Rabu, 6 Januari 2010

Isu penyalahgunaan perkataan Allah


Pada 31 Disember lalu, keputusan mahkamah membenarkan majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah dalam penerbitannya, mengundang reaksi negatif banyak kelompok dalam masyarakat Islam.

The Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan 'Allah' dalam seksyen bahasa Malaysia sebagai terjemahan perkataan God. Perkataan 'Allah' digunakan secara meluas di kalangan suku kaum beragama Kristian di Sabah dan Sarawak, yang sebahagian besarnya bertutur dalam bahasa Malaysia, selain bahasa ibunda etnik masing-masing.

Isu tersebut pada mulanya dijangkakan akan reda apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta umat Islam bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu sensitif tersebut kerana kerajaan akan menanganinya sebaik mungkin.

Namun bantahan terhadap penggunaan kalimah 'Allah' dalam mingguan Katholik terus marak dengan demonstrasi walaupun kerajaan menyeru semua pihak bertenang dan kes tersebut kini di peringkat rayuan.

: "Bagi memahami konteks ini dengan lebih jelas kita kena memahami maksud surah Al Ikhlas iaitu Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya. "Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya,"


Tiada ulasan:

Feature Post

Coffee ratio worldwide

Coffee-to-Milk Ratio: Finding Your Perfect Brew The secret often lies in the coffee-to-milk ratio! Getting this balance right ca...

Popular Post