Pemakanan Pesakit Kanser Didalam Rawatan dan Pesakit Special Needs
Menurut data pada cancer registry yang terbaru bagi negara kita ( NCR 2007-2011) sebanyak 103,507 kes baru diaporkan sepanjang tahun 2007 ke 2011 yang mana 45.2% dikalangan pesakit lelaki dan 54.8% bagi pesakit perempuan.
https://www.crc.gov.my/wp-content/uploads/documents/report/MNCRRrepor2007-2011.pdf.
10 kanser utama di negara kita ( dari no 1-10) adalah breast, colorectal(usus besar), lung, lymphoma, nasopharynx ( belakang hidung), leukemia, cervix ( pangkal rahim), liver( hati) ovary dan stomach( perut). Kanser telah menjadi antara penyebab utama kematian di Malaysia selain mengakibatkan kepayahan ( burden)pada kesihatan fizikal mental, psikososial pesakit dan tidak dilupakan bahana kewangan. Satu dari 9 orang mungkin mendapat kanser sepanjang hidup mereka. Walaubagaimanapun, di Malaysia begitu ramai pesakit yang meneruskan kehidupan bersama kanser (cancer survivors, living with cancer) dan bilangan mereka semakin bertambah kerana rawatan kanser telah banyak berubah, bertambah baik dan lebih komprehensif dan novatif. Kanser juga dapat di kesan pada peringkat awal dan ramai rakyat di Malaysia yang mempunyai kesedaran lebih tinggi akan bahaya kanser dan ramai yang tampil untuk ujian saringan ( screening) atau mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengelakkan kanser. Standard kehidupan di Malaysia juga bertambah baik dengan pembaikan dari segi penyediaan makanan, penjagaan jangkitan dan lain2 lagi. Sudah tentu perang ke atas kanser tidak akan habis selagi dunia belum kiamat. Selagi jumlah dan umur manusia semakin bertambah , proses urbanization dan pencemaran persekitaran dan sebagainya terus menerus berlaku, insiden kanser akan terus bertambah dan kita harus bersedia dengan menambah pengetahuan mengenai ‘updates in cancer advances”.
Sementara itu we have to make do dengan apakah rawatan kanser yang sedia ada sekarang, sementara saintis di seluruh dunia terus menerus bekerja mencari formula yang lebih baik untuk masa depan.
Nutrisi yang baik sangat penting pada semua peringkat – sebelum mendapat kanser, sebelum memulakan rawatan , sewaktu rawatan dan selepas rawatan kanser. Ia membantu pesakit mengekalkan berat optima, kekuatan badan dan kesihatan tisu dan organ badan dan mungkin dapat mengelakkan kesan sampingan rawatan jangka pendek dan jangka panjang.
Serba ringkas mengenai rawatan kanser. Pemilihan rawatan bergantung kepada banyak faktor seperti jenis kanser ( payudara, nasopharynx, leukemia dll) , tahap cancer ( stage 1-4), karakter spesifik kanser, status kesihatan pesakit ( penyakit sedia ada, fitness level), kemahuan pesakit, akses pada rawatan yang dicadangkan dan objektif rawatan samada for cure atau untuk kawal ) control) atau paliatif. Pemilihan rawatan juga boleh berubah mengikut respons atau outcome setiap pesakit di setiap langkah algoritma rawatan tersebut. Selalunya rawatan melibatkan banyak disiplin perubatan ( multidisciplinary) dan pasukan rawatan terdiri dari doktor pelbagai disiplin dan allied health staff seperti jururadioterapi, chemo nurse, physiotherapist, dietician, pakar psikologi dan lain2.
1. Fasa Siasatan
Ini adalah fasa yang mana pesakit dikhuatiri ada kanser . Pengambilan sejarah pesakit, pemeriksaan, ujian darah, imaging dan biopsy akan dilakukan. Biopsi adalah proses mengambil sampel tisu yang dikhuatiri kanser, darah atau sumsum untuk diperiksa dibawah mikroskop di makmal patologi untuk confirm kanser dan jenis kanser. Ada segelintir kecil sahaja pesakit kanser yang tissue biopsy tidak dilakukan. Keputusan histopatologi atau HPE ini seolah2 passport atau IC. Pada fasa ini pemakanan adalah bergantug pada keadaan pesakit dan tiada diet yang istimewa kerana belum confirm kanser lagi pada ketika ini selagi keputusan biopsy tidak diketahui. Contoh lump pada payudara mungkin adalah bisul atau benign fibroadenoma, bukan kanser. Manakala batuk berpanjangan dan nodul pada paru2 tak semestinya kanser tapi TB atau pneumonia tidak tipikal. Ataupun, ujian darah tumour marker tinggi disebabkan endometriosis bukan kanser ovary. Namun sebagai contoh, jika pesakit tiba2 mengalami pendarahan seperti muntah darah yang banyak sehingga haemoglobin menurun dan menjadi lemah, dan doktor membuat andaian barangkali ada kanser perut maka sementara menunggu keputusan biopsy keluar, pesakit disarankan memakan makanan berkhasiat untuk menambahkan tenaga dan mengganti darah yang hilang dalam jumlah yang berpatutan sebagai persediaan sekiranya rawatan lanjut diperlukan. Contoh kedua jika pesakit mengalami symptom tidak boleh menelan makanan pejal dan sementara menunggu keputusan biopsy keluar samada ia kanser larinks atau kanser esophagus, pesakit boleh makan makanan yang berbentuk cairan ( liquid diet), yang tidak terlalu pedas, panas berminyak untuk memudahkan untuk menelan dan hadaman. Susu high protein juga boleh dicuba untuk menambah kalori pada waktu ini. Dietitian referral juga sudah boleh dibuat walaupun ini dikira awal oleh sesetengah orang tetapi tidak salah untuk support status nutrisi kita dari awal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan