Jumaat, 19 Mac 2010

Cinta dan kekayaan


Pernahkah anda dengar ungkapan seperti ini?

“Bila kemiskinan mengetuk di pintu hadapan, maka cinta akan berlari di pintu belakang…

Ini bererti apabila kemiskinan melanda sesebuah keluarga, adakah cinta itudapat bertahan? Melainkan… Pasangan itu adalah pasangan yang beramal soleh di jalan yang diredhai Allah s.w.t. Pasangan inilah senantiasa akan mendapat barakah, ketenangan dan derajat kesabaran yang tinggi dari-Nya jua. Insya-Allah. Amiin. – Muslimah

Sekali kita menyintai seseorang kerana kecantikan dan ketampanannya maka bersiap-siaplah suatu ketika di mana nanti kecantikan dan ketampanan tersebut akan jadi senjata penghancur hati kita. Kita jatuh cinta kerana kekayaannya?! Maka siap-siaplah menghadapi bencana yang bakal mendatangimu. Apabila kita tidak berhati-hati merawatnya maka kekayaan pun akan menjadi sarana kesombongan belaka.

Orang yang kaya bukan bererti banyak harta dan orang miskin bukan bererti orang yang tidak berharta benda.

Jikalau kita menyintai seseorang kerana hartanya, kecantikannya, atau keturunannya maka bersiap-siaplah dengan sejuta penderitaan dan penyesalannya. Tetapi, bila kita menyintai seseorang kerana Allah maka akan mudah menjadikan seseorang itu cantik, kaya raya dan Insya-Allah, Allah akan memberikan lagi apa yang kita impikan. Maka dengan itu, carilah pasangan hidup orang yang dicintai Allah dan menyintai Allah. Niscaya kita akan bahagia.

~ ORANG KAYA ADALAH ORANG YANG SELALU BERSYUKUR DENGAN SEGALA ANUGERAH YANG ADA…

~ ORANG YANG MISKIN ADALAH ORANG YANG SELALU MERASA KURANG SEKALIPUN HARTANYA BERLIMPAH RUAH…


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ADAKAH SESORANG YG MISKIN KASIH SAYANG,ITU KAYA??

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post