Khamis, 7 Januari 2010

Cinta Dan Kasih


Memiliki wajah yang cantik dan indah persis sang puteri dapat menawan hati seseorang, melalui kemerduan suara nyata memang mampu menangkap cinta seseorang, budi pekerti yang baik dapat mampu menarik perhatian. Dan kasih yang tulus ikhlas akan menjadi benih sehingga tanpa sedar sedikit demi sedikit mengikat jiwa seseorang.

Begitulah umpamanya seperti para pemuzik, mempunyai peminatnya sendiri melalui tarikan kelunakan suara. Nyata sekali walaupun kita belum benar2 mengenali seseorang yang mempunyai sifat tadi, pasti jiwa akan tertarik sedikit demi sedikit untuk mendekatinya...

Sedarkah bahawa itu hanyalah sedikit cebisan daripada keindahan Allah. Itu menjadikan manusia jatuh hati, kasih dan cinta kepada orang lain sehingga kadang kala melampaui batasan.

Namun kita tidak sedar bahawa Allah mempunyai segalanya. Jika cantik dan indah menjadi puncanya, maka Allah adalah yang TERindah..Demikian juga dengan Rasulullah s.w.t... yang bertungkus lumus membantu kita agar terselamat dalam alam bazarkh dan akhirat.. tidak terhutang kah kita dengan budinya?..

Allah dan Rasul adalah yang paling layak untuk menerima kasih dan cinta kita... namun kita sering gagal untuk emmujuk hati ini untuk jatuh kasih padanya AKIBAT dihalang oleh tembok kejahilan dan penipuan yang dipasang syaitan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cinta dan kasih kepada Allah dan Rasul adalah cinta yg abadi.....

Tanpa Nama berkata...

....insaflah wahai insan....

:::::::::::(eqa)::::::::::::

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post