Selasa, 12 Januari 2010

Cinta tidak semestinya memiliki


Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah menemui sebahagian diriku yang hilang ?. Benar ... aku memang sudah menemuinya. Kerap kali hati ini terungkap "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini. Adakah pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tanggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku,

Aku mahukan setiap pertemuan kita akan terlihat 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat pertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku hanya dalam lingkaran urusan yang logik kerana aku risau kepadanya. Seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dahulu.

Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana cinta ini. Yang bukan menjadi hak pada dirimu. Dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.

Setiap kali.. ingatan pada mu amat terasa untuk berada di sisi. Aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Tetapi di sini aku curang kepadamu kerana aku bermain dengan cinta fatamorgana.

Tetapi

Jika nanti aku ditakdirkan memang untuk dirimu, akan ku jaga perasaan kasih yang mahal ini. Yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Ku sentiasa berDoa agar diri ini tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu.

Bila kita inginkan sesuatu.. keinginan itulah yang memberikan kepedihan yang menghiris dada.

Jangan menyiksa diri untuk memiliki sesuatu kerana mungkin keinginan itu tidak kesampaian.. tetapi percaya pada diri... kerana cinta yang pertama dan dari hati yang ikhlas ini tidak akan pudar selamanya... Aku masih setia menunggu..






1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan mudah mahu mendengar sebuah kata2 yang lahir dari minda luhur seorang lelaki..indahnya kata-kata itu sehinggakan hati terpana dek keasyikan alunan madah..terima kasih kerana meletakkan nilai diriku sehingga ke tahap aku ingin menitiskan air mata..terharu dan terus terharu menjadi sulaman perasaanku kini..katamu tentang hakikat membuatkan fikiranku terbuka luas..begitu dalam makna cinta walaupun tidak kesampaian..begitu syahdu lontaran kata hati sehingga aku ingin membacanya berkali-kali..tiada yang indah dalam dunia kita melainkan kebahagiaan cinta..cinta kita, pendamkanlah dalam tatapan matamu..sehingga setiap kali pabila mata kita bertemu,jiwaku dapat mendengar nafas cintamu yang bercahaya itu..dan semoga kau dapat membaca degupan jantungku yang kencang memanggil namamu cinta..

Feature Post

al Rahman

Harini saya belajar sesuatu yang betul-betul buat saya diam dan termenung... Daripada Ustaz Nouman Ali Khan tentang hubungan ant...

Popular Post