Kebijaksanaan Seorang Ulama Berdepan Dengan Kuasa Barat
"Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun," kata Tokku Paloh. 'Tetapi, kalau hendak tanah, silakan. lsilah ke dalam armada tuan sebanyak mana pihak British mahu... ambillah tanah."
Itulah jawapan Tokku Paloh kepada wakil British, semasa berlaku perundingan antara pihak British dengan Tokku Paloh yang mewakili kerajaan Negeri Terengganu. Jawapan dalam bentuk sindiran itu, yang diluahkan dengan tenang tapi tegas, ternyata menyakitkan hati wakil-wakil British itu. Mereka bangun untuk beredar. Tetapi, dengan kuasa Allah, punggung mereka tidak semena-mena terlekat di kerusi. Apabila mereka mengangkat punggung, kerusi turut terangkat sama buat seketika sebelum jatuh ke lantai. Waktu itu Tokku Paloh bersuara secara bersahaja: "Sudahlah tuan-tuan hendak ambil tanah Terengganu, kerusi rumah saya pun tuan-tuan hendak ambil".
Demikianlah gagalnya diplomasi British untuk menjajah Terengganu pada sekitar awal abad ke-20.
TOKKU PALOH atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al-Aidrus adalah ulama yang yang bukan saja mengurus urusan agama tetapi juga terbabit didalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu. Beliau hidup dalam zaman pemeritahan lapan orang sultan.
Tokoh ulama ini bukan saja telah mempertahankan kesyumulan Islam malah juga telah mempertahankan kedaulatan Bumi Melayu dari dijajah oleh Inggeris. Ulama ini juga telah berkata bahawa menjadi satu kesalahan untuknya melindungi pengganas tetapi menjadi kewajipan bagi melindung dan membantu pejuang-pejuang yang menentang penjajahan dan kezaliman. Kata-katanya dan sikapnya ini telah membuat Inggeris begitu gentar dan takut untuk berurusan dengan beliau.
Dilahirkan pada tahun 1817 (1236 Hijrah) di Kg. Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Tokku Paloh adalah nasab ke-32 daripada Rasulullah SAW di kalangan keluarga Al-Aidrus. Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein r.a. anak Sayidatina Fatimah Az-Zahrah r.ha. binti Rasulullah. lbunya, Hajah Aminah, ialah isteri pertama daripada beberapa orang isteri Sayid Muhammad yang terkenal dengan
gelaran Tokku Tuan Besar.
British gagal menguasai Terengganu tetapi sebaik Tokku Paloh meninggal dunia pada 1917 dan dituruti dengan kemangkatan Sultan Zainal Abidin III pada tahun 1918, barulah British berjaya menjajah Terengganu.
Kebijaksanaan seorang ulama dan ketegasan seorang umara telah menjadikan Negara Islam Terengganu sebagai salah sebuah contoh bagi Khalifah Uthmaniah di Turki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan