Selasa, 18 September 2018

hukum orang yang buasir

Nak tnya sikit.  Adakah hukum org buasir berdarah sama dengan daimul hadath. Dari segi tatacara utk bersolat.  Kena wudhuk selepas masuk waktu solat.

Adalah golongan ini boleh jamak qasar?.

JAWAPAN

1. Antara perkara yang membatalkan wuduk ialah keluar sesuatu daripada dubur walaupun yang keluar itu adalah darah.

Kata Imam An-Nawawi Rahimahullah dalamالمجموع شرح المهذب juz.2 hlm.4 :

فَالْخَارِجُ مِنْ قُبُلِ الرَّجُلِ أَوْ الْمَرْأَةِ أَوْ دُبُرِهِمَا يَنْقُضُ الْوُضُوءَ سَوَاءٌ كَانَ غَائِطًا أَوْ بَوْلًا أَوْ رِيحًا أَوْ دُودًا أَوْ قَيْحًا أَوْ دَمًا أَوْ حَصَاةً أَوْ غَيْرَ ذَلِكَ وَلَا فَرْقَ فِي ذَلِكَ بَيْنَ النَّادِرِ وَالْمُعْتَادِ.

" Maka perkara yang keluar daripada kemaluan hadapan lelaki atau perempuan atau dari dubur keduanya itu membatalkan wuduk. Sama sahaja yang keluar itu berupa tahi atau air kencing atau angin atau ulat atau nanah atau DARAH atau batu kecil atau lainnya. Tidak ada perbezaan dalam hal ini antara perkara yang jarang terjadi atau yang biasa terjadi ".
.
.
2. Darah buasir jika keluar dari bahagian dalam dubur maka ia membatalkan wuduk. Jika darah buasir ini sentiasa keluar maka hukumnya adalah seperti hukum daimul hadas ( orang yang sentiasa berhadas)

3. Adapun darah buasir yang keluar dari bahagian luar dubur maka ia tidak membatalkan wuduk. Hukumnya seperti hukum luka biasa, tidak sama hukumnya dengan hukum Daimul hadas. Tetapi wajib membasuh darah tersebut setiap kali solat fardhu dan meletakkan sesuatu pada tempat tersebut agar darah tidak merebak ke tempat lain.

Didalam Kitab المجموع شرح المهذب 2/541 ada menyebut

وَأَمَّا صَاحِبُ النَّاصُورِ وَالْجُرْحِ السَّائِلِ فَهُمَا كَالْمُسْتَحَاضَةِ فِي وُجُوبِ غَسْلِ الدَّمِ لِكُلِّ فَرِيضَةٍ وَالشَّدِّ عَلَى مَحَلِّهِ وَلَا يَجِبُ الْوُضُوءُ فِي مَسْأَلَةِ الْجُرْحِ وَلَا فِي مَسْأَلَةِ النَّاسُورِ إلَّا أَنْ يَكُونَ فِي دَاخِلِ مَقْعَدَتِهِ بِحَيْثُ يَنْقُضُ الْوُضُوءَ

" Adapun orang yang terkena buasir dan orang yang luka yang mana darah lukanya itu mengalir maka hukumnya seperti hukum perempuan yang keluar darah istihadhah pada sudut wajib basuh darah untuk setiap solat fardhu, ikat atas tempat itu. Tetapi tidak wajib dia mengambil wuduk pada permasalahan luka dan buasir itu melainkan ia berada pada bahagian dalam punggung yang membatalkan wudhuk ".
.
.
4. QASAR solat ialah solat yang empat rakaat dikerjakan dua rakaat. QASAR solat hanya khusus untuk orang yang bermusafir sahaja. ini berdasarkan firman ALLAH taala :

وإذا ضربتم في الأرض فليس عليكم جناح أن تقصروا من الصلاة ...

" Apabila kamu BERMUSAFIR di muka bumi, maka tidak mengapa kamu mengqasarkan solat ".

[ Surah an-Nisa' 101 ]
.
.
5. Orang yang tidak bermusafir TIDAK BOLEH mengqasarkan solat dengan kesepakatan ulama.

Kata Syekh Ibnu Taymiyyah Rahimahullah didalam مجموع الفتاوى 22/293 :

والقصر سببه السفر خاصة لا يجوز في غير السفر .

"Qasar solat, sebab yang membolehkannya ialah safar (musafir) sahaja, ia tidak boleh pada selain dari safar".
.
.
6. JAMAK solat ialah menghimpun dua solat ( Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak ) dibuat dalam satu waktu. Keharusan melakukan jamak ada dua sahaja menurut pandangan muktamad ( yang dipegang ) dalam mazhab Syafie.

(1). bermusafir.
(2). hujan.
.
.
7.  Namun sebahagian ulama mazhab Syafei dan ulama mazhab lain membolehkan seseorang melakukan solat jamak apabila diperlukan walaupun tidak ada hujan dan tidak bermusafir.

Kata imam Taqiyyuddin al-Hisniy ddlm kitab كفاية الأخيار 1/145 :

بل ذهب جماعة من العلماء إلى جواز الجمع في الحضر للحاجة لمن لا يتخذه عادة وبه قال أبو إسحاق المروزي ونقله عن القفال وحكاه الخطابي عن جماعة من أصحاب الحديث واختاره ابن المنذر من أصحابنا وبه قال أشهب من أصحاب مالك، وهو قول ابن سيرين، ويشهد له قول ابن عباس رضي الله ...

" Bahkan sekumpulan ulama membolehkan jamak ketika hadhar (tidak bermusafir) Apabila diperlukan, dengan syarat ia tidak dijadikan sebagai adat kebiasaan. Syekh Abu Ishak Al-Marwazi berpegang kepada pendapat ini. Beliau mengambil dari imam al-Qaffal. Dan ia juga diceritakan oleh imam Al-Khatthabi dari sekumpulan ulama-ulama hadis. Imam Ibnul Munzir dari ashab kami (ulama mazhab Syafei) juga memilih pendapat ini. imam Asyhab dari mazhab Maliki juga berpegang kepada pendapat ini. Pendapat tersebut juga menjadi pandangan imam Ibnu Sirin. Dan Keharusan tersebut dikuatkan dengan hadis Ibnu Abbas ..."
.
.
KESIMPULAN.
.
.
1. Hukum orang buasir berdarah SAMA DENGAN HUKUM daimul hadas jika darah tersebut keluar dari bahagian dalam dubur sedangkan ia keluar secara berterusan.

2. Manakala orang buasir berdarah jika darah tersebut keluar dari bahagian luar dubur maka HUKUMNYA TIDAK SAMA dengan hukum daimul hadas. Tetapi DIWAJIBKAN kepadanya membasuh darah untuk mengerjakan solat serta letakkan sesuatu pada tempat darah itu.

3. Orang buasir yang tidak bermusafir TIDAK BOLEH qasar solat dengan kesepakatan ulama.

4. DIBOLEHKAN jamak solat bagi orang buasir mengikut pandangn sebahagian ulama.
.
.
والله أعلم بالصواب

أبو أسامة محمد حنفية بن الحاج حسين

مدير مركز الدراسات الإسلامية ببوكيت كيجغ كماسيك كمامن ترنجانو

Isnin, 17 September 2018

belajar ilmu

NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA :
"BARANGSIAPA BELAJAR ILMU SATU BAB, DIAMALKAN ATAU TIDAK, ADALAH LEBIH UTAMA DARIPADA SHALAT SUNNAH 1000 (SERIBU) RAKA'AT".

KEUTAMAAN ULAMA DAN ILMU

1. Ampunan dosa sebab Memandang Ulama :

وقال صلى الله عليه وسلم: من نظر إلى وجه العالم نظرة ففرح بها خلق الله تعالى من تلك النظرة ملكا يستغفر له إلى يوم القيامة

Nabi Saw Bersabda : “Barangsiapa memandang Wajah Orang ‘Alim dengan pandangan yang menyenangkan, maka Allah akan Menciptakan Malaikat dari Pandangan tersebut dan akan memohonkan ampunan kepada Orang tersebut di Hari Kiamat".

2. Memuliakan Ulama, Surga Imbalannya :

وقال النبي صلى الله عليه وسلم: من أكرم عالما فقد أكرمني، ومن أكرمني فقد أكرم الله، ومن أكرم الله فمأواه الجنة

Nabi Saw Bersabda : “Barangsiapa Memuliakan Orang ‘Alim, berarti ia telah Memuliakan aku, barangsiapa Memuliakan aku, berarti Memuliakan Allah, barangsiapa Memuliakan Allah, maka tempat kembalinya adalah Surga".

3. Belajar satu bab lebih Utama :

وقال النبي صلى الله عليه وسلم: مَنْ تَعَلَّمَ بَابًا مِنَ العِلْمِ، يَعْمَلُ بهِ أوْ لَمْ يَعْمَلْ بهِ كَانَ أَفْضَلَ مِنْ أَنْ يُصَلِّي أَلْفَ رَكْعَةٍ تَطَوُّعًا

Nabi Saw Bersabda : “Barangsiapa belajar Ilmu satu bab, diamalkan atau tidak, adalah lebih utama daripada Shalat Sunnah 1000 (Seribu) Raka'at.”

4. Keutamaan berkunjung kepada Orang ‘Alim :

وقال النبي صلى الله عليه وسلم: مَنْ زَارَ عَالِمًا فَكَأَنَمَّا زَارَنِي، وَمَنْ صَافَحَ عَالِمًا فَكَأَنَّما صَافَحَنِي، وَمَنْ جَالَسَ عَالِمًا فَكَأَنَّما جَالَسَنِي في الدُّنْيَا، وَمَنْ جَالَسَنِي في الدُّنْيَا أَجْلَسْتُهُ مَعِيْ يَوْمَ القِيَامَةِ

Nabi Saw Bersabda : “Barangsiapa mengunjungi Orang 'Alim, maka seolah-olah ia Mengunjungiku, barangsiapa Berjabat Tangan dengan Orang 'Alim, maka seolah-olah ia Berjabat Tangan Denganku, barangsiapa duduk Berdampingan dengan Orang 'Alim, maka seolah-olah ia duduk Berdampingan denganku di Dunia, barangsiapa duduk Berdampingan denganku di Dunia, maka ia akan duduk Berdampingan Denganku di Hari Kiamat".

أللهم صلِ على سيدنا محمدٍ وعلى آلِ سيدنا محمد

Jumaat, 14 September 2018

Doa tanpa diketahui

DOA TANPA DIKETAHUI

Kisah seorang pemuda yang selalu pergi solat di sebuah masjid. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan ke sana untuk mengerjakan solat berjemaah. Tidak pernah ketinggalan.

Seorang sheikh tua sangat kagum melihat kerajinan pemuda itu. Berbeza dengan pemuda-pemuda lain yang lalai mengerjakan solat jemaah.

Oleh kerana pemuda ini seorang yang baik dan taat pada agama, sahabat-sahabat dan kawan-kawannya selalu meminta pemuda ini mendoakan mereka. Alhamdulillah! Doanya selalu dimakbulkan Allah Taala.

Kawan yang minta dia doakan dapat jodoh, akan berkahwin. Kawan yang minta dia doakan dapat anak, isteri kawannya akan mengandung. Begitulah seterusnya, apa sahaja yang didoakan  pasti akan dimakbulkan oleh Allah.

Sampailah masa pemuda itu berkahwin dan isterinya mengandung. Ketika isterinya hampir melahirkan anak, pemuda itu berdoa agar anaknya yang bakal lahir sempurna sifat dan anggota badannya.

Namun, apa yang menyedihkan, anak pemuda tersebut cacat dan tidak sempurna. Pemuda tersebut hairan kenapa doanya sudah tidak dimakbulkan Allah Taala.

Selepas itu, doa pemuda tadi sudah tidak dimakbulkan lagi oleh Allah. Apabila pemuda ke masjid, dia perasan seorang syeikh tua di masjid sudah tidak kelihatan.

Dia bertanya kepada jemaah di sana. Mereka mengatakan syeikh tua tersebut telah meninggal dunia.

Kemudian, datang seorang lelaki berkata kepada pemuda tersebut, "Kamu tahu tak, syeikh itu selalu berdoa kepada kamu, ya Allah! Makbulkanlah segala permintaan pemuda itu. Setiap hari syeikh itu mendoakan untuk kamu."

Pemuda tersebut terkejut mendengar khabar itu. Pemuda itu rasa insaf dan dia sedar bahawa bukan doa dia yang dimakbulkan Allah, tetapi doa syeikh tadi.

Allahu Akbar!

Kisah ini sangat terkesan di jiwa saya. Kita hidup senang dan mudah di dunia ini kadang-kadang atas keikhlasan doa orang lain.

Anak-anak bahagia kerana doa ibubapanya yang tidak pernah putus.

Suami/isteri diberi kemudahan dalam urusan kerana doa pasangan mereka yang Ikhlas.

Ibubapa bahagia di alam barzakh kerana kiriman doa anak-anak yang soleh.

Pelajar berjaya atas keberkatan doa seorang guru yang tidak pernah jemu.

Sahabat @ Kawan bahagia di dunia ini kerana ada doa sahabat lain yang tulus.

Dan kita semua selamat dari bencana mungkin masih ada lagi doa para ulamak di dunia ini.

Allahu Allah!

Siapalah kita untuk mendabik dada, berkata akulah segalanya.

Rabu, 12 September 2018

kanser dan pemakanan siri 5

Siri ke 5. Diet dan Kanser
Adakah protein haiwan penyebab kanser?
‘Makan daging penyebab kanser’ kata muka depan akhbar XXX . Ok…. Penyebab? Atau penyumbang?... Causation adalah bukan correlation. Causation ( penyebab maksudnya the CAUSE - macam rokok penyebab kanser paru2, asbestos penyebab kanser mesothelioma, mutasi gen BRCA penyebab kanser payudara ) manakala correlation bermaksud penyumbang yang mana, peratus sumbangan kepada berlakunya kanser tu berapa?mungkin kecik saje…). Satu lagi soalan, makan daging penyebab kanser apa? Kanser ada banyak jenis. Sami vegetarian dari lahir dapat kanser prostat pada umur 70 tahun, pesakit di Cambodia mendapat kanser usus walaupun cuma dapat jamah daging setahun sekali sumbangan rakyat Malaysia yang pemurah sewaktu raya korban atau bayi berumur setahun dapat kanser retinoblastoma…semua kes2 ini tidak berkait dengan protein haiwan pun. Kebanyakan headline pada berita2 yang melibatkan dunia perubatan seperti kanser selalu berbau sensasi kerana mereka ingin melakukan berita tersebut. Selalunya caveat akan diberitahu pada perenggan terakhir yang mana ‘ the truth is actually much more complex ‘ than the heading of the news.
Protein haiwan atau daging does not necessarily cause cancer. Contoh salah satu substance di dalam haiwan/ protein haiwan adalah IGF-1 atau “insulin-like growth factor 1”, yang menjalankan tugas seperti insulin dalam badan bagi proses metabolism. IGF-1 ini terlibat dalam proses ‘ longevity’ manusia- pertumbuhan kita. Ia juga menjaga proses normal seperti jantung kesihatan otak dan mental selain menggalakkan angiogenesis iaitu kelahiran saluran darah yang ditakuti akan dimanipulasi oleh sel kanser. Ada kajian yang mendapati ada correlation atau penyumbangan pengambilan daging merah dengan pembentukan kanser di usus besar. Realitinya kajian ini sebenarnya menunjukkan yang makan daging proses seperti burger sosej , salami, nugget dll yang ada link atau associated atau menyumbang kepada kanser usus. DAGING PROSES. malah Ia tidak menunjukkan causality ( penyebab). just a strong link. kalau mampu - dan suka daging -beli daging batang pinang, masak sendiri di rumah dan makan dalam kuantiti sederhana, sekali seminggu- itu sangat boleh.
Jadi nasihat kurangkan makan daging proses ni terguna pakai pada sesiapa yang BELUM mendapat kanser usus besar dan ingin mengurangkan risiko mendapat kanser. Ia tidak begitu significant untuk berbagai kanser lain, pesakit yang sudah mendapat kanser dan sedang melakukan rawatan yang mungkin menyebabkan anemia iaitu kurang darah merah, kurang selera atau pesakit advanced cancer dengan masalah pemakanan yang mana pengambilan daging merah membantu mereka.. untuk pesakit2 ini grass-fed atau wild meat adalah paling bagus.
Kajian yang terbaru menyatakan yang kadar kematian individu berdasarkan pengambilan protein haiwan dan IGF-1 menunjukkan yang kematian dari penyakit kanser atau bukan kanser adalah berbeza2 mengikit umur pesakit itu sendiri. Contohnya individu berumur lebih 65 tahun lebih berisiko rendah apabila mengambil protein dari haiwan.
Bersenam secara regular didapati lebih penting dari mencuba mengurangkan risiko mendapat kanser dengan tidak atau mengurangkan makan daging..
Kita tidak boleh assume yang kanser hanya berlaku pada umur tertentu. Adalah tidak logik jika badan, pada usia 50 tahun, telah terdedah kepada berbagai faktor persekitaran, proses penuaan ( aging), bahan kimia karsinogen, stress, rokok, obesiti dan lain2 yang menyebabkan beberapa mutasi telah berlaku, dapat direverse kan ( dibalikkan ke keadaan asal) dengan tiba2 berhenti makan protein haiwan supaya tak dapat kanser? Atau … utk pemgidap kanser- untuk ‘ mematikan sel kanser? Itu namanya MIRACLE yang hanya hadir dlm cerita Disney atau La La Land. It is never that simple. Malahan ada kemungkinan tiba2 cutting the intake of animal protein boleh speed up penyakit2 seperti dementia ( nyanyuk() penyakit jantung dan Alzheimer’s kerana ia ada association dengan IGF-1 tadi. Nak prevent cancer tapi dapat nahas yang lain.
So in summary
No, protein haiwan tidak DIRECTly cause cancer. Jika ingin mengurangkan risiko mendapat kanser usus– boleh kurangkan pengambilan processed meat dari sekarang, lebihkan buah2an dan sayuran dalam diet, exercise, kurang kan makanan tinggi kalori, kurangkan stress, jangan merokok atau minum alcohol, sama seperti nasihat sebelum2 ni dalam siri tulisan saya .

kanser dan pemakanan

Apakah pantang yang popular dikalangan pesakit kanser?
Gula.
Pesakit kanser gemar pantang gula kerana kononnya gula mencepatkan pertumbuhan kanser.
Gula hadir dalam bentuk ringkas sucrose or fructose seperti gula pasir. Gula pasir adalah refined sugar( sugar diporoses- extracted from tebu)  manakala madu adalah pure sugar. Ia juga tinggi kandungan sucrose dan fructose. Gula yang terdapat dalam nasi kanji kentang dipanggil polysaccharide dan akan ditukar ke gula ringkas di dalam badan bila badan perlukan tenaga ( energy) Sel kanser adalah sel tubuh kita sendiri yang memerlukan gula untuk tenaga bagi survival.
Simple glucose adalah sumber yang diperlukan oleh SEMUA sel badan kita tak kira sel kanser atau sel normal. Apa jua jenis karbohidrat dari makanan akan diproses menjadi gula di dalam badan, yang tidak digunakan disimpan di hati sebagai glycogen. sekalipun sesetengah pesakit declare ‘ saya tak ambil gula’. Sebenarnya mereka tetap mendapat gula dari sumber mknn seperti sayur, buah, roti, kicap, sos  dll. Cuma air kosong sahaja takde gula. Seperti yang diterangkan dlm bab ‘ karbohidrat’ di atas. Tubuh badan tiada preference untuk channelkan gula kepada cancer cells ( feeding the cancer cells) dan anaktirikan sel2 normal yang lain.
Setiap sudut pada badan adalah terdiri dari sel yang sentaias bernafas, berfungsi – membantu kita melihat mendengar berjalan berfikir , merasa dll dan semua ini dapat dilakukan selepas mendapat tenaga dari sumber makanan kita. Gula adalah sumber tenaga paling basic untuk badan. Kalau tiada gula atau karbohidrat diambil, badan akan gunakan protein dan lemak sebagai sumber tenaga because they need to survive and in the long run this isn’t good.
Mitos mengenai gula dan kanser dimulakan kerana ramai tidak faham perangai sel kanser yang tumbuh atau membiak pada kadar yang cepat berbanding sel normal. Jadi sudah tentu ia akan guna banyak tenaga ( jadi perlu banyak glucose) tetapi nutrisi yang lain pun sel kanser perlu juga macam protein, lemak kerana ia kan sel badan kita juga. Tiada evidence yang menunjukkan machinery badan akan mneyalurkan gula terus atau hany akepada sel kanser. Tiada juga diret atau solid evidence yang ‘sugar free diet membantu dalam prevention of cancer atau menghalang kanser relapse.
Namun pengambilan gula yang rendah membantu mengawal berat badan dan mengurangkan risiko mendapat beberapa jenis kanser. Gula artificial adalah selamat digunakan sebagai alternative dan ia tidak menaikkan risiko mendapat kanser.
http://scienceblog.cancerresearchuk.org/2017/05/15/sugar-and-cancer-what-you-need-to-know/

Daging ( red meat)
Kajian perubatan ke atas cancer prevention ( bukan usage of red meat pada pesakit yang sudah ada kanser) mendapati terdapat association antara pengambilan redmeat dan kanser kolon tetapi tidak jelas samada ia memang penyebab atau cuma menyumbang kepada faktor2lain yang menyebabkan kanser itu terjadi. Red meat yang diproses adalah lebih tinggi associationnya berbanding fresh lean red meat. Please note : kanser colorectal sahaja.
Badan2 kesihatan seperti WHO atau NCI menyarankan hanya makan 2 kali sebulan bagi daging proses dan 1-2 kali seminggu untuk daging segar. Untuk pesakit kanser secara am termasuk kanser colorectal yang sedang menjalani rawatan dan ingin menambah darah merah di badan, sumber protein badan dll boleh ambil red meat. Tak perlu pantang.
Seafood pun begitu. Jika tiada allergy atau ada kesan sampingan sewaktu chemo, silakan. Tapi kuantiti sederhana.

Pantang sumber makanan yang asidik
Kanser dikatakan asidik kerana diet yang asidik. Kanser asidik disebabkan proses kanser itu sendiri. Maknanya kanser menyebabkan kawasan sekita kanser asidik bukan asidik menyebabkan kanser berlaku.
Mengambil alkalinized diet atau air beralkali tidak mengubah apa2 kerana kadar asiditi pada tissue atau pH dikawal dengan ketat oleh otak dan badan kita.
pH darah memang slightly lebih alkali pHnya – buah pinggang kita yang control perkara ini. kita tak perlukan alkalikan lagi atau cuba utk pantang “asidic diet ‘ untuk mengubahnya.  Basic biologi saje perkara ini.  Sel kanser tidak dapat hidup dalam keadaan beralkali, tapi begitu juga majority sel2 normal dalam badan.
Tiada solid or good evidence yang diet boleh alter Ph badan da nada impak pada kanser. Period. Sesiapa yg jual produk dan claim boleh maka beliau sebenarnya tidak adailmu mengenai fisiologi badan manusia dan cuma cakap mengarut saje.

kanser dan pemakanan siri 4

Diet dan Kanser
Tiada sesiapa yang mahu mendapat kanser. Selain mengekalkan berat badan optima, mengurangkan stres, ‘ keep physically active dan elak ‘sedentary lifestyle’ adakah diet yang boleh mengelak penyakit kanser? Perlu faham dahulu yang mengelak bermaksud menghalang, melambatkan, atau in medical term, cancer prevention. Ia boleh di applikasi oleh mereka yang tidak megidap kanser  atau survivor yang telah menjalani rawatan kanser for cure, bagi mengelak kanser dari berulang ( prevention of cancer recurrence). Perbincangan didalam bab ini secara am tidak dapat di aplikasikan kepada pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan seperti major surgery, kimoterapi, dll ( pada semua cancer stage ) dan mereka yang ada kanser ‘advanced stage 4’ yang berada pada tahap kesihatan yang rendah atau jangkahayat yang tidak lama.
Saranan ini juga bukan merangkumi SEMUA jenis kanser kerana ada beberapa jenis kanser yang tidak berkaitan dengan makanan contohnya seperti kanser paru- paru, ovary, serviks dan pankreas.
Adakah mengelakkan kanser sama dengan ‘ melawan kanser”? Melawan kanser adalah khas untuk pesakit kanser sahaja ( tidak termasuk pesakit yang tiada kanser tetapi diberitahu mempunyai kanser oleh pengamal perubatan tidak bertauliah ( doctor quack) atau yang mengaku survivor kanser kerana ingin melakukan produk yang mereka jual yang kononnya telah sembuhkan ‘kanser’ mereka) Tidak termasuk juga public yang sihat walafiat tiada kanser.
Melawan bermaksud usaha atau cubaan untuk sembuhkan kanser dengan diet/makanan iaitu sebagai ‘rawatan’ kanser. Tiada diet atau makanan yang boleh melawan atau menyembuhkan kanser.Saya ulang ….Tiada diet atau nutrisi atau superfood atau superseed, superfruit atau makanan sunnah yang boleh ‘melawan /menyembuhkan kanser. Diet membantu kesejahteraan tubuh badan. Sel kanser adalah juga sebahagian dari tubuh badan kita. Makanan secara general bukan agen anti kanser yang dapat menggantikan rawatan yang sebenar untuk pesakit kanser seperti pembedahan radioterapi kimoterapi , targeted therapy, terapi hormone dll.
Antara jenis makanan yang diuarkan2 boleh melawan kanser termasuk jus durian belanda, apricot seeds, daun rerama, belalai gajah, kismis, kesemuanya tiada bukti saintifik atau medical evidences dari trial klinikal pada manusia.

Apakah diet atau jenis makanan yang perlu dielak atau dikurangkan bagi ‘ cancer prevention’ or relapse prevention?
• Makanan tinggi kalori yang menyebabkan belaku  kenaikan berat badan semasa dewasa dan BMI lebih dari 25 kg/m.
Contoh makanan tinggi kalori (> 225 kcal per 100g).
• Semua makanan Malaysia yang tersenarai disini  yang > 225 kcal per 100g)

http://www.jomdiet.com/senarai-kalori-malaysia/

• Coklat, Chips, Biskut
• Fast food – burger, hotdog, fried chicken dll
• Minuman bergula dan berkarbonat -cola, lemonade,cordial, energy drinks, milkshakes and frappes. Natural fruit juice juga mengandungi gula dan tiada fiber. Jika diminum tidak lebih dari segelas sehari ( dalam 150 ml)
• Alkohol. Bagi yang bukan islam, pengambilan tidak melebihi 2 unit sehari atau 20 g alkohol ( segelas wain, beer )
• Makanan yang mungkin terdapat molds ( fungus, kulat) aflatoxin seperti pada jagung yang lama2, kacang tanah dan kekacang lain
• Kurangkan salted food , dried food– apa2 makanan yang diasinkan untuk menjadikannya tahan lama – ikan masin,  telur masin, udang kering , belacan, salted cabbage dll
• Kurangkan makanan yang berjeruk, fermented, pickle, asam2, dalam tin/can – preserved food. Buah2an dalam tin yg tinngi gula juga isnt good.
• Kurangkan makan areas pada makanan yg hitam terbakar ( burned area)
• Makan buah dan sayur2an setiap hari, dalam 400 gm/ atau lebih sehari
• Daging : yang bukan vegetarian boleh mengambil jumlah yang sederhana dan ini termasuk daging merah tetapi yang fresh dan lean meat lebih bagus. Kurangkan daging proses seperti salami, sosej, bacon, ham. Daging proses dan daging merah ada association dengan kanser usus besar. Association tapi bukan penyebab utama. Dan ingat- usus besar. Jadi kanser seperti lymphoma ke leukemia ke- not applicable.
• Kambing , ayam dan ikan boleh di makan  dan kajian mendapati ia tidak menaikkan risiko kanser. Tapi jangan pula ikan – kita keliru akan maksudnya ikan fresh, bukan ikan kering ikan pekasam dan yang seangkatan dengannya yang jenis fermented/ preserbed/awet/ salted. Selain fresh, Yang bersih.
• Tabiat memakan seperti memakan makanan atau minuman ketika ia sangat panas juga patut dielakkan. Ini kerna terdapat kaitan tabiat ini dengan kanser2 seperti kanser mulut, esofagus.
• Survivors colorectal cancer digalakkan minum kopi untuk mengurangkan risiko kanser berulang seperti diketahui dari kajian inihttps://www.naturalmedicinejournal.com/journal/2015-11/coffee-may-reduce-colon-cancer-recurrence
Bagi pesakit kanser, yang SUDAH ADA kanser(tidak perlu ambik pot pasal prevention of cancer lagi) the common question is perlukah mereka pantang apa2 jenis makanan?
Pantang tu apa sebenarnya?
Pantang makanan wujud dalam banyak komuniti. Amalan pantang dipraktikkan untuk berbagai perkara seperti selepas kelahiran, semasa mengandung atau selepas kematian. Ada agama yang menuntut pengikut berpantang ( avoid) beberapa jenis bentuk makanan. Dari sudut perubatan onkologi, kebanyakan pantang tiada scientific basis dan lebih kepada cultural beliefs atau hearsay. Secara logic, some pantang doesn't make sense at all. macamana madu pada sesuatu komuniti jadi racun pula pada komuniti yang lain? Kita semua manusia yg sama kan. Walau dapat kanser. Bukan x-men.

kanser dan pemakanan siri 3

Pemakanan Pesakit Kanser Didalam Rawatan dan Pesakit Special Needs

Menurut data pada cancer registry yang terbaru bagi negara kita ( NCR 2007-2011) sebanyak 103,507 kes baru diaporkan sepanjang tahun 2007 ke 2011 yang mana 45.2% dikalangan pesakit lelaki dan 54.8% bagi pesakit perempuan.

https://www.crc.gov.my/wp-content/uploads/documents/report/MNCRRrepor2007-2011.pdf.

10 kanser utama di negara kita ( dari no 1-10) adalah breast, colorectal(usus besar), lung, lymphoma, nasopharynx ( belakang hidung), leukemia, cervix ( pangkal rahim), liver( hati) ovary dan stomach( perut). Kanser telah menjadi antara penyebab utama kematian di Malaysia selain mengakibatkan kepayahan ( burden)pada kesihatan fizikal mental, psikososial pesakit dan tidak dilupakan bahana kewangan. Satu dari 9 orang mungkin mendapat kanser sepanjang hidup mereka. Walaubagaimanapun, di Malaysia begitu ramai pesakit yang meneruskan kehidupan bersama kanser (cancer survivors, living with cancer) dan bilangan mereka semakin bertambah kerana rawatan kanser telah banyak berubah, bertambah baik dan lebih komprehensif dan novatif. Kanser juga dapat di kesan pada peringkat awal dan ramai rakyat di Malaysia yang mempunyai kesedaran lebih tinggi akan bahaya kanser dan ramai yang tampil untuk ujian saringan ( screening) atau mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengelakkan kanser. Standard kehidupan di Malaysia juga bertambah baik dengan pembaikan dari segi penyediaan makanan, penjagaan jangkitan dan lain2 lagi. Sudah tentu perang ke atas kanser tidak akan habis selagi dunia belum kiamat. Selagi jumlah dan umur manusia semakin bertambah , proses urbanization dan pencemaran persekitaran dan sebagainya terus menerus berlaku, insiden kanser akan terus bertambah dan kita harus bersedia dengan menambah pengetahuan mengenai ‘updates in cancer advances”.
Sementara itu we have to make do dengan apakah rawatan kanser yang sedia ada sekarang, sementara saintis di seluruh dunia terus menerus bekerja mencari formula yang lebih baik untuk masa depan.
Nutrisi yang baik sangat penting pada semua peringkat – sebelum mendapat kanser, sebelum memulakan rawatan , sewaktu rawatan dan selepas rawatan kanser. Ia membantu pesakit mengekalkan berat optima, kekuatan badan dan kesihatan tisu dan organ badan dan mungkin dapat mengelakkan kesan sampingan rawatan jangka pendek dan jangka panjang.
Serba ringkas mengenai rawatan kanser. Pemilihan rawatan bergantung kepada banyak faktor seperti jenis kanser ( payudara, nasopharynx, leukemia dll) , tahap cancer ( stage 1-4), karakter spesifik kanser, status kesihatan pesakit ( penyakit sedia ada, fitness level), kemahuan pesakit, akses pada rawatan yang dicadangkan dan objektif rawatan samada for cure atau untuk kawal ) control) atau paliatif. Pemilihan rawatan juga boleh berubah mengikut respons atau outcome setiap pesakit di setiap langkah algoritma rawatan tersebut. Selalunya rawatan melibatkan banyak disiplin perubatan ( multidisciplinary) dan pasukan rawatan terdiri dari doktor pelbagai disiplin dan allied health staff seperti jururadioterapi, chemo nurse, physiotherapist, dietician, pakar psikologi dan lain2.

1. Fasa Siasatan

Ini adalah fasa yang mana pesakit dikhuatiri ada kanser . Pengambilan sejarah pesakit, pemeriksaan, ujian darah, imaging dan biopsy akan dilakukan. Biopsi adalah proses mengambil sampel tisu yang dikhuatiri kanser, darah atau sumsum untuk diperiksa dibawah mikroskop di makmal patologi untuk confirm kanser dan jenis kanser. Ada segelintir kecil sahaja pesakit kanser yang tissue biopsy tidak dilakukan. Keputusan histopatologi atau HPE ini seolah2 passport atau IC. Pada fasa ini pemakanan adalah bergantug pada keadaan pesakit dan tiada diet yang istimewa kerana belum confirm kanser lagi pada ketika ini selagi keputusan biopsy tidak diketahui. Contoh lump pada payudara mungkin adalah bisul atau benign fibroadenoma, bukan kanser. Manakala batuk berpanjangan dan nodul pada paru2 tak semestinya kanser tapi TB atau pneumonia tidak tipikal. Ataupun, ujian darah tumour marker tinggi disebabkan endometriosis bukan kanser ovary. Namun sebagai contoh, jika pesakit tiba2 mengalami pendarahan seperti muntah darah yang banyak sehingga haemoglobin menurun dan menjadi lemah, dan doktor membuat andaian barangkali ada kanser perut maka sementara menunggu keputusan biopsy keluar, pesakit disarankan memakan makanan berkhasiat untuk menambahkan tenaga dan mengganti darah yang hilang dalam jumlah yang berpatutan sebagai persediaan sekiranya rawatan lanjut diperlukan. Contoh kedua jika pesakit mengalami symptom tidak boleh menelan makanan pejal dan sementara menunggu keputusan biopsy keluar samada ia kanser larinks atau kanser esophagus, pesakit boleh makan makanan yang berbentuk cairan ( liquid diet), yang tidak terlalu pedas, panas berminyak untuk memudahkan untuk menelan dan hadaman. Susu high protein juga boleh dicuba untuk menambah kalori pada waktu ini. Dietitian referral juga sudah boleh dibuat walaupun ini dikira awal oleh sesetengah orang tetapi tidak salah untuk support status nutrisi kita dari awal.

Feature Post

Perjalanan tentang jarak

Aku pernah menyangka bahawa perjalanan paling jauh adalah tentang jarak. Tentang kota‑kota yang belum sempat aku kunjungi. Tenta...

Popular Post