Watak seperti ini ada di mana-mana jua. Sama ada di rumah atau di tempat kerja. Tanpa kita sedari sikap ini sebenarnya memang wujud di kalangan ahli keluarga atau rakan-rakan.

Ciri-ciri Pak Pandir:
- Gemar bercakap besar tetapi tidak sepadan dengan kemampuan diri yang sebenar
- Tidak suka merancang dan mengurus kerja dengan baik
- Bersikap pelupa dan selalu lupa diri
- Tidak mahu mengaku kelemahan diri
- Sering membuat kesilapan yang berulang
- Bersikap suka bertangguh
- Suka membuat kerja di saat-saat akhir
- Bersikap "Aku lebih tahu dari orang lain"
Kita perlu berani untuk berubah. Jangan mengharapkan orang lain untuk mengubah diri kita. Antara perubahan yang perlu dilaksanakan ialah:
- Kita perlu berusaha menambah ilmu dan kemahiran diri
- Berusahalah menjadi seorang pengurus yang baik
- Berusahalah menjadi seorang pencatat yang cekap
- Sentiasa bermuhasabah diri
- Pastikan diri sentiasa cekap dan berhemah
- Cekap menguruskan masa dan mengatur jadual kerja
- Menghormati kelebihan dan kemampuan orang lain
1 ulasan:
Orang Melayu memang kaya dengan kisah2 tauladan sebegini. Pak Pandir adalah antara satu metafora akan sifat Melayu yang diceritakan secara sinikal tetapi berlapik jenaka agar tiada yang terluka.
Pak Pandir itu sendiri amat dekat dengan bangsa melayu seperti juga Lebai Malang, Tanggang dan Pak Kadok. Jika kita perhatikan kini terdapat pelbagai versi watak dogengan ini, ironinya melayu itu sendiri tidak sedari.
Jadi Pak Pandir adalah Melayu itu sendiri yang mana cerdik pandai dahulu kala cuba sampaikan pesanan 'cara Melayu' agar keturunannya lebih bersedia.
Catat Ulasan