. Tahun pertama pemerintahan (61H) Yazid mengarahkan memerangi saidina Hussain dan keluarganya

2. Tahun ketiga telah berlaku peristiwa “hurrah” di Madinah. Dia mengarah menyerang penduduk Madinah, membunuh lelaki, anak-anak mereka, merosakkan harta benda dan wanita-wanita.

3. Tahun ketiga juga pada 3 Rabiul Awal dia mengarahkan mengepung Baitullah dan meruntuhkan Kaabah menggunakan manjanik. Manjanik adalah meriam pelontar batu pada zaman itu.

.

Yazid meninggal ketika dalam keadaan mabuk. Kesukaannya kepada arak menyebabkannya sakit di bahagian hati.  Ketika mabuk, dia tersungkur menyebabkan kepalanya terhantuk, jatuh dan mati. Ketika itu tenteranya sedang mengepung Kaabah dan  apabila menerima berita kematian Yazid, akhirnya tentera Bani Umayyah menghentikan kepungan tersebut.

Imam Ahmad meriwayatkan Nabi bersabda: “Barangsiapa yang menyebarkan kezaliman dan menakutkan penduduk Madinah, maka laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia ke atas orang tersebut.” [Musnad Ahmad bin Hanbal seperti diriwayat oleh Imam Ibn Kathir dalam Al Bidayah Wal Nihayah Jilid 8 halaman 274]

Ibnu Katsir menulis, “Yazid adalah orang yang tidak mampu mengalahkan hawa nafsu dan mengawalnya. Ia mengadakan perjumpaan-perjumpaan maksiat dengan penuh gembira dan menghindar untuk melaksanakan kewajiban terpenting Tuhan iaitu solat, dan ia termasuk dari orang-orang yang meninggalkan solat … sesungguhnya Yazid adalah pemimpin orang fasik dan kafir dan patut untuk dilaknat.”

Az-Zahabi menulis, “Yazid adalah Nasibi (musuh Ahlul Bait as) ekstrim dan orang yang mudah marah, di mana ia memiliki akhlak seperti binatang. Ia meminum khamar dan tidak pernah berpaling dari maksiat dan kemungkaran. Pemerintahannya dimulai dengan pembunuhan terhadap Hussain dan diakhiri dengan menghancur Kaabah.”

Ulama Ahlussunnah seperti Ibnu Jauzi, Suyuti, Ibn Hazm, Sheikh Mohammad Abduh dan Ahmad bin Hambal dan lain-lain menilai Yazid bin Muawiyah sebagai orang yang kafir dan fasik kerana telah membunuh Imam Hussain as. Para ulama tersebut membolehkan untuk melaknat Yazid.

Untuk selebihnya dapatkan penerangan detail buku ini.

::

Harga RM65 termasuk pos – RM75 Sabah/Sarawak.

Tiada ulasan:

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post